Skip to main content

Bagaimana Melupakan Orang Kita Sayang...


Kembali ke blog juga lewat malam ni, bila mata belum dapat dilelapkan...
Badan memberi signal sudah terlalu penat, tapi fikiran memberi signal belum lagi ingin berhenti dari berfikir...aduhaiii...

Sejak 20 tahun yang lalu, di zaman belajar dulupun, andai mata tak dapat dilelapkan, makanya rutin biasa menarikan pena...sehingga kini juga masih setia...setia menulis bila ada masa terluang dan kesetiaan ini masih kekal. Wah bercakap tentang kesetiaan..memang akan terus setia...hehe

Lewat petang tadi terbaca di satu laman sosial berkaitan dengan bagaimana melupakan orang yang kita sayang...jadi saya berminat pula untuk menulis dan berkongsi idea dan pandangan tentang tajuk ini...

Dalam hidup ini, bertemu dan berpisah itu adalah soal lumrah. Setiap pertemuan pasti jua akan berakhir dengan perpisahan...bila bertemu dan mengenali secara rapat dengan seseorang sudah pasti akan ada rasa sayang hadir di hati kerana manusia itu mempunyai hati dan perasaan. Memang kejadian Allah soal cinta dan kasih sayang ini dan bukan suka-suka kita untuk memaksa rasa kasih itu hadir dalam hati kita...ianya hadir dengan sendiri. Cuma sebagai manusia kita perlu rasional dalam soal sayang menyayangi ini...rasional ini perlu mengambil kira soal agama, soal adab, soal budaya, dan soal nilai...menyayangi perlulah pada yang hak...kalau bukan hak kita lepaskan saja...

Melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita, yang pernah kita sayangi, pernah membina kenangan dengan kita, pernah "menjadi segala-galanya" kepada kita...bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun hati kita perlu kuat untuk melangkah pergi meninggal dia dan kenangan itu...memang pedih dan memang sukar kerana hati kita ingin terus hidup dalam kenangan itu....

Proses untuk melupakan seseorang yang kita sayang tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat..memang akan ambil masa lama..kerana apa...kerana semakin kita cuba melupakan, ingatan dan kerinduan terhadapnya akan semakan menghantui...bagaimana mungkin kita ingin menghadapi hari-hari kita tanpa gurau senda, hilai tawa dan keletahnya..memang sangat susah...kerana kita memang akan sentiasa merindui segalanya tentang dia.

Antara beberapa cara yang boleh dilakukan adalah:

1. Doa Berterusan dan Sentiasa Dekatkan diri pada Allah - Mengadulah pada Allah..berdoalah pada-Nya...sudah pasti doa adalah cara yang paling afdal. Berdoa dan terus berdoa tanpa mengenal putus asa. Tidak semestinya doa kita akan terus dikabulkan. Jadi, sementara doa kita dikabulkan Allah, mental kita perlu kuat..sabar dan tabah sudah pasti menjadi teman setia.

2. Belajar bersyukur dengan apa yang kita miliki - Kita perlu belajar bersyukur dengan apa yang kita miliki. Elakkan daripada mendambakan apa yang tidak kita miliki. Terima hakikat bahawa apa yang kita tidak miliki itu adalah milik orang lain. Terima dengan seikhlasnya hakikat ini dan ketentuan yang Allah telah tentukan kerana dengan menerima secara ikhlas hati kita akan tenang.

3. Latih fikiran kita untuk tidak berfikir tentang dia. Memang sukar...dan tidak semudah disebutkan. Namun, kalau kita memang betul-betul ingin melupakannya, maka kena buat juga. Melupakan ini perlulah dalam konteks kita tidak memaksa diri kita tapi dibiarkan saja "secara air lalu", iaitu biarkan ia mengalir begitu namun perlahan-lahan melupakan. Kalau sukar di peringkat awal, kita cuba dulu untuk tidak berfikir tentang perkara baik tentangnya..atau dengan kata lain, semua kenangan yang indah tentang dia jangan biarkan singgah di kotak fikiran. Biar yang singgah hanyalah yang tidak baik tentangnya...bila kita ingat yang tidak baik tentang dia, maka kita pastinya mampu untuk terus bertahan dan terus bertahan...lama- kelamaan mungkin slowly akan pudar (sudah pasti bukan dalam tempoh yang singkat) mengapa kita tidak boleh memikirkan kenangan indah tentang dia kerana kenangan yang indah itu akan menjadikan kita akan terus merindui dan menyayangi...jadi bagaimana mungkin akan melupakan kalau kenangan itu sentiasa disuburkan dalam jiwa.

4. Belajar untuk melupakan - lepaskan apa saja kenangan bersamanya yang mengganggu fikiran kita dan menjadikan kita 'down'. Biarkan saja ianya pergi dari hidup kita. Anggap itu takdir yang terbaik buat kita yang Allah telah tentukan. Siapa kita untuk menolak takdir...maka terimalah dengan redha, sudah pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

5. Anggap dia milik orang lain dan bukan milik kita. Kita perlu kuat berpegang kepada keimanan kita kepada Allah. Andai iman kita kuat, sudah pasti kita boleh menerima hakikat bahawa "setiap apa yang Allah takdirkan untuk menjadi milik kita, maka walau apa jua rintangan, ia tetap menjadi milik kita, Manakala andai sesuatu itu tidak Allah janjikan untuk kita, maka walau kita sangat mengharapkannya, maka ia tetap tidak akan menjadi milik kita. Itu hakikat kehidupan yang Allah telah janjikan buat hamba-Nya. Kalau kita dapat berpegang dengan hakikat itu, maka kita akan dapat menerima dengan baik segala ketentuan Allah.

6. Sibukkan Diri - dengan menyibukkan diri dengan kerja dan perkara atau hobi yang kita suka, hang-out dengan geng-geng rapat dsbnya lagi maka kita slowly akan dapat melupakan segalanya tentang dia. Memang akan mengambil masa, tapi kalau itu saja solusi yang kita ada maka kita perlu bertahan dan bersabar sehingga tiba saat kita mampu betul-betul melupakannya.

7. Mencuba untuk tidak berhubung lagi dengan dia. Stop berkomunikasi dengan dia..walau sangat susah kena redah juga...walau perit atau pedih kena harungi juga..bertahan lah untuk suatu tempoh tertentu sehingga kita punyai kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita tanpa gangguan kenangan bersama dia. For sure segala keindahan dan kenangan manis dengan nya bertandang dan bertamu di hati..tepis lah dengan baik..bisik pada hati "dia bukan milik kita"...kita perlu kuat untuk melangkah terus tanpa menoleh lagi.

8. Kenang keburukan dia bukan kebaikan dia - mengenang keburukan dia menyekat hati dan fikiran kita untuk terus mengenangi dia. mengenang kebaikan dia akan menjadikan kita akan terus-terusan menyayangi dan merindui dia.

9. Hidup dalam dunia realiti dan bukan fantasi - jangan biarkan hidup kita terus hidup dalam bayangan fantasi keindahan bersama dia. Usah dibayangkan "andai dia ada bersama alangkah indah kehidupan"...
noktahkan dan padamkan segala bayangan fantasi yang boleh membuai rasa kita. Hiduplah dalam dunia realiti...realitinya dia sudah tiada lagi...berpijaklah di bumi nyata dan laluilah kehidupan ini tanpa bayangan fantasi dia sentiasa bersama.

Sekadar perkongsian ringkas tentang ini. Semoga bermanfaat kepada sesiapa jua yang berada dalam situasi ini. Sememangnya tidak mudah, itu memang pasti. Namun kalau kita betul-betul ingin melupakannya dan memiliki niat yang sungguh-sungguh...InsyaAllah ada jalan keluar yang Allah sediakan untuk kerumitan ini. 



Salam Hormat,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...