Skip to main content

Saje-saje Jerr...

Saja2 menulis saja...tiada topik khusus tapi sekadar menaip apa yang hadir dalam fikiran saja...tanpa saringan tanpa tapisan...apa yang terdetik itu ditulis, apa yang datang di fikiran itu ditulis.

Masa persekolahan dulu kononnya minat nak jadi penulis novel atau cerpen..masuk ke universiti pun minat dan niat tu masih utuh...ada menulis juga novel masa di universiti...tapi sekadar penulisan peribadi saja tidak diusahakan untuk penerbitan.

Tak mengapa, mungkin menulis itu hanya kerana jiwanya dan minatnya saja...tidak lah sampai diusahakan untuk sebuah terbitan dalam bentuk novel atau cerpen pendek. Tapi andai suatu waktu terjadi...alhamdulillah...kita doakan yang baik2 saja.

Sehingga kini pun masih menulis. Kerana itulah blog anggerikdesa ini diwujudkan supaya segala karya dan tulisan yang merupakan terapi hati dan terapi jiwa dapat disimpan di sini..

Pada saya tulisan ni dapat memberikan kekuatan pada diri...membahagiakan hati yang bersedih, gelisah, kecewa dan pelbagai rasa lagi yang tidak dapat diterjemahkan...dengan menulis ketensngan itu hadir...kedamaian itu dirasai...

Menulis ini kerana jiwa dan minat, makanya setiap perkataan yang kita tulis ni menyejuk hati mendamai rasa. Makanya menulis la...walau hanya sekadar penulisan santai dan tidak berfokus...tak mengapa, yang penting ayat dibina, maksudnya jelas...subjek dan predikat ada...kira on la😀

Saje2 jer,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...