Skip to main content

Nilai Sihat Yang Perlu Dihargai...


Bila kita berbicara tentang nilai kesihatan...ya memang tinggi nilainya...tidak terbanding...
Nikmat sihat sebelum diri kita tak sihat...maka hargailah...sekarang ni kita sihat..esok lusa kita tak tahu...

Kesihatan ini sebenarnya milik Allah..kita tak tahu bila kita akan diuji dengan kesakitan..semuanya berlaku dengan kuasa Allah..apabila saja Dia menghendaki untuk berlaku begitu, maka akan terjadi lah..dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa bersedia..dengan sentiasa bersedia, makanya kita tidaklah mengalami kejutan melampau yang boleh memberikan kesan kepada hati dan perasaan kita dan seterusnya kesan kepada kesihatan kita.

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan berusaha sedayanya untuk memastikan keadaan diri kita sihat berpanjangan...namun segala ketentuan adalah milik-Nya. Walau bagaimanapun kita diminta untuk sentiasa berusaha dan tidak semata-mata menyerahkan bulat-bulat kepada takdir...itu bukan caranya...

Bercakap daripada pengalaman yang dilalui....tiada ukuran wang ringgit untuk nilai kesihatan ....apabila kita diberikan kesakitan atau diuji dengan keadaan diri yang tidak sihat..maka kita akan tahu bahawa nilai sihat itu memang tidak terbanding! Allah menguji kerana Dia sayangkan kita...Dia beri perhatian kepada kita. Semasa kita sihat jangan kita terlalu alpa sehingga kita lupa nikmat sihat itu milik Allah..sebab pada bila-bila masa Allah boleh menariknya kembali. Gunalah nikmat sihat itu di jalan yang membawa kebaikan...mengerjakan ibadat dengan sebaiknya, bekerja sebaik mungkin, membantu orang sebaik mungkin dan memahami kesakitan orang lain sebaik mungkin...itu tandanya kita bersyukur dengan nikmat Allah...sentiasa beringat supaya kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang kufur nikmat Allah...

Juga semasa kita tidak sihat  diuji dengan kesakitan, jangan kita menganggap itu adalah "hukuman" Allah kepada kita sebaliknya anggap itu sebagai nikmat Allah untuk kita lebih memahami erti kehidupan sebenar..erti "kesusahan" erti "keperitan", erti "kesakitan yang hanya kita yang tahu" erti "perasaan yang down yang hanya kita yang tahu" erti "betapa indahnya solat yang sempurna", dan sebagainya lagi. Mengapa saya menyentuh tentang "solat yang sempurna" semasa sakit...kerana semasa sakit kita mungkin tidak dapat mengambil wuduk dengan baik..mungkin juga kita kena mengambil wuduk secara bertayamum...mungkin sakit situ sini, ada branula yang dicucuk kat tangan (jarum yang dicucuk untuk masukkan ubat kepada pesakit) yang perlu kita berhati-hati dalam setiap pergerakan kita..

Berkaitan dengan branula ni...memang boleh buat kita macam "fobia" sikit...sakit masa cucuk tu satu bab (bergantung kepada orang juga) sepanjang kena cucuk branula ni pergerakan nak kena berhati (kot tersangkut ke terlanggar ke)...fikirkan pula tentang jarum (branula) ni yang tidak dapat bertahan lama, kebiasaannya dalam tiga empat hari sahaja (sekiranya masuk ubat jenis antibiotik, sebab antibiotik ni likat sikit cecairnya). Lebih daripada tempoh ini, tangan akan mula membengkak kerana dicucuk branula...bila bengkak dah kena cucuk tempat lain pula, sehinggalah tangan kita kedua-dua belah dah lebam dengan "injection" ini...sehingga dah tak tahu mana tempat nak cucuk lagi la..cucuk tetap kena cucuk branula ni sebab kot manapun ubat memang kena masuk dalam badan...setiap kali cucuk branula ni bukan tak sakit..aduhai sakit sebenarnya (bergantung kepada kepakaran doktor yang cucuk juga la), kalau doktor tu dah pakar, maka kesakitan tu tak terasa sangat (biasa-biasa saja)...tapi kalau yang tak berapa mahir...cuai pulak..hadoiii satu hal la sakitnya....bayangkan perasaan kita dalam situasi sebegini....demam branula satu hal pula (demam disebabkan tangan bengkak akibat branula yang dicucuk tu)..bila demam branula ni tak baik-baik akan beri kesan pula kepada rawatan untuk penyakit kita yang sebenar...akan ada perubahan treatment yang Doktor akan buat pula, lari dari plan asal...dan macam-macam kesakitan lagi..

Kembali semula kepada soal "tidak dapat melakukan solat dengan sempurna" semasa kita sakit. Ya, dengan situasi yang perlu dilalui oleh orang yang sedang sakit sebagaimana yang saya nyatakan di atas, dah la kena menanggung sakit yang dilalui ditambah pula "stress" dengan branula di tangan makanya pada saat itu, fikiran kita mungkin bercelaru, perasaan rasa down dan macam-macam rasa lagi...semasa sakit ini kita  mungkin perlu solat secara duduk atau secara berbaring atau secara isyarat sahaja...akibat badan kita yang lemah atau mungkin kita tak mampu untuk bergerak akibat kesakitan yang ditanggung..saat itu memang kita rasa betapa nikmatnya andai dapat mendirikan solat secara sempurna...Allahuakbar...Jadi pengajarannya semasa sihat ni..lakukan solat dan semua perkara dengan sebaik dan sesempurna mungkin...kerana bila suatu ketika nanti kita tak dapat melakukannya dengan sempurna...sekurang-kurangnya kita telah melakukannya dengan terbaik semasa kita sihat!

Makanya sementara sihat jagalah dengan baik kesihatan kita. Bagaimana kita ingin memelihara kesihatan kita agar sentiasa dalam  keadaan yang baik..ada beberapa tips dalam penjagaan kesihatan ini...hanya sekadar usaha dan ikhtiar kita sahaja...selebihnya adalah milik Allah.

Tips dan amalan:

1. Banyakkan berdoa
2. Banyakkan berzikir supaya hati dan jiwa kita bersih
3. Sentiasa bertenang dalam apa jua situasi
4. Hindari tekanan
5. Elakkan daripada marah-marah
6. Enjoy dengan life di jalan yang Allah redhai
7. Sentiasa positif
8. Elakkan bercakap yang buruk tentang orang
9. Bersenam/berekreasi
10. Banyakkan minum air kosong
11. Jaga pemakanan 
11. Jangan tidur lewat. Sebab tidur lewat secara berterusan akan melemahkan sistem imunisasi badan kita, teeutamanya di usia lewat 40-an

12. Amal pengambilan supplements (bermula umur 40-an ke atas) memang wajib ada sokongan supplements kepada diri..di usia 40-an ini yang wajib diambil mengikut pengalaman saya adalah garlic, fish oil, spirulina, vitamic C dan kalsium...yang ini adalah keperluan asas kepada tubuh badan kita (ini mengikut kesesuaian kepada diri saya) berkemungkinan berbeza kepada orang lain...walau bagaimanapun pengambilan supplements ini perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu...apa keadaanpun wajib ambil...jangan melengahkan kerana pengambilannya memang memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan orang yang telah mencecah umur 40-an. Bersegeralah mendapat nasihat Doktor dalam hal-hal kesihatan ni.

13. Amalkan membuat latihan pernafasan. Tarik dan hembus nafas dalam kiraan lapan dan kemudiannya hembus perlahan-lahan sambil mengucapkan "innalillahiwainnailaihirajiun", 
InsyaAllah melegakan dan memberikan ketenangan kepada fikiran..juga organ dalaman kita...paru-paru dan jantung. Paru-paru dan jantung ini sangat penting untuk kita, "sakit" di sini makanya keseluruhan organ kita nanti akan terkesan.

14. Rawatan secara alami juga sangat penting dan memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan. Contohnya mengamalkan latihan terapi memijak tapak kaki tanpa alas di atas tanah dan berjalan untuk tempoh mungkin 10-15 minit.

Bagi mereka yang tidak diuji Allah dengan kesihatan maka bersyukur lah...dan bagi mereka yang telah diuji maka perlu lebih bersyukur kerana dengan ujian itulah kita lebih dekat kepada-Nya. Ujian kesihatan itu bukan bermakna Allah menghukum kita, tetapi sebenarnya ada seribu makna dan hikmah di dalamnya yang tersembunyi untuk kebaikan kita sebagai hamba-Nya...mungkin Allah nak kita "berehat" seketika setelah memberikan sepenuh jiwa dan raga kepada kerja...atau mungkin juga Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil kita dengan ujian kesakitan...mungkin kesibukan kita terhadap kerja melalaikan kita...Allah sayangkan kita kerana itu diberikan ujian agar kita kembali dekat kepada-Nya.

Setakat ini dulu perkongsian berkaitan kesihatan. Semoga bermanfaat untuk semua...kekalkan momentum kesihatan kita dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat...ceria dan hepi-hepi selalu...itu kuncinya!

Eat Healthy
Sleep Well
Breath Deeply
Enjoy Life



Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...