Skip to main content

Hati perlu kuat jiwa perlu kental...

Bila berlaku gangguan pada hati dan perasaan...pujuk lah hati untuk banyak bersabar..memang payah tapi perlu juga pada kesabaran kerana hanya kesabaran jua yang dapat menyelamatkan semua situasi.

Sabar itu pula punya syaratnya...sabar itu hanya boleh berlaku sekiranya hati kita kuat beriman dan bertaqwa kepada Allah...justeru, untuk pastikan kita mendapat kesabaran yang sebenar maka kita perlu pastikan seluruh hati dan jiwa kita yakin dan redha dengan apa jua perkara yang Allah izinkan berlaku kepada diri kita.

Bersabarlah...Allah menguji kerana Allah menyayangi kita. Allah mahu kita mengadu dan meminta pertolongan pada-Nya. Allah mahu kita dekat kepada-Nya. Andai hati kita boleh kembali kepada pengertian ini maka insyaAllah semuanya akan dipermudahkan oleh Allah jua.

Allah juga menguji atas kemampuan kita. Allah mendatangkan ujian itu kepada kita kerana Allah tahu kita mampu untuk melaluinya.

Justeru, saat diuji yakin lah bahawa pertolongan Allah akan datang kepada kita. Jangan putus berdoa...jangan putus harap. Hati perlu kuat dan jiwa mesti kental. Bayangkan bahawa kita kuat, bayangkan bahawa bantuan Allah akan tiba...insyaAllah perasaan kita akan sendiri rasa reda.

Bermonologlah dengan diri bila selepas setiap solat...katakan pada diri bahawa kita kuat dan kita mampu menguruskan setiap ujian dengan baik. Positifkan diri kita...getaran positif pada diri akan mampu memulihkan jiwa yang sedang gundah gulana...Berdoalah tanpa putus untuk mendapatkan petunjuk Allah...InsyaAllah tak lama kesedihan dan rasa tidak pasti (anxiety) itu akan berlalu...

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...