30 Oktober 2019 Mata belum dapat dilelapkan. Akhirnya tangan akur pada situasi... mencapai telefon bimbit dan "menyapa" di blog. Fikiran berkira2 kalau melayan menulis ni mahu nanti terbabas masa tidur. Esok dah la ada event yang perlu dilaksanakan...jadinya saya set di minda untuk membuat penulisan ringkas sahaja tapi dapat memberi makna yang cukup besar. Fikiran kembali memikirkan luahan hati seorang sahabat selepas Isyak tadi...perbualan yang agak lama...semoga Allah permudahkan segalanya buat sahabat ini. Sebelum menamatkan perbualan, sempat juga tadi saya berkongsi satu tips yang sangat mujarab untuk hati memperoleh rasa tenang dan damai di saat "badai" sedang melanda diri. Tipsnya...pada setiap selepas solat waktu, jangan tinggalkan membaca Surah Al-Insyirah (Alam nasyrah). Selepas selesai wirid dan zikir, letak tapak tangan kanan di dada dan bacalah dengan hati yang khusyuk dan ikhlas...insyaAllah, Allah beri kita rasa damai dan tenang. Buat pembac...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"