Skip to main content

Usah Berfikir Perkara Melukakan dan Menyakitkan

Salam pertemuan di angin lalu...

Wah mukadimahpun berpuitis bagai...saja-saja jer beri mood berkarya dulu...supaya mood menulis ni maintain dan segar selalu. Sangat simple tajuk yang ingin dibicarakan..."usah berfikir perkara melukakan dan menyakitkan"...apakah makna di sebaliknya...mari sama-sama kita menyusuri apa agaknya perkara-perkara tanpa sedar yang kita fikirkan..yang akhirnya membuatkan hati kita terluka dan sakit.

Selalu juga kita mendengar orang berkata "buat apa dok fikir benda yang menyakitkan...tok sah dok fikir"...kenyataan ini sangat simple untuk difahami...tetapi kenapa agaknya benda yang sangat simple daripada segi pernyataannya...mudah untuk difahami tetapi susah dan rumit untuk dilakukan...kenapa agaknya?

Kita dah tahu perkara yang kita fikirkan itu akan melukakan hati kita...dan akan terus melukakan selagi ianya bertamu dalam kepala kita...makanya mengapa kita terus membiarkan ianya menguasai diri dan pemikiran kita...tak perlu fikir sebenarnya....

Tapi bagaimana caranya?

Fikiran adalah kawalan diri kita sendiri. Orang lain tidak boleh mengawal fikiran kita kerana orang lain itu tidak ada perkaitan langsung dgn struktur diri kita...jadinya apa yang kita fikirkan adalah semuanya oleh kita sendiri "hand break nya kat tangan kita"

Orang lain sebenarnya hanya dapat memberi kesan terhadap apa yang kita fikir melalui cara kita respon terhadap apa yang orang lain lakukan pada kita...contohnya perlakuan negatif orang lain pada kita akan berikan kesan terhadap mood kita, hati kita yang akhirnya kesan kepada pemikiran kita...di sini la bermulanya "pintu kawalan"...bagaimana kita mengawal supaya tutur kata dan perlakuan orang terhadap kita tidak menjejaskan emosi dan pemikiran kita.

Kita cuba tips ini untuk kita meletakkan "pintu kawalan' di minda kita untuk kita tapis mana yang boleh penetrate dan mana yang tidak boleh dibenarkan penetrate.

1. Sesuatu yang berbaur negatif please reject awal-awal lagi daripada menembusi masuk ke fikiran kita...bagaimana caranya..permulaan mendengar yang gut feeling kita kata "ini bertujuan tidak baik"...makanya tolak terus...senyum dan respon dengan baik. Memang susah untuk melakukannya tetapi untuk tujuan yang baik demi menjaga keharmonian, emosi kita dan ketenangan diri kita, maka kita kena cuba...bila dah mencuba, kita akan tahu betapa indahnya dunia bila kita mengamalkan cara sebegitu.

2. Supaya hati kita tidak terluka dengan kata-kata atau tindakan orang lain terhadap kita...kita perlu set minda kita supaya sentiasa positif. Anggap bahawa orang itu tidak  sengaja atau mungkin masih belum cukup kematangan dan masih dalam proses belajar untuk melayari hidup dengan lebih baik...maka beri dia peluang belajar meningkatkan dirinya untuk berubah...maafkan saja.

3. Anggaplah kita insan bertuah kerana dipilih Allah untuk diuji dengan situasi sebegitu...dihadirkan orang lain untuk melukakan hati kita...Allah ingin kita belajar tentang erti kesabaran, ketakwaan dan keimanan...Allah ingin kita dekat dengan dia dan bila dalam kesempitan kita mencari-Nya dan mengadu kepada-Nya...mungkin sebelum ini kita jauh dari Allah....Allah sayangkan kita kerana itu didatangkan ujian melalui orang lain untuk kita belajar dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

4. Set kan di minda kita begini...apa saja perkara tidak baik yang orang buat, semua hal itu adalah antara dia dengan Allah...kalau tujuannya baik maka baik lah dia di sisi Allah...kalau tujuannya terselindung niat yang tidak baik, makanya dia perlu menanggung akibat daripada perbuatannya yang Allah tahu bagaimana nak susun nanti....jadinya untuk apa kita membuang masa dengan orang-orang sebegini...doakan saja dia berubah dan diberikan hidayah..juga jangan lupa doakan semoga kita juga sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah...

5. Sentiasa beristigfar atas apa jua situasi, masa dan ketika. Jadikan ini sebagai amalan rutin dan wajib untuk kita...melalui istigfar hati kita akan tenang...terhindar daripada keresahan dan minda kita cepat trigger perkara-perkara yang tidak baik dan kita secara automatik mudah menanganinya...

6. Seandainya emosi kita sangat kritikal disebabkan oleh "sesuatu"..amalkan lah untuk baca Al-Fatihah dan sedekahkan lah kepada orang yang berkaitan dengan niat Allah memberikan kesedaran kepada dia dan Allah melindungi kita daripada segala fitnah dan dengki khianat sesiapa jua....

Kesimpulannya, demi kesejahteraan dan ketenangan diri kita, usahlah kita berfikir perkara yang meluka dan menyakitkan...
tak perlu letak di fikiranpun...just anggap ia "rubbish"...hidup ini sangat mudah sebenarnya andai semua orang tahu dan faham prinsip kehidupan dan perkaitannya dengan ajaran agama.

Sebagai manusia kita tidak mungkin sempurna daripada segala aspek..sudah pasti ada kekuatan dan kelemahan masing-masing....hormati pemikiran orang lain, hindari perasaan iri hati, dengki dan dendam juga persaingan yang tidak sihat kerana akhirnya nanti kemusnahan dan kehancuran jua yang menanti....terimalah kekuatan dan kelemahan orang dengan hati yang terbuka..saling menghormati dan saling menghargai...saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mencapai matlamat..


Salam Hormat

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...