Skip to main content

Isu Surat Layang....

Aduh, kenapa lah dunia ini mempunyai pelbagai ragam manusia...ada yang berhati baik dan ada yang berhati busuk...Ya...Allah mencipta segalanya di dunia ini sentiasa dalam dua bentuk yang berpasangan...tentu ada hikmahnya di sebalik segala ciptaan Allah ....supaya manusia sentiasa mengambil iktibar dan sentiasa membetulkan segala kesilapan diri sama ada yang dilakukan dengan sengaja ataupun tanpa sengaja....kalau melakukannya dengan sengaja..sudah pasti seseorang yang melakukan itu akan tahu dengan nyata kesilapan yang dilakukan...namun andainya dilakukan tanpa sengaja...itulah perlunya kita memuhasabah diri ntuk mencari dan mengenalpasti mana2 kesilapan yang telah kita lakukan.

Petang tadi, atas urusan tertentu, saya sempat berbual panjang dengan salah seorang senior di tempat kerja saya...betapa terkejutnya saya bila mendengar perkhabaran yan disampaikan...ahhh...berulang lagi! Bilakah semua hasad dengki dan hati busuk seseorang yang bernama manusia ini akan berakhir....adakah cara yang tidak bermaruah ini akan terus terusan 'menyerang' dan berleluasa di organisasi ini...di manakah nilai murni dalam diri...dan yang paling penting di manakah keimanan yang hakiki...langsung tidak takut dengan balasan Allah...langsung tidak memikirkan kesannya kepada orang yang difitnah...dan langsung tidak ada rasa bersalah di dalam diri bila memperlakukan orang sebegitu....

Adakah sudah lupa dengan kekuasaan Allah...adakah sudah lupa dengan janji Allah....segalanya itu dilupakan terus...yang penting pada orang sebegini adalah kepuasan dirinya....walaupun kepuasan yang dicapai atas penderitaan orang lain....mereka puas!....adakah itu namanya kepuasan sebenar?

Pada saya itu bukan sebenarnya kepuasan....tetapi itu adalah suatu musibah yang diundang oleh individu berkenaan dalam hidupnya....tenangkah dia dengan melakukan begitu?....tenteramkah hidupnya dengan melakukan begitu?....pada saya sekali lagi, semuanya ini mengundang bala dan balasan yang Allah akan berikan secara 'cash'....cuma masa dan ketikanya saja yang perlu dinantikan....

Saya tidak nampak, kenapa perlu seseorang itu menggunakan surat layang untuk mencapai kemahuan diri dan sebuah kepuasan diri...sedangkan kita mengaku beriman dengan Allah, kita mengaku tentang kekuasaan dan keagungan Allah dan segala di dunia ini adalah milik Nya

Sesiapa saja boleh memohon apa saja yang dihajati dengan Allah...justeru pohonlah apa saja dengan hati yang betul2 ikhlas dan mohon supaya Allah memberikan petunjuk yang terbaik....andai kita di pihak yang benar, insyaAllah dimudahkan segalanya....justeru, tidak ada isu sebenarnnya menggunakan surat layang untuk menjatuhkan maruah orang...memalukan orang dan merosakkan reputasi seseorang....semua itu bukan hak kita untuk memporak peranda kan kehidupan sesama manusia di mukabumi ini....Allah maha mengetahui dan maha berkuasa...biarlah Dia yang menentukan yang terbaik buat kita....Dia lebih tahu....

Janganlah kita memilih untuk membuat hukuman sendiri...sedangkan belum pasti lagi apa yang kita fikirkan itu benar ataupun sebaliknya....


Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...