Skip to main content

Pergi Tak Kembali...Mati itu pasti...


Semua yang bernyawa pasti akan mati...

Kematian adalah pengakhiran sebuah kehidupan. Kematian akan menghampiri semua manusia dan seluruh hamba Allah. Tidak ada yang mampu menolak atau menundanya walau sedetik cuma...tidak ada sesuatu yang kekal di dunia ini...itu hakikatnya.

"Tidak ada satu pun ciptaan Allah yang tidak merasakan mati, bahkan malaikat pencabut nyawa pun akhirnya juga akan merasainya dan hamba Allah yang hidup sebelum semua dibangkitkan di hari akhir atau hari pembalasan nanti. Dan kematian bukan akhir dari perjalanan seseorang melainkan sebuah perjalanan menuju kehidupan baharu iaitu kehidupan di alam kubur dan di akhirat yang kekal nanti". (Ali Imran: Ayat 185).

"Jika Allah sudah menentukan waktu kematian seseorang, waktu kematian yang telah ditetapkan tersebut akan terjadi dengan tepat, tidak lewat ataupun awal walaupun sekejap. "Apabila telah tiba waktunya yang ditentukan bagi mereka, tidaklah mereka dapat melewatkan walau sesaatpun dan tidak pula mendahulukannya." (An Nahl:61).

Sekadar ingin menyorot kembali cerita semalam, kami semua mengiringi perjalanan terakhir keluarga terdekat yang telah kembali kepada Penciptanya semalam, 19 Oktober 2018, bersamaan dengan hari Jumaat, sekitar pukul 2.00 pagi dijemput Allah...

Arwah Anjang ni adalah bapa saudara sebelah husband, iaitu adik kepada abah mertua aku. Mengenali arwah, walaupun sesekali bertemu dengannya, arwah ni sangat baik orangnya, seorang yang mengambil berat, suka bergurau juga sesekali, sentiasa tenang nampak relax saja orangnya...seorang yang banyak idea bila berborak...Rumahnya berdekatan dengan rumah abah mertua..dalam satu mukim la kiranya.

Pukul 8.30 pagi aku dan husband bergerak ke rumah arwah. dalam sejam perjalanan kami sampai. Sanak saudara kebanyakannya semua telah sampai...semuanya kebanyakan tinggal berdekatan di situ. Aku melangkah masuk ke perkarangan rumah..berdiri sekejap di halaman rumah sebelum melangkah masuk ke dalam...tiba-tiba muncul mak anjang di depan pintu rumah..aku terus melangkah kepadanya dan memeluknya dengan lembut dan erat...aku memilih untuk tidak berkata apa-apa..hanya menyebut nama "mak anjang" sahaja dan selebihnya aku kemaskan rangkulan aku memberikan signal bahawa "jangan bersedih mak anjang Allah lebih menyayangi arwah.. kita semua nanti juga akan menyusul. Mak anjang perlu kuat, perlu tabah menghadapi kehilangan ini...walaupun berat, walaupun pedih..tetap kena lalui dan tetap kena redha"...itu mesej yang aku hantar melalui bisikan hati kecil aku kepada mak anjang selama aku memeluk erat tubuhnya.

Mak anjang aku lihat agak kuat menghadapi ujian kehilangan yang besar ini..kehilangan suami yang pergi selamanya dan takkan mungkin kembali lagi...aku tahu tangisan yang disembunyikan di dalam hatinya...aku juga tahu betapa mendalam kesedihannya.. matanya yang sudah kelihatan kemerahan menahan air mata yang ingin keluar, menahan rasa sedih dan sebak di hati...kelopak matanya bergenang....aku tahu mak anjang menahan dan menelan segala rasa sedih itu...

Aku melepaskan pelukan dan melangkah masuk ke ruang tamu..di ruang tengah rumah mataku menyorot ke arah jenazah Anjang yang terbaring kaku di pembaringan yang diselimuti dengan kain batik panjang, manakala di bahagian muka hingga ke dada ditutupi kain putih nipis. Aku memilih untuk duduk di suatu sudut yang hampir dua tiga langkah dengan jenazah..mencapai buku yasin dan memulakan bacaan, sesekali aku memandang ke arah jenazah dan anak arwah, Kamarul  yang duduk berdekatan dengan jenazah. Wajah Kamarul ku lihat tenang, namun terpancar dari raut wajahnya kesedihan yang tak terucap dengan perasaan sebak yang ditahan...kelihatan jelas raut wajahnya yang sugul dan sedih dengan kehilangan ayahanda tersayang.

Mataku ku alihkan pula kepada husband aku yang sedang membaca yasin di sebelah ayahnya, bapa mertuaku...aku pandang lama ke wajah abah...kelihatan tenang namun riak wajah mempamerkan satu perasaan sedih sebuah kehilangan..hanya arwah satu-satunya adik abah yang tinggal berdekatan, yang lain tinggal di kampung asal abah di Perak...

Aku kembali menyambung bacaan yasin yang masih ku pegang erat di tangan...tanpa sedar aku juga tidak mampu menahan sebak...bergenang juga kelopak mataku...

Selesai saja bacaan yasin, aku kembali memandang ke arah jenazah...fikiran aku jauh menerawang...membayangkan tentang janji Allah itu pasti untuk sebuah kematian...tak pasti bila akan dijemput, tapi yang pasti tetap akan dijemput untuk pulang kepada Pencipta Yang Maha Esa...Allahuakbar...bila mengingatkan tentang itu, maka cukup terasa kehidupan ini hanya duniawi semata-mata sedangkan yang kekal abadi adalah di sana...di sana yang tidak pasti bagaimanakah kehidupan kita...semuanya bergantung kepada amal ibadah kita sebagai bekalan menuju alam baqa...

Aku kemudiannya memberi isyarat kepada husband aku yang masih duduk berdekatan dengan jenazah yang aku ingin masuk rapat untuk menatap wajah arwah. Kami berdua sama-sama bangun dan merapati jenazah...husband menyelak kain putih nipis yang menutupi wajah arwah dan kami menatap wajah arwah buat kali yang terakhir...raut wajah arwah tenang seperti sedang tersenyum...nampak macam arwah sedang tidur...

Aku dan husband kemudiannya melangkah keluar ke perkarangan rumah, aku menanyakan adik ipar aku emak mertua kami ada di mana, adik ipar menjawab emak ada di luar rumah, kami berdua sama-sama bergerak ke tempat mak berada di luar pagar rumah sedang bersembang dengan Wah (kakak abah yang tinggal di Ipoh). Aku menghulurkan salam dengan mak dan Wah dan menyantuni mereka seketika.

Kemudiannya van jenazah tiba dalam pukul 11.20 pagi untuk membawa jenazah ke masjid untuk dimandi, dikafan dan disolatkan selepas solat Jumaat. Dalam pukul 2.00 petang semuanya selesai dan jenazah di bawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan...

Sekitar pukul 3.00 petang usailah semua urusan. Kami semua meninggalkan tanah perkuburan ini..dalam hati aku berbisik "cantik perkuburan ini, tersusun setiap kuburnya dan dijaga rapi...semua kami juga nanti pengakhirannya di sini jua..daripada segumpal tanah kami dijadikan...kepada tanah jua kami kembali...Allahuakbar!

Anjang...
Selamat jalan menemui Pencipta
Semoga anjang tenang di sana
Bersemadi di alam baqa
Semoga roh arwah dicucuri rahmat 
dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisi-Nya
Kami semua juga akan menyusul
Masanya hanya Allah jua yang tahu

Dalam kenangan...arwah Anjang
Al-Fatihah...

Beberapa gambar kenangan perjalanan terakhir arwah...saya pahatkan di sini.























RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke