Skip to main content

Bekerja adalah Ibadah

Dalam ajaran agama Islam, bekerja untuk mencari nafkah atau pendapatan yang halal, adalah merupakan satu jenis ibadah kepada Allah yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak. Ibadah mencari nafkah ini digolongkan kepada ibadah umum. Ibadah khusus pula antaranya termasuklah sembahyang lima waktu, berpuasa, memberi zakat dsbnya. Ibadah umum boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana jua. Ia tidak melibatkan masa atau tempat khas.

Ketua yang faham bahawa tugasnya sebagai ketua ( pengurus, pentadbir, pengarah dsbnya)' akan menjalankan tugas dengan niat suci, jujur, ikhlas, berlandaskan yang baik dan meninggalkan yang jahat, bekerja dengan tekun, cekap, bertanggungjawab, kerjasama dan tiada halangan daripada menunaikan kewajipan kepada Allah.

Ketua yang tidak memahami bahawa menjalankan tugas yang diamanahkan adalah satu bentuk ibadah, dia sebenarnya merupakan seorang ketua yang tidak bijak dan tidak baik. Mungkin apa yang mereka faham bahawa ibadah itu hanyalah berkaitan dengan masjid dan sembahyang sahaja, maka akan timbullah gejala-gejala tindas menindas, menyekat rezeki orang lain, iri hati, tidak cuba menimbulkan pengurusan yang cemerlang dan cekap, melakukan sesuatu berdasarkan rasa hati dan bukan akal yang bijak dan waras. Timbulnya gejala-gejala rasuah, menipu, menjalankan kerja dengan tidak bertanggungjawab dan sebagainya adalah disebabkan mereka tidak mengaitkan bahawa kerja yang dilakukan juga merupakan ibadah.

(Dipetik sepenuhnya dari buku 'Panduan Komunikasi dan Pengurusan Cemerlang' oleh Aziz Salleh)

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...