Skip to main content

Satu, dua, dan tiga Ramadan...

Syukur kepada-Mu Ya Allah. Panjatkan rasa syukur selalu. Allah sangat suka kepada hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Ibadah puasa pada hari pertama, kedua dan ketiga dapat dilalui dengan baik. Alhamdulillah. Bangun bersahur dan berbuka adalah rutin dalam bulan Ramadan dan Allah susun dengan sangat baik sekali..kita dapat beribadah, dapat memasak untuk persiapan berbuka, juga persiapan bersahur. Itulah dianya nikmat yang Allah beri...lalui dengan penuh rasa syukur!

Dalam menjalani bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, bersyukur la jika kita dapat mengawal diri daripada perbuatan yang Allah tidak suka.

Justeru, sama2 kita mengawal diri daripada:

1. Sifat marah dan beremosi

2. Berkata2 yang tidak baik. Menyinggung perasaan orang dan menyakitkan hati orang.

3. Tidak sabar dan fikir kepala sendiri.

4. Penting diri sendiri

5. Merungut2 dan membebel

6. Bercakap perkara yang tidak penting dan tidak berfaedah.

6. Perlakuan2 lain yang tidak baik.

Berusaha seboleh mungkin untuk mengubah sikap yang tidak baik dalam diri. Mungkin kita telah terbiasa dengan kepala angin dan sikap yang tidak sabar. Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, ambil peluang untuk perbaiki diri ke arah yang lebib baik..belajar bersabar dengan sentiasa beristigfar kepada Allah. Minta betul2 kepada Allah...pasti Allah beri.

Bagi mereka yang sikapnya gemar menipu, kaki belit dan kaki putar...cuba muhasabah diri sejenak...adil kah kita kepada orang lain yang menjadi mangsa kepada penipuan dan sikap tidak jujur kita. Bayangkan jika kita yang diperlakukan begitu...apa perasaan kita. Justeru, mengambil keberkatan dengan bulan yang mulia ini, berdoalah agar Allah beri kita jalan dan kekuatan untuk meleraikan segala unfinish business yang membelenggu diri...menghadirkan rasa bersalah dalam diri....ya betul, kebenaran itu memang menyakitkan namun ia seribu lebih baik daripada sebuah kepalsuan dan ketidakjujuran yang berterusan.

Bagi mereka yang pernah melakukan kejahatan yang lain, walau sedikit atau banyak...mohon lah kepada Allah agar diberikan hidayah agar kita merasa beratnya beban kesalahan yang dilakukan itu dan kita bertaubat untuk tidak melakukannya lagi. Bertaubat ini bermaksud kita menyesali atas apa yang telah berlaku dan benar2 berazam untuk tidak akan mengulanginya lagi.

Kita semua perlu ingat bahawa apa jua yang berlaku dalam diri kita adalah dengan keizinan Allah. Justeru, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah memohon hidayah dan petunjuk daripada Allah. Tanpa hidayah, petunjuk dan keizinan daripada Allah kita tidak mungkin berubah. Doa dan terus doa sehingga Allah mengabulkan hajat kita dan membawa kita kembali kepadaNya. 

Perubahan diri memerlukan usaha, doa usaha, dan istiqomah. InsyaAllah kita akan berjaya. Dengan tiga kunci utama ini akan menghadirkan sesuatu dalam diri kita..dan sudah pasti perkara yang baik2 sebagai hasilnya bila usaha kita untuk menggapai perkara yang baik2.

Jom sama2 kita menuju kepada kebaikan dan terus meningkatkan kesedaran dalam diri. Tiada yang terlewat dalam hidup ini kerana hidayah Allah itu akan datang tepat pada masanya jika kita sentiasa berusaha menuju kepada kebaikan.

Salam 4 Ramadan,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...