Skip to main content

Hati Yang Terluka Membangkitkan Kekuatan Diri...


Dalam kehidupan pelbagai cabaran yang perlu kita lalui. Semuanya itu sebenarnya ujian dari Allah kepada hambanya untuk menguji sejauh mana kekuatan dan keimanan, juga kesabaran kita dalam menghadapi ujian.

Setiap ujian yang mendatang sama ada berat atau ringan kita tetap juga kena hadapi...memang tak boleh mengelak. Apa agaknya yang perlu kita perlengkapkan diri untuk kita sukses dalam menghadapi ujian.

Semua ujian, halangan, kerumitan, kesulitan akan ada solusinya. Jalan penyelesaian pasti ada..cuma bergantung kpd kita bagaimana ingin menanganinya...andai kita menanganinya dgn emosi, maka kemusnahan lah di penghujung, andai kita mengahadapinya dengan kesabaran dan redha maka kebahagiaan la di penghujungnya..sudah pasti kita ingin kebahagiaan di penghujungnya.

Justeru, pilihlah untuk menangani ujian dengan kematangan, kebijaksanaan, kesabaran, dan akhirnya redha...

Perkuatkan diri kita, dalaman kita dengan doa pada-Nya, zikir yang tidak pernah putus dan hati yang betul2 iklas..biar kita tegar, teguh berdiri dan tidak terkesan drpd segi hati dan dan perasaan setiap kali kita perlu berhadapan dengan ujian yang datang...

Kita begitu sinonim dengan pepatah melayu lama seperti, "sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang", "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga" dan " kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai"....memang hebat pepatah ini...sangat menggambarkan maksudnya yang mendalam.

Terkadang dalam kehidupan ini kita terlalu berlembut dengan orang, adakah mungkin kerana kasih sayang atau kerana malas nak cari pasal atau mungkin juga sifat kita memang begitu. Andailah kerana kasih sayang kita begitu mengalah dan berlembut....sesekali cuba tanya diri adakah berbaloi pengorbanan itu dengan apa yang diberikan kepada kita...berlembut dan bersabar itu ada batasnya....tidak selamanya kita akan terus bersabar dan berlembut hanya kerana sebuah kasih sayang...akan tiba masanya jua kita terpaksa akur dan menerima realiti bahawa sikap berlembut dan mengalah itu bukan penyelesaiannya...

Kenapa saya berkata begitu? Pada saya berlembut dan bersabar itu memang wajar andainya ia dapat mengubah keadaan...tapi kalau keadaan tetap jua tidak berubah, malah semakin teruk...tidak ada gunanya kita berlembut dan mengalah semata-mata mengharapkan sebuah pengertian...just ignore saja perkara2 yang boleh membuat kita rasa kecewa, rasa down dan rasa sakit hati. Biar saja lah berlalu begitu saja..dlm masa yg sama kita berdoa agar Allah beri petunjuk kepda kita juga kepada siapa2 saja yang berkaitan. Berundur itu bukan bermaksud kita nak memutuskan silaturrahim, tapi hanya untuk hati kita tidak terus disakiti...itu saja...

Bila bercakap tentang hati seorang wanita...ya..memang wanita ni fragile sifatnya..tapi jangan lupa, wanita mempunyai kekuatannya yang tersendiri...kekuatan seorang wanita akan hadir apabila dia terlalu banyak kecewa dan menderita, terlalu banyak menangis, dan dan terlalu banyak disakiti...sehinggakan segalanya itu dah imun dalam diri...kalau sudah terluka banyak kali..untuk terluka kali ke-1000 pun wanita dah tak kisah...

Jika melihat seorang wanita begitu tabah, kuat dan berdikari, jangan memujinya, sebaliknya tanyakan kepada dia perkara, insan dan peristiwa menyakitkan hati yang telah dia lewati sehingga menjadikan dirinya seorang yang kuat"

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...