Skip to main content

Mencari Hikmah di Sebalik Duka...

Petang tadi sempat membelek sekejap Buku hasil penulisan Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...buku ini sebenarnya telah sekian lama dibeli..rasanya dah empat lima tahun kot...ermmmm begitu cepat masa berlalu...buku ini masih tersusun elok di rak buku...saya sengaja mencapainya petang tadi..sekadar membelek-belek...dan dari situ timbul idea untuk menulis tentang tajuk "mencari hikmah di sebalik duka"

Kalau dilihat kepada skop tajuk ini memang sangat luas ruang lingkup yang boleh kita sentuh dan tulis...terpulang kepada kita ingin mengambilnya dari aspek mana...yang pasti apa jua aspek yang kita pilih..gis nya tetap berkaitan dengan kedukaan dan kesedihan di jiwa kerana kita ingin bercakap tentang hikmah di sebalik rasa duka dan sedih ini.

Dalam hidup ini, sebagai manusia yang punyai hati dan perasaan sudah pasti kita akan melalui rasa suka, duka, bahagia, dan derita...ini semua adalah lumrah perasaan yang sering berputar dalam kehidupan kita. Datang dan pergi silih berganti semua rasa ini mengambil tempat di hati kita. Sama ada kita mampu menghadapi dengan baik ataupun tidak, itu semua bergantung kepada kekuatan jasmani dan rohani kita...andai kita sentiasa berpegang bahawa setiap ujian Allah itu mempunyai hikmah yang terselindung maka kita akan sentiasa kuat untuk menghadapinya.

Kalau iman di hati kita kuat, kita akan dapat menghadapi semua ujian dengan tenang dan redha kerana kita pasti janji Allah itu benar untuk hambanya...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang penghujungnya nanti adalah kebahagiaan dan keindahan.

Hati dan jiwa yang kuat adalah hati dan jiwa yang sentiasa bersedia dan dan sentiasa meyakini kebesaran Allah. Justeru hati dan jiwa yang kuat akan sentiasa mengaudit diri dengan mencari hikmah di sebalik duka yang dilalui. Kalau betul kita inginkan peningkatan kepada diri kita dalam keimanan kita kepada Allah, sudah pasti kita akan sentiasa membuat audit diri untuk memberikan fokus kpd hikmah di sebalik duka dan bukan memberikan fokus untuk menyalahkan takdir dan bertanya "mengapa aku?" yang dipilih untuk ujian ini...sebaliknya kita bersyukur mengapa kita dipilih...kerana di sebalik ujian itu terkandung 1001 rahmat Allah...

Konsep suka dan duka dalam kehidupan ini adalah "datang tanpa dijemput dan pergi tanpa diusir"...kenapa saya berkata begitu...kerana soal suka dan duka ini bukan soal yang boleh kita rancang untuk ianya berlaku atau tidak berlaku...ia boleh datang tiba-tiba dan boleh berlalu tiba-tiba...betapa uniknya konsep "suka dan duka" ini...kerana ia milik Pencipta Alam ini...justeru ia akan hadir menerjah kehidupan kita mengikut kehendak Allah jua...

Setiap kali kita melalui duka dan kesedihan, jangan kita terus terusan melayan rasa sedih dan berputus asa dalam kehidupan. Jangan kita sekali-kali menyalahkan takdir. Sebaliknya kita perlu bangkit untuk melawan rasa duka itu dan menjadikan kedukaan itu sebagai sebuah kekuatan dan bukan kelemahan..bagaimana caranya...caranya adalah dengan mencari hikmah di sebalik ujian dan dugaan itu...kerana hikmah yang tersembunyi itu nanti akan menjadikan kita semakin kuat dan semakin tabah...

Antara hikmah di sebalik duka dan derita adalah:

1. Menjadikan kita insaf bahawa kita ini manusia dan hamba Allah yang sangat kerdil dan tidak punyai apapun..juga tidak dapat melakukan apapun melainkan dengan izin Allah.

2. Kita akan kembali mencari Allah - menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita kepada-Nya dan memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah atas segala kemelut yang dihadapi. Pada saat itu, kita tidak mengharapkan apa-apa lagi kecuali rasa ketenangan dan kebahagiaan dan bermohon agar Allah melepaskan kita dari segala cengkaman derita dan kepedihan.

3. Menyedarkan kita tentang dosa-dosa yang kita lakukan. Menyedarkan kita betapa kasih sayang dan perhatian Allah masih lagi Allah berikan kepada kita walau terlalu banyak dosa yang kita lakukan...Allah masih sayang kerana itu Allah turunkan ujian. Allah rindu untuk mendengar tangisan kita kepada-Nya...derita yang kita lalui akan mengembalikan semula kita ke landasan Allah...kembali mendekatkan kita kepada-Nya...alangkah bertuahnya kita kerana masih tergolong dalam kalangan yang Allah masih berikan perhatian walaupun kita banyak melakukan dosa...kerana andai kita sudah tergolong dalam golongan yang dikatakan sebagai "istidraj"...maka malang sekali hidup kita kerana Allah telah "tidak pedulikan" kita lagi...Allahuakbar...semoga kita semua dijauhkan dari termasuk dalam golongan ini.

4. Allah ingin tingkatkan darjat kita dan ingin memberikan ganjaran yang lebih baik kepada kita...andai kita sabar dan redha dengan ujian yang menimpa, maka kita lulus ujian yang Allah berikan..insyaAllah ganjaran Allah menanti...kalau tidak di dunia, di akhirat akan pasti.

5. Ujian dan derita itu adalah penghapus dosa-dosa kita dan membersihkan hati kita sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit susah hati sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

6. Derita yang dilalui akan menjadikan kita lebih kuat, lebih tegar, dan lebih yakin dalam kehidupan...kalau kita seorang wanita kita adalah seorang "iron lady". Semuanya kita mampu hadapi..kita berani mengambil risiko, kita tidak kenal erti putus asa, kita tidak takut kepada sesiapapun andai kita di pihak yang benar kerana yang kita takut hanyalah pada Allah jua...konsep "genggam bara api biar sampai jadi arang" adalah konsep yang menjadi amalan kepada jiwa dan hati yang kuat.

Begitulah lebih kurangnya hikmah di sebalik setiap ujian yang perlu kita fahami hakikatnya.  Justeru, saya akhiri di sini dulu perkongsian saya tentang peri pentingnya mencari hikmah di sebalik duka dan derita yang kita lalui...semoga kehidupan kita semua terus dalam perlindungan dan keberkatan Allah selalu...sentiasalah sujud kepada-Nya dan mintalah kepada-Nya atas apa jua masalah yang kita hadapi...Allah Maha mendengar dan Maha mengetahui...segalanya di alam semesta ini adalah milik Allah...

Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...