Skip to main content

Posts

Kuih Cara Manis Sedap dan Lembut...

Dessert menjadi pilihan di Ramadan ketiga adalah "kuih Cara". Kuih Cara ni adalah antara kuih tradisional orang2 tua dulu2 juga. Kalau kena membuatnya kuih ini memang sedap. Rasanya yang lemak2 manis dan lembut dengan lelehan air gula di dalamnya memang menggamit rasa nikmat sedapnya kuih ini. Kuih cara ini sangat mudah untuk disediakan yang penting kena ada acuannya. Kuih ini hanya menggunakan bahan yang memang tersesia ada di rumah. Kuih ini boleh dicantikkan dengan pelbagai warna, tapi kebiasaannya untuk kuih cara ni kebanyakan memilih warna pandan dan warna kuning sahaja. Saya memilih warna pandan, warna sebenar untuk kuih ini cara ini. Jom kita layan bahan-bahan dan cara membuatnya. Bahan-bahan: 1. Gandum 3 cawan 2. Air putih biasa 2 cawan 3. Setengah cawan air daun pandan 4. Telur dua biji 5. Santan 1 kotak kecil 6. Garam setengah sudu teh 7. Gula secukupnya. 8. Tiga helai daun pandan Cara-cara: Campur semua sekali bahan dan blend bersama kecuali daun p...

Bawal Kari Mamak special in the house...

Semalam 26 April telah selesai hari ketiga kita menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah... Menu hari ni, ada yang req kari mamak...aduhaiii seumur hidup saya tak pernah buat kari mamak ni...sebab saya ni selalunya buat kari kelate (ala2 gulai kawah tu). Famili saya di kampung pula memang bukan jenis pengemar masakan mamak...pendek kata memang tak makan food mamak. Lagipun di kelate masa dulu2 kita memang tak ada restoran mamak. Hokey, maka saya on la "Bawal kari mamak' ni...tapi saya ubah cket ikut selera saya juga la...tak ubah banyak ubah cket ajerrr..kari mamak tak guna santan tapi saya masuk santan tapi sikit aje...macam pelik lak rasa bila buat kari tak taruk santan..jadi saya bubuh juga la sikit, ambik syarat orang kata😂... Kari mamak ni lain sikit dengan kari kita, kari ni nak kena rasa masam2 dan pedas2. Makanya kena masuk air asam jawa lebih dan tomato, di samping halba campur, daun kari, dan bendi. Bawang dan halia tu macam biasanya. ...

Kuih Onde-onde Tradisi Kuih Berbuka Kelate...

Berbuka puasa ni tidak sah kalau tiada kuih manis gitu kan. Saya kebiasaanya memang buat sendiri kuih-muih berbuka. Jadinya bila PKP ni bazar ramadan tidak dibuka, saya tidak terasa sangat kerana sudah terbiasa menyediakan kuih sendiri. Bukan apa...pilihan kuih berbuka saya adalah kuih2 tradisional Kelate. Kuih2 ini sedap kalau dibuat sendiri kerana boleh ikut taste kita..kalau di bazar mungkin tak kena dengan citarasa kita kan. Semalam hari pertama berbuka, saya memilih untuk buat kuih "onde-onde". Kuih ini menjadi pilihan kuih pertama saya. Resepi kuih onde-onde ini saya telah shared di entri yang lalu..bagi yang berminat untuk mencuba boleh scroll down untuk resepi kuih ini ya. Kuih onde-onde ni kiranya sangat popular di Kelate, juga di luar Kelate sebenarnya..cuma di luar Kelate, mungkin ada yang sedap dan mungkin adaa yang tak sampai rasanya tu. Kalau kebetulan kena dengan orang Kelate yang membuatnya mungkin boleh capai citarasa kita...tapi kadang-kadang kuih bagi...

Daging Masak Kicap Sedap dan Istimewa...

Hari pertama Ramadan dilalui dengan lancar. Alhamdulillah segalanya dalam peliharaan Allah. Daging masak kicap menjadi pilihan menu pertama saya untuk pembuka tirai berbuka hari pertama. Jarang sebenarnya saya buat menu ni...tapi tiba2 menu ni yang hadir di fikiran tak kala memikirkan menu apa yang nak dimasak. Justerunya, saya on dengan daging masak kicap. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya. Bahan-bahan: 1. Daging 1kg 2. Bawang putih 3 ulas 3. Bawang merah 5 ulas 4. Satu sudu besar cili giling 5. Setengah sudu besar rempah kurma 6. Satu sudu teh lada hitam 7. Cili api dan cili besar atau cili benggala untuk dipotong2 8. Bawang holland satu labu dipotong besar2. Belah 6 pun okay. 9. Kicap manis 10. Garam dan gula secukupnya 11. Sedikit cuka dan sos cili 12. Kicap manis secukupnya. 13. Perasa jika suka 14. Sedikit lada sulah 15. Minyak masak untuk menumis Cara-cara: 1. Potong daging saiz spt dalam gambar, jgn nipis sangat dan jangan terlalu tebal. Cu...
Ramadan Kareem... Hari ni adalah hari kedua Ramadan kita menjalaninya dalam keadaan PKP ini. Apakah agaknya perbezaan dalam menyambut Ramadan pada kali ini. Sudah pasti masing2kita mempunyai pemikiran tersendiri dalam mentafsirkannya. Daripada segi pandangan dan pemikiran saya, saya melihatnya dalam pelbagai situasi dan antaranya adalah: 1. Solat Terawih berjemaah sudah tidak dapat kita lakukan secara berjemaah di masjid, surau atau balasoh sebagaimana amalan rutin muslimin dan muslimat seluruh dunia. Pada kali ini solat terawih perlu dilaksanakan di rumah masing. Ramai yang melakukannya secara berjemaan bersama ahli keluarga, dan bagi mereka yang bersedirian akan melakukannya secara sendiri. 2. Aktiviti Tadarus secara berjemaah tidak lagi dapat diteruskan di masjid, surau atau rumah. Selalunya kita akan mengadakan tadarus secara berjemaah di masjid dan surau. Kalau di kampung2, kebiasaannya tadarus dibuat di rumah. Mana2 rumah yang dipilih untuk bertadarus, ada juga mereka ber...

Bungkusan Hadiah Ramadan Terindah...

Ramadan kembali lagi...Ramadan Kareem...jatuhnya pada 24 April 2020 bersamaan dengan hari Jumaat. Pada esok hari semua umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Hari pertama Ramadan jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Barokah Allah. Marilah kita sama2 panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana kita diketemukan lagi dengan Ramadan tahun ini. Cuba soroti kembali saat Ramadan lalu menutup tirai...hati kita pasti berdetik...."adakah sempat kita bertemu dengan Ramadan akan datang" atau mungkin ajal Allah lebih dulu menjemput. Alhamdulillah...Ramadan 1441H pada tahun ini..kita masih diberi kesempatan oleh Allah. Kita masih Allah berikan usia yang panjang...masih lagi dapat menghirup udara Allah di muka bumi ini, dan masih lagi punyai kesempatan untuk melafazkan niat puasa Ramadan esok kerana Allah Taala. Besar sungguh nikmat Allah ini...sudah pasti tidak terbanding. Justeru, sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur...terus lah istiqomah ke arah kebaikan...teru...

Jepput Pisang Meranum...

JEPPUT PISANG MERANUM anggerikdesa Inilah sejenis kuih yang memang sifatnya tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas...paling mudah disediakan dan paling sedap dimakan...kebanyakan orang memang akan menyukai jepput pisang a.k.a cekodok pisang ni. Sudah lama rasanya tidak membuatnya. Jepput pisang ni yang jenis klasik la yang paling sedap kalau ikut taste saya la...maksud yang klasik ni yang mmg campuran pisang, gandum dan gula saja..yang moden pula yang dicampur dengan soda bikarbonat..dia ala2 jadi mcm tekstur kek gitu...sesekali memang sedap juga mkn yg ala2 moden ni. Tapi kot manapun yang klasik ni tetap memenangi dan menambat hati dan rasa la..hehe. Jepput pisang ni sedap bila dia lembut, tak melekat di kuali, garing di luar dan lembut di dalam dan terasa pisangnya..maksudnya jangan taruk gandum lebih..kalau gandum lebih parah lah jepput pisang tu... Kalau tips saya buat jepput...untuk sebiji pisang saiz sejengkal tu (pisang ambon) perlu satu sudu besar gandum dan sa...