Skip to main content

Usah Dihalang Orang Yang Ingin Pergi Dari Hidup Kita..Lepaskan Dia Pergi

Sesuatu yang ingin pergi dari hidup kita...biarlah ia pergi. Usah dihalang usah dirayu...kerana kalau terus dihalang, ia tidak merubah apa-apapun, hanya menambah sakit di hati. Justeru, biarkan saja ia pergi dan berlalu....

Andai keimanan kita masih kukuh...fikirlah bahawa segalanya itu adalah ujian dan ketentuan dari Allah untuk menguji kesabaran dan ketakwaan kita kepadanya. Andai kita gagal mempertahankan keimanan itu, maka untuk apakah kita bersaksi bahawa segala apa saja di dunia ini hanya pinjaman semata-mata...segalanya itu milik Allah...suatu waktu tertentu Dia pinjamkan kepada kita dan suatu waktu tertentu Dia mengambilnya kembali daripada kita.

Andai kita redha dan penuh keyakinan berpegang kepada sesuatu yan berlaku ada hikmah di sebaliknya....maka kitalah orang yang sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah...insya Allah. Namun andainya kita terus terusan berduka seakan merasakan dunia sudah tidak bermakna lagi dan diri tidak kembali kepada mengakui ketentuan Ilahi, maka kita lah orang yang berada dalam keadaan yang penuh kerugian...

Pilih lah mana yang terbaik untuk kita....sudah pasti yang terbaik adalah redha dengan ketentuan Allah....dan kembalilah ke jalan Allah...minta petunjuk yang terbaik dari Dia...dan pohon lah jua supaya kita dibebaskan dari belenggu kelukaan...kekecewaan...kepedihan....sebaliknya sentiasalah berdoa agar segala kemelut kedukaan itu digantikan dengan seribu kebaikan yang kita sama sekali tidak menduga...bersabarlah dengan setiap ujian kerana Allah maha mengetahui dan Dia lebih arif mana yang terbaik buat kita....sentiasalah bersyukur kerana Allah sentiasa dekat dengan orang yang selalu melafazkan rasa syukur atas segala apa yang dikurniakan oleh Ilahi....

Salam Permisi...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...