Skip to main content

Fikir Yang Baik-baik saja...


Bila bercakap tentang fikir yang baik-baik saja ni terkadang hati kita jadi keliru. Keliru tu bukan kerana apa, hanya kerana di fikiran kita sering hadir benda positif dan benda negatif secara bersama dan bersilih ganti. Jadinya kita rasa susah untuk mengelak dari memikirkan perkara yang negatif. Memang semua manusia begitu..jadi jangan risau sebab itu memang normal...

Cumanya yang perlu kita ingat adalah, bila kita berfikir benda yang positif, makanya aura yang positif menguasai kita dan insyaAllah benda-benda yang baik sahaja berlaku. Bila kita berfikir tentang benda yang negatif, makanya aura yang negatif akan menguasai diri kita dan benda-benda yang meresahkan dan memenatkan fikiran yang berlaku...konsepnya adalah aura positif akan menguatkan dan aura negatif akan melemahkan...

Aura pada diri setiap orang adalah berbeza-beza bergantung kepada keadaan jasmani dan rohani serta kehidupan dan pemikiran seseorang itu. Aura  yang lebih besar datangnya daripada tenaga positif yang lebih yang terhasil daripada pemikiran yang sentiasa memikirkan benda-benda yang baik sahaja dan cara hidup yang mengamalkan nilai-nilai yang murni dan diredhai Allah. Bagi mereka yang kehidupannya penuh dengan amalan yang tidak baik, tidak berada di landasan yang diredhai-Nya, hati yang penuh dendam dan khianat, dengki dan iri hati,...maka kehidupannya akan dikelilingi dengan tenaga yang negatif yang mendominasi diri. Berbalik kepada hukum tarikan, ia akan pergi kepada tenaga apa yang menguasai dan mendominasi.

Ermmmm..bila kita fikir benda yang negatif, kita memang tahu ianya tidak bagus untuk fikiran, hati dan perasaan juga tubuh badan kita...kesannya kita juga yang tanggung...fikiran berserabut, kusut, resah dan gelisah, hati rasa sakit, kecewa, marah dan for sure la hati dan jantung jadi berdebar-debar drpd segi rasa dalaman..tubuh badan kita pula akan jadi letih, lemah, tegang segala urat-urat, bisa-bisa badan, sakit kepala dsbnya lagi...ini adalah realitinya...memang tak baik kesannya kepada kesihatan. Makanya nak ke kita berterusan menanggung semua ini sedangkan kita seharusnya menikmati kehidupan yang ceria dan bahagia. Kita seharusnya menikmati secara total kebahagiaan dan keceriaan diri, tapi kita musnahkan dengan melayan benda-benda negatif yang memusnahkan diri kita sendiri...kerugian semata-mata!

Kalau difikirkan secara rasional, mengapa kita perlu mengizinkan diri kita tidak tenang dan rasa "down" dek kerana memikirkan benda-benda negatif. Andai kata dalam kerja dan dalam kehidupan berlaku situasi orang menyakiti kita...tak payah la kita fikirkan sangat tentang perkara yang disakiti itu...memang susah sebab itu lah kita disarankan untuk melatih diri..belajar untuk tidak mempedulikan sesuatu yang buat kita down...apa yang perlu kita lakukan adalah biarkan saja dia dengan cara dia begitu, kita doa saja agar Allah beri dia petunjuk. Hati kita pun tenang kerana tiada persengketaan.

Jadi, jangan bertangguh lagi...mulakan dari sekarang untuk  fikir yang baik-baik saja...keluarkan diri dari kebiasaan memikirkan benda-benda yang tidak menggembirakan kita...jangan biarkan ia terus menjadi amalan rutin kepada hidup kita...buang jauh-jauh. Pasti boleh punya!

Kenapa saya kata pasti boleh sebabnya...ada pepatah menyatakan  "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih". Sebagai manusia, kita mempunyai kelebihan dalam memikirkan yang terbaik buat diri kita. Jadi mengapa perlu memilih yang menyakitkan.

Kalau kita hendak, pasti kita akan mencuba sebaik mungkin dan kalau kita tak hendak, pasti kita tidak mempedulikan dan membiarkan saja diri kita terus "diracun" dengan kebimbangan dan keresahan yang tidak berkesudahan. Namun terkadang sebagai manusia kita memang akan sentiasa terbabas dari landasan...kerna apa? kerana kita selalu leka, ambil mudah, tak beri perhatian, tak sayangkan diri kita dan tidak serius dalam menangani sesuatu perkara...walhal benda sebenarnya boleh diuruskan...orang kelantan kata "kita buat dia buke dia buat kita"...wah gitewww..saje pinjam kata-kata seseorang yang pernah hadir dlm hidup saya suatu waktu yang berlalu dulu...

Saya juga sering mengingatkan diri saya untuk berfikir yang baik-baik saja...tapi kadang-kadang terbabas juga...sudahnya badan yang menanggung kesannya...memang tak sanggup la dok pening kepala, sakit badan sebab stress itu dan ini...paling senang adalah kalau rasa sesuatu itu memudaratkan..maka diam aje la lebih baik...kalau cuba menjelaskan pun tak ada gunanya sebab kadang-kadang orang tak akan faham apa yang kita faham..lagi menyesakkan dada kita bila ianya makin mengeruhkan keadaan..maka mendiamkan diri adalah lebih baik...

Biar sajalah..andai kita rasa kita tak mampu memberikan kefahaman itu..maka serahkan saja pada Allah...andai kita di pihak yang benar, maka Allah tahu la bagaimana nak "fahamkan" orang yang perlu difahamkan itu..dan andai kita di pihak yang tidak benar, maka biar kita yang Allah berikan petunjuk...dalam masa yang sama kita juga perlu hilangkan semua sifat-sifat negatif dalam diri seperti ego, sombong, keras hati, tak boleh terima teguran dsbnya lagi bagi memberikan peluang untuk hati kita berubah...kita mesti ingat hanya hati yang lembut saja dapat menerima teguran secara positif...justeru, segala sesuatu akan terlerai jua..masanya saja tak tahu bila...kena sabar la menunggu...sesuatu yang "win" itu tidak datang dengan mudah. Kesabaran akan menjanjikan hasil yang terbaik!

Hokey cukup dulu di sini unk berkongsi tentang "fikir yang baik-baik" saja...semoga bermanfaat kepada sesiapa jua yang membacanya..dan sudah pastilah untuk saya sendiri juga...kita kena latih diri! semoga dengan melatih diri untuk "fikir yang baik-baik" saja akan menjadikan kehidupan kita lebih bahagia dan tenang.

Latih diri untuk:
Fikir yang baik-baik
Cakap yang baik-baik
Buat yang baik-baik
Doa yang baik-baik
Minta yang baik-baik
Pasti yang datang nanti adalah yang baik-baik jua...insyaAllah!

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...