Skip to main content

Posts

Doa mohon pertolongan...

Sekadar perkongsian cuma. Entri ini sebenarnya sejak setahun lalu berada di status "Deraf" sebab saya tidak menyudahkan penulisannya dan dibiarkan begitu saja di "Deraf" tanpa klik publish...nak klik publish pun memang tak boleh sebab penulisan belum diselesaikan....dok hang macam gitu saja... Jadinya malam ni kita selesaikan saja penulisan ini dan klik sebagai "publish". Makanya done..senang cerita..close deal terus...hehe Kita semua tahu bahawa doa adalah senjata paling mujarab untuk kita panjatkan kepada Allah di saat diri kita dilanda badai dan taufan...doa bersungguh-sungguh kepada Allah, insyaAllah doa itu dapat menyelesaikan pelbagai kemelut kehidupan. Berdoalah seikhlasnya kepada Allah tanpa mengenal erti putus asa...jangan kita gopoh gapah dalam berdoa kerana nanti kita tidak betul-betul menghayati apa yang kita lafazkan...Berdoalah dengan tenang, khusyuk dan penuh keyakinan...InsyaAllah nanti Allah kabulkan. Doa itu adalah ibadah...Doa adal...

Bekerja adalah Ibadah

Dalam ajaran agama Islam, bekerja untuk mencari nafkah atau pendapatan yang halal, adalah merupakan satu jenis ibadah kepada Allah yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak. Ibadah mencari nafkah ini digolongkan kepada ibadah umum. Ibadah khusus pula antaranya termasuklah sembahyang lima waktu, berpuasa, memberi zakat dsbnya. Ibadah umum boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana jua. Ia tidak melibatkan masa atau tempat khas. Ketua yang faham bahawa tugasnya sebagai ketua ( pengurus, pentadbir, pengarah dsbnya)' akan menjalankan tugas dengan niat suci, jujur, ikhlas, berlandaskan yang baik dan meninggalkan yang jahat, bekerja dengan tekun, cekap, bertanggungjawab, kerjasama dan tiada halangan daripada menunaikan kewajipan kepada Allah. Ketua yang tidak memahami bahawa menjalankan tugas yang diamanahkan adalah satu bentuk ibadah, dia sebenarnya merupakan seorang ketua yang tidak bijak dan tidak baik. Mungkin apa yang mereka faham bahawa ibadah itu hanyalah berkaita...

Maal hijrah 1433H...

Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita...adakah pemikiran kita seiring dengan peredaran masa yang begitu cepat itu...seakan sekelip mata segalanya berlalu...seakan baru semalam mengangkat doa membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun...semalam situasi ini menjengah kembali...rupanya sudah setahun berlalu...sudah 360 hari kita melalui 1432H...apakah yang kita peroleh dalam tempoh itu...apakah pencapaian diri kita, apakah sumbangan kita kepada diri kita, keluarga, organisasi tempat kita bekerja, masyarakat di sekeliling kita...dan juga negara kita.... Adakah kita pernah menyedari untuk bertanya semua itu kepada diri kita....andai kita masih terlupa dengan peredaran masa ini...lupa segalanya bergerak begitu pantas...lupa yang kita telahpun meninggalkan 1432H dan kini telah memasuki 1433H...andai kita masih lupa...sesuatu perlu kita buat kepada diri kita...supaya kita dikejutkan daripada terus hanyut dan mamai.... Malam tadi, alhamdulillah saya, suami dan anak-anak masih la...

Usah Dihalang Orang Yang Ingin Pergi Dari Hidup Kita..Lepaskan Dia Pergi

Sesuatu yang ingin pergi dari hidup kita...biarlah ia pergi. Usah dihalang usah dirayu...kerana kalau terus dihalang, ia tidak merubah apa-apapun, hanya menambah sakit di hati. Justeru, biarkan saja ia pergi dan berlalu.... Andai keimanan kita masih kukuh...fikirlah bahawa segalanya itu adalah ujian dan ketentuan dari Allah untuk menguji kesabaran dan ketakwaan kita kepadanya. Andai kita gagal mempertahankan keimanan itu, maka untuk apakah kita bersaksi bahawa segala apa saja di dunia ini hanya pinjaman semata-mata...segalanya itu milik Allah...suatu waktu tertentu Dia pinjamkan kepada kita dan suatu waktu tertentu Dia mengambilnya kembali daripada kita. Andai kita redha dan penuh keyakinan berpegang kepada sesuatu yan berlaku ada hikmah di sebaliknya....maka kitalah orang yang sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah...insya Allah. Namun andainya kita terus terusan berduka seakan merasakan dunia sudah tidak bermakna lagi dan diri tidak kembali kepada mengakui ketentuan Ilahi, maka k...

Hati Yang Terluka Membangkitkan Kekuatan Diri...

Dalam kehidupan pelbagai cabaran yang perlu kita lalui. Semuanya itu sebenarnya ujian dari Allah kepada hambanya untuk menguji sejauh mana kekuatan dan keimanan, juga kesabaran kita dalam menghadapi ujian. Setiap ujian yang mendatang sama ada berat atau ringan kita tetap juga kena hadapi...memang tak boleh mengelak. Apa agaknya yang perlu kita perlengkapkan diri untuk kita sukses dalam menghadapi ujian. Semua ujian, halangan, kerumitan, kesulitan akan ada solusinya. Jalan penyelesaian pasti ada..cuma bergantung kpd kita bagaimana ingin menanganinya...andai kita menanganinya dgn emosi, maka kemusnahan lah di penghujung, andai kita mengahadapinya dengan kesabaran dan redha maka kebahagiaan la di penghujungnya..sudah pasti kita ingin kebahagiaan di penghujungnya. Justeru, pilihlah untuk menangani ujian dengan kematangan, kebijaksanaan, kesabaran, dan akhirnya redha... Perkuatkan diri kita, dalaman kita dengan doa pada-Nya, zikir yang tidak pernah putus dan hati yang betul2 ik...

Isu Surat Layang....

Aduh, kenapa lah dunia ini mempunyai pelbagai ragam manusia...ada yang berhati baik dan ada yang berhati busuk...Ya...Allah mencipta segalanya di dunia ini sentiasa dalam dua bentuk yang berpasangan...tentu ada hikmahnya di sebalik segala ciptaan Allah ....supaya manusia sentiasa mengambil iktibar dan sentiasa membetulkan segala kesilapan diri sama ada yang dilakukan dengan sengaja ataupun tanpa sengaja....kalau melakukannya dengan sengaja..sudah pasti seseorang yang melakukan itu akan tahu dengan nyata kesilapan yang dilakukan...namun andainya dilakukan tanpa sengaja...itulah perlunya kita memuhasabah diri ntuk mencari dan mengenalpasti mana2 kesilapan yang telah kita lakukan. Petang tadi, atas urusan tertentu, saya sempat berbual panjang dengan salah seorang senior di tempat kerja saya...betapa terkejutnya saya bila mendengar perkhabaran yan disampaikan...ahhh...berulang lagi! Bilakah semua hasad dengki dan hati busuk seseorang yang bernama manusia ini akan berakhir....adakah cara ...

Mengajar diri berfikiran positif....

Bukan mudah untuk melatih diri untuk sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang dilakukan dan apa jua yang dihadapi. Mengikut kamus dewan, positif bermaksud memperlihatkan (mengemukakan, menekankan, dsb) sesuatu yang baik atau yang boleh mendatangkan manfaat dsbnya. Justeru, berfikiran positif membawa maksud seseorang yang di fikirannya hanya memikirkan perkara yang baik-baik sahaja yang akan memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri. Mengikut Neuro Linguistik Programming (NLP), seseorang yang sentiasa berfikiran positif akan sentiasa dikelilingi oleh aura yang positif dan aura positif ini akan secara tidak langsung memberikan tenaga yang positif kepada seseorang itu dan tenaga ini akan menjadikan diri kita sentiasa bersemangat dan bertenaga untuk melakukan apa saja. Einsten pernah mengatakan mengenai cara kehidupan kita, " kita boleh hidup bagaikan tidak ada satu keajaiban pun, atau kita boleh bagaikan semuanya adalah yang ajaib". Ianya terpulang kepada kita. Apa ...