Tengok tajuk pun dah tak fahamkan...
Nak tulis tentang "tak faham dan terus tak faham" ni pun rasa tak faham juga sang penulisnya...ermmm parah!
Mungkin penulis sendiri pun tak faham tentang "what's going on"...walau apapun kena cuba faham juga supaya solution dapat dicari dan penawar dapat diberi kepada "situasi yang tidak difahami" ini.
Makin lama makin tak faham dan kalau terus dok "prolong" situasi "tak faham" ini maka makin haru biru la keadaan..makin parah la jawabnya....makin mengundang "bibit-bibit yang tak dpt dipastikan lagi"...Hadoiii...
Situasi "tak faham dan terus tak faham" ni gayanya macam terus menjadi-jadi...adakah perlu terus ditelan dan dikunyah atau bagaimanakah yang sesuai...
Jalan terbaik apa agaknya ya..kunyah dan terus kunyah..hadam dan terus hadam..buat "bodo" dan terus buat "bodo" atau...masih tiada jawapan!
Situasi "tak faham dan terus tak faham" ini akan memberikan kesan yang tidak baik andainya ia berterusan tanpa solusi terbaik...ia akan "membunuh" semangat dan "mematahkan" hati dan perasaan...juga membunuh kreativiti, dan prinsip kepimpinan...
Mengapa agaknya perlu jadi begitu? Tak ada jawapan yang menasabah rasanya...sebab "tak faham" itu lah agaknya tiada jawapan atas "the why" itu.
Kesimpulannya...menjadi seorang "orang" ni bersederhana saja la...sebab kalau kita kurang pun salah lebih pun salah...buat pun salah tak buat pun salah..entah apa apa perlu dilakukan pun tak tahu...itu yang rasa "tak faham" tu....jadi apa sebenarnya perlu buat!
OMG! I'M SPEECHLESS!
Namun pegang sajalah pada "kata hati"..pegang sajalah pada dasar "Ikrar", "amanah" dan "tanggungjawab", selagi boleh bersabar maka bersabar lah...tak perlu kata apa..diam lebih baik...
Bertabah sajalah wahai hati...kembali kepada Yang Maha Berkuasa..."berbicaralah pada-Nya, meluahlah pada-Nya" kerana hanya Dia yang lebih mengetahui segalanya dan lebih memahami segalanya...jawapan tetap ada pada Dia...
Semoga Dia memberikan jawapan kepada rasa "tidak faham" ini dengan whatever cara...fahamkan apa yang tidak faham ini...
Jadinya, kepada sesiapa jua yang berhadapan dengan situasi "tak faham dan terus tak faham" ni..jangan mudah melatah...jangan cepat sentap...jangan cepat respon..."pause" dulu...pakai konsep telan selagi boleh telan....kalau dah tak tertelan nanti.... whatever la... there's nothing to worry about...
Teringat kata-kata seseorang,
"Wajahnya sentiasa tersenyum...bukan kerana dia tidak pernah sedih...tapi kerana jiwanya sangat yakin dengan Allah yang selalu ada..."
Salam hormat,
RZH
Comments
Post a Comment