Skip to main content

Belajar Untuk Melepaskan Cinta Dunia...

Melepaskan cinta dunia bukan suatu yang mudah...sangat kuat cabarannya. Namun jika kita terus berdoa daan berusaha insyaAllah sedikit demi sedikit Allah berikan jalan dan kuatkan hati kita, walaupun antara masa itu kita up and down...sekurang-kurangnya hati kita ingin perlahan2 meninggalkan rasa cinta kepada dunia.

Melepaskan cinta dunia dalam erti kata penulisan ini adalah merujuk kepada melepaskan keseronokan dan kepuasan dunia sebaliknya meningkatkan rasa cinta kepada alam di sana yang akan kita lalui nanti.

Antara perkara yang dirujuk dalam istilah melepaskan dunia ini adalah rasa suka kita kepada hiburan dunia yang sangat berlebih, rasa suka kita kepada berfesyen dalam pemakaian yang berlebih2an, rasa suka kita kepada perkongsian di media sosial dengan berkongsi dan menayang segala benda yang dibuat kepada orang lain, walau untuk apa jua tujuan sekalipun, rasa suka kepada nama, kuasa, dan pangkat. Secara kesimpulannya merujuk kepada kesibukan mengejar keperluan dunia...maka inilah yang dirujuk kepada "sayangnya melepaskan dunia".

Doa selalu kepada Allah agar Allah bukakan pintu hati kita untuk suka dan cintakan kehidupan di alam akhirat kelak...membayangkan kehidupan di alam kubur, alam masyar, melalui timbangan dan meniti titian siratalmustaqim dan seterusnya kehidupan kekal abadi di Syurga dan Neraka Allah. Takat mana agaknya amalan kita untun kita lalui semua peringkat ini...renung kepada diri dan perbetulkan.

Jika kita tidak tanamkan rasa cinta ini sekarang...maka bila lagi...tanya diri bila lagi hati dan jiwa kita nak memikirkan tentang kehidupan di sana...jika selepas kita mati, sudah terlambat sebab siksa kubur sudah bermula dan akan berasaskan kepada apa yang kita lakukan atas dunia...amalan kita atas dunia, sama ada banyak yang baik atau yang jahat. Ingat selalu setiap apa perbuatan kita walau baik atau jahat tetap akan mendapat balasan daripada Allah.

Fikirkan juga sejenak bagaimanakah keadaan kematian kita...dalam keadaan husnul khotimah atau sebaliknya. Mati itu pasti, justeru jangan kita leka dengan keseronokan dunia sehingga kita terlupa mengumpulkan amalan untuk hisab di sana.

Justeru, mula hari ini untuk melakukan kebaikan, jangan bertangguh lagi. Mati itu tidak lewat dan tidak awal walaupun sesaat mengikut janji Allah. 

Kebaikan itu mudah untuk kita lakukan bila hati dan jiwa kita hanya cintakan Allah dan Rasul...mengerjakan solat lima waktu, awalkan solat dan jangan tinggalkan solat kerana solat tiang segala2nya, membaca Quran kerana Allah, bersedekah di jalan Allah, menjadi hamba Allah yang baik dengan menjalankan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, menjaga adab dan perlakuan diri hanya mengikut redha Allah, membetulkan hati supaya sentiasa ikhlas dan jujur, tiada hasad dengki, tinggi kesabaran, mengawal emosi, mengawal marah dan sentiasa redha atas apa jua yang Allah berikan. Banyakkan menghadiri majlis ilmu/majlis agama, meningkatkan ilmu agama, mendengar ceramah2 agama yang sangat banyak di media sosial...dengan mendengar apa yg disajikan di majlis2 ilmu ini akan menginsafkan kita dan membetulkan apa yang yang tidak betul pada kita, dengan syarat hati kita betul2 ingin berubah, maka hidayah Allah akan sampai.

Dengan melakukan semua kebaikan ini, akan menyuci hati membersih jiwa kita dan perlahan2 membawa diri kita untuk cintakan akhirat dan slowly melepaskan cinta dunia yang melalaikan kita kepada Allah.

Sama2 kita meraih cinta Allah dan melepaskan diri drpd cinta dunia...insyaAllah...semoga Allah jentikkan selalu hati kita supaya kita tidak terus lalai...Aamiin YRA.

Salam hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...