Skip to main content

Kehidupan ini hanya sementara...

Hadir di fikiran saat merenung tentang diri dan kehidupan...betapa masa itu pantas benar bergerak.

Teringat masa zaman kecil dulu bila berada di pangkin dengan arwah nenek...arwah nenek kata "matahari ni dah semakin menyerong sedikit daripada tempat munculnya zaman wo muda2 dulu" sambil matanya memandang kepada sinar mentari di langit sana.Saya ikut memandang ke langit sama2 melihat dengan arwah nenek. Arwah ingin menyatakan bahawa dunia ini telahpun di penghujungnya...matahari sudahpun serong dari paksi asalnya...dan itu adalah antara tanda2 dunia ini kini di penghujung zaman.

Teringat masa tu, wajah arwah nenek yang sudah dimakan usia. Bila arwah nenek menyebut "zaman nenek muda2 dulu"...saya cuba membayangkan bagaimana agaknya arwah nenek masa zaman kanak2nya, zaman remaja, zaman dewasa dan akhirnya kini zaman menjadi orang tua...ya zaman menjadi nenek kepada cucu2nya.

Allah...rasa teringat pula masa kecil dok sembang dengan arwah nenek...semoga arwah nenek damai di sana dan berada bersama orang2 yang beriman di sisi Allah. Al-Fatihah.

Telah 25 tahun lalu arwah nenek meninggalkan kami semua...sudah lama jasad arwah nenek bersemadi di alam sana...kini cucu2nya juga telah "menjadi orang tua"...dulunya kami semua kanak2 tapi kini menjadi orang tua kepada anak2 masing2 yang semuanya telah dewasa. Allahuakbar, cepatnya masa berlalu...seakan masih jelas terbayang di mata arwah nenek dok memasak di dapur...menghidangkan kami makanan, bersembang dengan kami tentang cerita2 masa muda arwah nenek dan arwah chekwo.

Menurut arwah nenek...arwah chekwo ni orang terkenal dan kacak orangnya. Ketampanan arwah chekwo ni katanya digilai oleh ramai anak2 dara masa zaman arwah nenek. Nak2 pula kata arwah nenek, arwah chekwo ni tok joro berdikir, suara mmg suara buluh perindu, pandai berlagu...dan berdikir barat...dapat saya bayangkan tu...dengan ketampanan dan campur pula dengan pandai menyanyi dan baik pula orangnya...memang betul la akan menjadi kegilaan pada zaman itu...saya merenung ke wajah arwah nenek semasa arwah bercerita tentang arwah chekwo...raut wajah arwah nenek nampak bersahaja, namun saya pasti arwah nenek mesti begitu merindui arwah chekwo...kerana kerinduan itulah arwah nenek selalu bercerita kisah2 zaman mudanya..

Kami cucu2 memang tak sempat kenal dengan arwah chekwo...arwah dijemput Allah semasa arwah nenek melahirkan anak bongsu...arwah paksu kami...juga telah mengadap Ilahi semasa saya di tahun satu pengajian di Universiti.

Bila direnung dan dihayati tentang kehidupan ini...sudah begitu ramai ahli keluarga yang telahpun berada di "sana"...sudah begitu lama juga dah masa yang Allah berikan kepada hayat penghidupan ini. Sudah hampir 50 tahun lepas berlalu...ramai yang telah pergi mengadap Allah...kalau dihitung keluarga ayah...hanya tinggal ayah dua beradik saja lagi yang tinggal...terkadang bila mengenangkan tentang kehidupan ini...hati rasa sayu...sayu kerana peredaran masa telah mengubah segalanya...

Itulah hakikat sebuah kehidupan sebenarnya...ia bersifat sementara dan terus bergerak ke depan. Masa tidak mungkin mengundur ke belakang...sama ada kita nak atau tidak, masa yang lepas tetap akan ditinggalkan...semua kenangan lalu akan ditinggal dari tahun ke tahun dan akhirnya berpuluh tahun sudah menjadi sejarah.

Justeru, dalam kehidupan ini sentiasalah kita mengingatkan diri bahawa roda dunia tetap berputar. Setiap seorang akan melalui zaman kecil, kanak2, remaja, dewasa, tua dan akhirnya dunia ini ditinggalkan. Sentiasalah bersedia untuk bila2 masa Allah menjemput kerana ajal itu tidak mengenal muda atau tua, sihat atau sakit...

Usahlah kita leka dengan pancaroba dunia di saat kita masih cergas dan tangkas dalam pergerakan, hebat dalam berkata2 berbual bicara...yang mana akhirnya nanti bila usia kita semakin menuju usia emas, kita tidak lagi kuat seperti dulu...tutur kata kita juga tidak akan mungkin selancar dan sekemas dulu...fizikal kita juga slowly akan berubah, rambut yang dulu hitam akan bertukar putih, kulit yang dulu tegang akan mengendur, mata yang dulu jelas akan menjadi kabur, tahap ingatan kita juga makin kurang, kita mudah lupa...

Inilah kehidupan...hanya sementara. Semua orang perlu bersedia dengan perubahan hidup ini kerana semua akan melaluinya.  Dengan putaran masa yang sedetikpun tidak boleh ditahan...kerana itu hidup lah dalam hati dan jiwa yang sentiasa tunduk pada Allah...tidak ada satupun dalam kuasa kita melainkan milik-Nya jua.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...