Skip to main content

Etiket Sosial - Tertib Asas Di Meja Makan (Table Manners)

Sekadar berkongsi beberapa perkara asas sahaja supaya kita semua tidak begitu kekok dan salah tertib dan adab pabila berada di meja makan semasa majlis rasmi. Sekurang-kurangnya kita tahu yang basic sajapun dah okey bagi menjaga imej kita dan tidak memalukan kita. Menjaga adab dan tertib semasa menghadiri jamuan rasmi amatlah penting kerana adab di meja makan menggambarkan tingkahlaku dan peribadi kita.

kita juga perlu ingat bahawa, apabila kita menghadiri satu-satu majlis rasmi, kita sebenarnya bukan hanya hadir sebagai individu tetapi kita juga membawa nama organisasi yang kita wwakili.Apabila kita tidak tahu atau tidak menghormati tertib di meja makan ianya bukan saja memalukan kita tetapi juga memalukan nama baik organisasi yang kita wakili, kedua-dua imej akan terjejas, imej individu dan imej organisasi. Justeru, elakkan diri dilabelkan sebagai "agak jakun" dan dalam masa yang sama kita dianggap sebagai tidak menggambarkan organisasi yang kita wakili.

Saya hanya sekadar berkongsi tertib yang umum sahaja, iaitu terus kepada menyatakan asas-asasnya. Kalau panjang lebar nanti kita tetap tidak boleh ingat semua...dan selalu berlaku kita sentiasa rasa keliru apa perlu buat dan macamana nak guna "cutlery set" yang disediakan....jadi just fokus kepada yang basic sahaja.

Antara perkara-perkara asas yang wajib diketahui adalah:

1. Untuk duduk di kerusi, masuk melalui sebelah kanan kerusi kita (dari pandangan belakang ya, maksudnya dari pandangan bila kita berdiri di belakang kerusi). Keluar juga dari sebelah kanan kita.

2. Jika datang bersama pasangan (suami isteri), isteri sentiasa berada di kerusi sebelah kiri suami kecuali di meja utama perlu tengok kesesuaian.

3. Wanita yang bawa beg tangan - letak cangkuk beg di sebelah kanan meja dan cangkukkan beg di situ. Digalakkan membawa beg yang bersaiz kecil. Jika tiada cangkuk, letak beg bawah kerusi kita. Jangan letak atas paha (kalau beg saiz kecil boleh la consider kalau nak letak atas paha), bawah meja dan pantang sekali jangan letak atas meja hidangan.

4. Bila duduk - jangan berpeluk tubuh. Tangan perlu diletakkan di atas paha. Jangan letak tangan atas meja, jika ingin letak juga sesekali, hadnya setakat pergelangan tangan sahaja. 

5. Napkin - biasanya diletakkan di depan kita (atas pinggan atau atas meja)..jika tidak, ambil napkin di sebelah kiri kita. Napkin perlu dibuka lipatannya dan diletakkan atas paha kita. Lipat sedikit bucu atasnya (kebiasaannya dilipat di sebelah dalam). Bila telah selesai atau ingin bangun mengambil makanan, napkin boleh diletakkan di atas meja atau kerusi kita (tidak perlu dilipat semula), tapi jangan dikomotkan.

6. Gelas - akan sentiasa terletak di sebelah kanan, ambil di sebelah kanan kita. Namun jika hidangan adalah hidangan yang perlu makan dengan tangan dan garpu dan sudu tidak disediakan, maka gelas ambil di sebelah kiri kita.

7. Jangan mula makan sebelum tetamu utama mula makan. Jika di meja bulat, tunggu semua tetamu di meja kita sudah dapat hidangan barulah mula makan (sekiranya menu di dihidang oleh pelayan). Kalau menu dihidang dalam Dome, maka boleh mula makan dengan tertib. Jika di meja panjang, memadai tetamu di depan dan kiri kanan kita dah dapat makanan, maka kita boleh mula makan.

8. Penggunaan cutlery yang disusun di atas meja adalah dari luar ke dalam.

9.Hidangan bentuk Dome - bila mengambil makanan, bawa makanan ke pinggan kita dan bukan bawa pinggan ke makanan.Jangan sampai bangun dan membongkok untuk mengambil lauk. Sekiranya jauh minta bantuan dengan tertib.

10. Makanan dihidang dari sebelah kiri dan minuman dihidang dari sebelah kanan. Pinggan dan peralatan cutlery kotor kebiasaannya diambil dari sebelah kanan, dan boleh juga di sebelah kiri.

11.Kedudukan sudu, garpu, dan pisau:
- Jika menu barat - sudu dan pisau di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri. - Pisau kecil untuk sapu mentega di atas piring sebelah kiri (belah atas sedikit).
- Bagi menu masakan asia (nasi maksud saya), sudu diletak di sebelah kanan pinggan dan garpu diletak di sebelah kiri pinggan.
- sudu sup - sudu berbentuk bulat. Cedok sup dari arah dalam ke luar, iaitu dengan 
menghalakan sudu sup ke arah keluar dari badan kita dan bukan ke dalam.

12. Perlu diingat bahawa bagi penggunaan chopstick kita dilarang sama sekali untuk mencucuk bahagian tengah makanan, memindahkan makanan dari satu chopstick ke chopstick lain dan membuat "cross" dengan menggunakan chopsticks kerana semua ini adalah simbolik kepada acara pengkebumian. Perlu "alert'" dengan adat dan budaya berkaitan.

13. Jika belum selesai makan - katakan kita perlu bangun untuk ke bilik air, sudu dan garpu boleh letakkan atas pinggan makan kita dengan kedudukan sudu di sebelah kanan (atas pinggan) dan garpu di sebelah kiri (atas pinggan) ini tandanya kita belum selesai dan pelayan tak akan mengambil pinggan kita. Jangan sesekali letak sudu garpu kedua-duanya berada di sebelah kanan di atas pinggan secara bersama (sebelah menyebelah), kerana itu tandanya kita sudah selesai dan pelayan akan datang mengambil pinggan kita.

14. Perlu diingat bahawa pisau yang disediakan adalah bagi tujuan memotong, manakala garpu digunakan untuk menyuapkan makanan ke mulut. Jangan sesekali menyuap makanan ke mulut dengan pisau walau sekadar bergurau atau kerana sayangkan makanan yang terlekat kat pisau tu.

15. Jangan bercakap semasa makanan sedang penuh dalam mulut kita. Juga jangan bertanya sesuatu kepada tetamu yang mulutnya sedang penuh dengan makan kerana ia akan menjadi serba salah untuk menjawab.

16. Tutup mulut semasa mengunyah makanan untuk mengelakkan berbunyi dan dilihat sebagai tidak sopan.

17. Manisan seperti kek dan pastri boleh dinikmati dengan kedua-dua sudu dan garpu atau garpu sahaja. Tengok kesesuaian.

18. Bagi hidangan sup dan roti. Roti dicubit kecil dengan tangan dan bukan dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk menyapu mentega. Roti yang dicubit disapu mentega dan disuap ke mulut. Manakala sup dihirup dengan sudu secara berasingan. Roti tidak dimakan dengan cara dicicah dalam sup atau dicubit kecil-kecil dan direndam dalam sup sebelum dimakan. Hirup sup jangan sampai berbunyi. Sup yang panas jangan ditiup/dihembus untuk cepat sejuk.

19. Konsep makan hidangan buffet
-  mulakan dengan sup/mushroom soup dan seumpamanya dan mungkin dengan roti dulu sebagai Permulaan (starter). 
Setengah orang memilih buah dulu sebagai permulaan (bergantung kepada cara masing2). Buah ni drpd segi kesihatan, elok dimakan di awal sebelum kita makan menu berat lain. 
- diikuti dengan makanan utama/berat seperti nasi/mee/lauk/pauk/atau seumpamanya. 
-diteruskan dengan "dessert" seperti pastri/kek/pengat/manisan/kuih-muih/aiskrim dan seumpamanya...
- last sekali ditutup dengan "coffee" ataupun "tea". Maka selesailah jamuan "buffet" yang kita hadiri.
 
Nota: 
Konsep Buffet - Ambil makanan secukupnya terlebih dahulu. Boleh diulang dua tiga kali. Jangan sekali ambil tu penuh pinggannya diisi dengan macam-macam..bercampur semuanya dalam satu pinggan, cthnya nasi, dessert, buah dsbnya lagi...jgn dicampurkan begitu..kita boleh ulang-ulang mengikut steps yang dinyatakan di atas tadi...tidak perlu terburu-buru. Jangan guna pinggan yang sama yang telah digunakan. Ambil pinggan baharu untuk setiap kali ulangan dibuat bagi pilihan menu berikutnya. Juga jangan bawa pinggan yang telah kita makan ke meja lauk-pauk untuk kita tambah nasi atau tambah lauk...bila nak tambah walau makanan yang sama..ambil pinggan baharu...

20. Bila selesai makan: 
- Sudu dan garpu juga pisau dirapatkan dan kedudukannya diletak secara menyenget di sebelah kanan pinggan. mata pisau menghala ke dalam. sudu dan garpu diletakkan terlentang supaya tidak mudah terjatuh bila  pelayan mengambilnya.  
- Sisa makanan dikemaskan dan diletak di sudut atas pinggan sebelah tepi kedudukan garpu dan sudu tadi.

Demikianlah serba sedikit tertib asas di meja makan yang tidak boleh tidak kita semua perlu tahu (terutamanya mereka yang bekerja yang perlu menghadiri "dinner" atas kapasiti sendiri atau mewakili jabatan. Semoga bermanfaat untuk semua.


Salam Hormat,
RZH


Rujukan
- Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis, Mokhtar b. Mohd. Tahar, 1999
- Panduan Protokol & Tatatertib Majlis, Samsudin Wahab, 2006
- Bahan Kursus Etiket & Protokol yang dihadiri


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...