Skip to main content

Posts

Resepi Sedapzaini: Daging Singgang

Dulu2 saya tak berapa pandai sangat nak buat daging singgang ni...tapi dlm lima enam tahun yang berlalu saya suka pulak dgn menu ini...jadinya saya mula mencari info ttg resipi memasaknya. Resipi daging singgang ni saya dpt dari kawan2 saya di kelate dan saya  ubah suai mengikut citarasa saya...opkos la...hehe. Daging singgang ni pada saya mmg mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri...kalau pandai membuatnya mmg rasanya sgt sedap...tidak terkata...confirm hingga menjilat jari la.. Sinonim dgn menu daging singgang ni, rasa dia mestilah kena cukup lengkap dgn masin, masam...mmg wajib rasa menu ni mmg macam gitu! Jom kita tengok resipi daging singgang kelate ala masakan saya ya.. Bahan2: 1. Daging sekilo 2. Bawang merah kecil tujuh lapan biji 3. Bawang putih 7 ulas 4. Asam keping empat lima keping 5. Cili api tiga empat tangkai- optional 6. Cili kering empat lima tangkai 7. Lengkuas besar cket saiz ibu jari 8. Halia besar cket saiz ibu jari 9. Budu dua sudu...

Resepi Sedapzaini: Ayam Goreng Bercili Ala Minang...

Orait...masih bermomentum untuk menulis tentang resepi...saat tiba mood untuk menulis tentang perkongsian resepi...makanya kita tulis... Kebiasaannya di hari minggu memang saya suka memasak, tapi tengok keadaan juga...kalau kesihatan mengizinkan dan keinginan untuk makan lauk-pauk tertentu yang dimasak sendiri...makanya saya masuk dapur la... Memasak ni mmg hobi saya...terapi diri saya adalah dgn memasak...itu antaranya la...hehe.. Hokey jom kita terus kepada resepinya. Entri kali ini saya nak share menu yang saya sebut pada tajuk di atas...masak ayam goreng bercili ala minang...opkos la masakan ini pedas cket sebab menggunakan cili api yang merupakan bahan wajib la... Walaupun pedas, tapi sedapnya mmg tak henngat...kena cuba baru tau...tapi mesti org yang suka pedas la...kalau orang tak suka pedas atau tak boley makan pedas, makanya saya harap jgn ambik sambalnya langsung...memadai dgn apa yang melekat kat ayam tu saja..tapi itupun mmg dah pedas tahap dewa...huhu. Masak m...

Resepi Sedapzaini: Ikan singgang ala kelate...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah di blog saya... Sekian lama tidak menulis tentang resepi...jadinya entri kali ni saya ingin berkongsi ttg bagaimana membuat singgang ikan atau bahasa ore kelate "singge ike"... Kebiasaannya untuk singgang ikan kita menggunakan ikan kembung, ikan selar kecil atau selar besar, ikan tongkol a.k.a ike ayo dll. Namun pada saya yang paling sedap dan paling top adalah bila kita guna ikan tongkol...memang ikan tongkol ni rasanya sgt sedap bila dimasak singgang. Di kelate kalau masakan singgang mmg kebanyakannya akan guna ikan tongkol. Walau bagaimanapun terpulang kpd citarasa masing2 ya... Alkisah citer ike singge sebenarnya ada satu hari tu saya teringin nak makan ike singge...makanya kebetulannya otw balik from somewhere singgah la kat satu kedai ni...hari pulak baru lepas hujan...mcm terbyg aje kesedapan ike singge dgn budu...bila tanya menu kat kedai ni, ada pula menu untuk ike singge dgn budu...wahhhh best...

Jangan Cepat Mengalah dan Tunduk Pada Keadaan...

Sekadar menulis coretan ringkas sahaja.. apa yang datang di fikiran sekadar diturunkan dalam bentuk penulisan... sekadar jua menghargai idea yang datang... Mungkin suatu ketika diperlukan nanti ianya boleh dirujuk sebagai satu bentuk motivasi diri.. Dalam kerja kadang-kadang mood kita ups and dows...itu normal. Sudah pasti akan ada puncanya yang menyebabkan mood kita ups and downs. Justeru, sebagai seorang yang matang dan bijaksana...cuba cari apakah puncanya dan cuba atas dan selesaikan dengan penuh strategik dan berhemah. Jangan kita cepat mengalah kepada keadaan yang menyebabkan mood kita hilang..mood yang merudum ini andai dibiarkan lama-lama akan memberikan kesan kepada semangat dan motivasi kita terhadap kerja, dan akhirnya prestasi kerja kita akan merosot. Jadi...jangan cepat mengalah dan tunduk kepada keadaan! Tips mengelak diri dari cepat mengalah dan berputus asa: 1. Bila berlaku sesuatu selidiki apa puncanya dan jangan cepat melatah - just cool and relax. 2....

Limitnya sudah di noktah terakhir...

1 April 2019 Isnin Al-Kisah sebuah cerita sahaja... Rasanya cukup dulu sampai di sini. Enough is enough...terlalu lama menerima saja pun tidak bagus untuk diri sendiri. Kita beri satu keadilan kepada diri atas hak yang seharusnya perlu dihormati. Sudah terlalu lama mengalah kepada keadaan...telah sekian lama sabar itu menjadi milik diri...kali ini juga sabar tidak tergugat...hanya berubah daripada segi bearing nya sahaja...tidak perlu lagi bersabar pada bearing yang sedia ada, tapi bersabar kepada bearing yang telah diubah paksinya...memang ini yang terbaik...makanya bersabar lah... Dalam sebuah kehidupan yang harmoni dan adil, kita seharusnya saling memberi dan saling menerima...tapi kalau hati sentiasa merasakan hanya kita saja yang memberi...apakah akan ada lagi keharmonian atau wujud lagi kah sebuah perhubungan itu...andai kita saja yang cuba untuk mempertahankannya...maka sudah tiba detik waktu untuk benteng pertahanan itu dibuka...cukup lah! Sekadar memilih untuk berla...

Keterujaan dan semangat baharu dari sebuah pemberian...

28 Mac 2019 l  Khamis Sekadar menitipkan tentang perasaan saya yang berkaitan dengan hadirnya suatu semangat baharu..ledakan momentum berbeza...dan sudah pasti rasa keterujaan hadir... Mengapa rasa keterujaan itu hadir...kerana terkejut...really surprised..langsung tidak pernah terfikir maupun membayangkannya... makanya wajarlah keterujaan itu hadir... Keterujaan juga hadir atas sebab kita terlalu minat dgn sesuatu itu...sesuatu yang memang kita punya soul dan passion kita kat situ...opkos bila ada orang memberikan kpd kita atau menghadiahkan kepada kita...benda yang kita suka dan benda yang kita minat....makanya mmg excited!🍑 Bukan kerana sebuah buku itu yang membuat saya teruja...tapi motivasi diri saya yang terbit hasil pemberian buku ini..itu yang membuat saya teruja...saya juga teruja apabila penulis ini juga di awal pembabitannya dalam dunia penulisan...dia juga spt saya menulis hanya sekadar hobi di media sosial...jadinya dgn ketersamaan ini telah membangkitkan mot...

Bicara Umum Tentang Apa Itu Komunikasi

Secara umumnya komunikasi bermaksud pemindahan maklumat daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Secara lebih terperinci komunikasi bermaksud aktiviti menyampaikan maklumat melalui pertukaran fikiran, mesej atau maklumat sama ada melalui percakapan, penulisan, isyarat ataupun perlakuan bagi mencapai tujuan tertentu. Komunikasi ini berasal daripada Bahasa Inggeris "Communication". "Communication" ini pula berasal dari bahasa Latin "Communicatus" yang membawa maksud berkongsi atau menjadi milik bersama. Menurut Harold D. Lasswell, komunikasi digambarkan melalui siapa mengatakan apa, melalui saluran apa, kepada siapa dan kesannya apa. Menurut Wilbur Schramm, komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang berjaya menghasilkan kebersamaan, kesefahaman antara sumber dengan penerimanya melalui dua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi secara verbal dan komunikasi bukan verbal. Schramm juga menyatakan bahawa komunikasi dan masyarakat merupakan dua per...