Selepas solat maghrib tadi sehingga kini fikiran memikirkan tentang keadaan sahabat senior kami yang sama-sama dalam perjuangan dalam karier ini. Kiranya macam bos juga la beliau kepada kami.
Fikiran mengimbau semula masa awal-awal masuk kerja dulu...lebih 20 tahun yang lalu...saya mengenali beliau sebagai seorang pegawai senior yang sangat baik orangnya, lembut tutur katanya, tertib juga orangnya dan kemas penampilannya. Sesekali suka bergurau dan sesekali nampak serius juga di raut wajahnya.
Mula-mula mengenali beliau, memang permulaannya saya betul-betul agak formal...ya opkos takut kami pegawai2 muda ni dengan pegawai senior yang gred2 tinggi ni..takut satu hal, tapi sebenarnya lebih kepada kami menunjukkan tahap hormat yang sangat tinggi kepada senior sehingga kadang2 mulut kaku nak bercakap lebih risau takut terlebih peramah pula.
Namun, bila makin lama dan makin banyak terlibat dengan banyak program-program di peringkat universiti menjadikan team kami dengan pegawai2 senior termasuk beliau semakin baik dan mesra...kiranya dah boleh bergurau atau berjenaka la. Orangnya memang senyum aje dan sesekali akan bersuara memberikan pandangan.
Tapi, ini semua hanya tinggal kenangan kepada kami semua...kini beliau yang dimaksudkan tidak lagi ceria dan kuat seperti dulu...tidak lagi cergas seperti dulu...tidak lagi dia yang dulu...saat ini dia terlantar dalam kesakitan...beliau disahkan ada brain cancer setahun setengah yang lalu. Masa dapat kesan tu...kalau tak salah saya di stage 3.
Allahuakbar sedih dan sebak kami melihat keadaannya kini..setiap kali melawatnya kami menangis, tapi tangisan dalam diam. Kami menyembunyikan air mata yang mengalir...namun terkadang takungan air mata ini tidak bisa dibendung...bila saat melihat pula kelopak matanya basah atau terkadang kelihatan bergenang air mata di hujung matanya...kami semua sedih...kami tahu jauh di sudutnya dia menderita dan dia bersedih..kami tahu peritnya kesakitan yang dia tanggung...Allahuakbar.
Petang tadi kembali mengunjunginya lagi bila mendapat mesej daripada wifenya yang dipanjangkan oleh rakan seperjuangan kami.
Dua hari lepas juga kami pergi melawat dia...sedih sangat melihat keadaan dirinya...terbaring di katil, katil itu adalah katil pesakit yang dibeli khusus untuk dia...ada tiub untuk saluran makanannya yang dimasukkan melalui hidung dan terus ke dalam tubuhnya...makanan dia bukan seperti makanan yang kita makan lagi...dia hanya dapat minum susu saja yang dicampur "ubat" di dalamnya...itu saja "makanan" untuk dirinya pada saat ini. Dalam tiga atau empat kali sehari susu dan "ubat" ini diberikan kepada Tn. Haji.
Tengah hari tadi dapat mesej lagi daripada teman seperjuangan yang memanjangkan mesej daripada wife nya. Kata wifenya Tn. Haji tidak buka mata sejak dari malam tadi hingga ke tengah harinya, wife nya meminta supaya dapat dimaklumkan kepada sahabat handai yang ingin datang melawat dan membacakan Al-Fatihah atau Yasin untuk memudahkan perjalanannya.
Allahhu...terdiam sejenak saya membaca mesej itu...hati rasa sedih membayangkan keadaan Tn.Haji. Saya terus memanjangkan mesej itu kepada sahabat2 terdekat dan terus berpakat untuk melawat dia lagi petang ni.
Ya, petang ni saya sampai lagi di rumahnya bersama seorang sahabat. Di rumahnya turut bertemu rakan taulan lain yang turut melawat. Allahhh...tidak terucap gambaran rasa sedih ini melihat keadaan dia.
Kebetulan dengan kami tadi Bilal Masjid Hijau..Masjid Hasanah dtg...Tn. Haji nampak sangat lemah...Bilal pesan tadi supaya dapat disampaikan kepada kawan2 semua agar dlm situasi ini kawan2 dapat memaafkan dia..walaupun tak ada salah. Ini adalah salah satu cara untuk meringankan batinnya kata Bilal berkenaan. Saya tengok Tn Haji agak lemah...matanya pejam aje..sesekali dia buka..mata macam memandang jauh..mandang ke atas...masa Bilal pegang tangannya dan urut dadanya...dia membuka matanya dan mandang...saya melihat pandangan matanya "macam jauh" kemudian dia pejam balik...ada sekali dia angguk masa Bilal panggil..ada sekali dia senyum..tangan Bilal dia genggam lemah..
Bilal minta air untuk berikan sedikit kepada Tn. Haji. Air zam zam dihulurkan oleh wife Tn. Haji. Bilal kata saluran tekak dan kerongkong Tn. Haji kering sebab angin saja yang masuk, susu pula lalu ikut tiub...kerana itu Tn. Haji batuk. Bilal kata setiap hari boleh titiskan air zam zam ke mulut Tn. Haji sekurang2 dapat basahkan tekak sikit. Bilal minta izin untuk suapkan dengan sudu...hanya setengah sudu besar saja diberikan..itupun saya tengok begitu sukar untuk ditelan oleh Tn. Haji...memang kena pelan-pelan sangat risau takut terbelahak dan batuk. Allahhh..speechless kami melihat...penuh dengan kesayuan.
Sebelum tu, Tn Haji ada tersedak dua tiga kali tadi..Bilal urut dadanya...saya lihat Tn. Haji genggam tangan Bilal, genggamannya lemah, namun tangan Bilal tidak dilepaskan walaupun digenggam lemah. Bilal pesan supaya dapat kami maklumkan kepada kawan2 lain supaya dapat pakat2 buat solat hajat juga...buat solat hajat khas di masjid...ya, surau di HCTM hari tu ada buat...selepas solat Jumaat Imam umum solat hajat khas untuk Tn Haji, begitu juga di Masjid utama kami.
Malam ni teringat kembali mesej adiknya yang dipanjangkan kepada rakan2 oleh salah seorang rakan kami pada minggu lepas..
"Kami akan bawa Abang balik ke rumah petang ini. Tidak ada lagi perubatan di hospital yang dapat membantu dia. Kami akan usaha penjagaan dia di rumah supaya selesa dgn bantuan home nurse."
Allah...bila mula2 membaca mesej ini seminggu lalu...saya terdiam seketika...sedih, sayu dan risau silih berganti singgah di hati...tak dapat saya nak bayangkan keadaan Tn. Haji...kesakitannya...
Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui atas segalanya...sama-samalah kita mendoakan agar Allah memudahkan segalanya buat Tn Haji dan mengampunkan segala dosanya dan diringankan kesakitan yang ditanggungnya...Allahu..
Ameen.
Hati rasa sayu,
RZH

Comments
Post a Comment