Skip to main content

Hidup ini Milik Allah...Jangan Putus Harap...

Bukan mudah untuk mengawal diri dari rasa berjauh hati, merajuk, berkecil hati, rasa sedih dan sebagainya lagi berkaitan.

Sebagai manusia, tidak mungkin kehidupan kita hanya dalam bahagia dan gembira saja, pasti jua suka dan duka itu datang silih berganti. Hidup ini umpamanya roda, ada masa kita rasa bahagia dan ada masa kita rasa derita...itu lumrah dalam hidup...

Namun, walau bagaimanapun keadaannya jangan kita biarkan emosi menguasai diri. Saat diri rasa "beremosi" kembalikan segera hati kepada Allah...terus istigfar...tarik nafas dalam2, hembus dan keluar sehingga perasaan kita rasa sedikit reda.

Hidup ini tak kan mungkin berlaku sebagaimana yang kita mahukan...Dunia ini milik Allah...ujian Allah tetap hadir kerana Allah sayangkan kita.

Bila hati rasa terusik itu...anggap lah itu adalah "kasih sayang" Allah buat kita. Kerana tanpa "usikan" itu kita mungkin lupa pada-Nya...kita mungkin leka dan terus leka...hadirnya ujian Allah itu adalah tanda kita insan yang bertuah kerana diberikan ujian...dengan ujian lah hati kita akan lebih kuat...lebih tegar...lebih kental...lebih mengenal kehidupan...dan yang paling penting adalah kita akan mencari Allah dan mendekatkan diri pada-Nya...kita menyerah jiwa dan raga pada-Nya dan kita meletakkan sepenuh pengharapan hanya kepada Allah.

Bersyukur lah bila kita diuji Allah...jangan jadikan ujian Allah sebagai penyebab untuk membuat kita rasa down dan berputus asa.

Ingatlah bahawa ujian Allah datang mengikut kemampuan setiap hamba Allah kerana Allah Maha Mengetahui...
Bagi mereka yang sedang dalam kekecewaan dan berputus asa...kejutkan kembali diri dari kealpaan dan kekecewaan...kembali lah kepada jalan Allah...berdoa lah dan terus berdoa...insyaAllah suatu waktu nanti Allah makbulkan doa kita...

Santai2 menulis saja,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...