Skip to main content

Gulai Ikan Masin Sedap Sangat...

Kisah semalam dengan menu gulai ikan masin atau ore kelate panggil gular ike kering.

Makin mengakhiri Ramadan makin tidak berselera pulak jadinya. Fikiran ligat berputar dok fikir nak masak apa lagi untuk bagi rasa selera dan ummpphh sikit masa berbuka.

Makanya teringatlah gular ike kering ni. Lama benar doh tak buak nyo. Kalut sokmo jadi masak ringkah ringkah jah sokmo...jadinya smlm saya buat gular ni.

Sedap sangat bila dah lama tak bergular gege..hehe. gular ike kering kali ni saya ejah cappur dengan terong. Selalunya ore cappur dengan nenas, tapi saja sesekali ambo nok cappur dengan terung. Kita buat dia..bare nok bare jadi...gitttchewww.

Jom kita tgok bahan2nya:

1. Ike kering. Saya guna ike duri deh.

2. Santan dlm empat lima cawan

3. Terung satu btg dipotong empat

4. Cili kering lima enam tangkai

5. Bawang merah tujuh lapan ulas

6. Garam dan gula secukup rasa

7. Satu keping asam keping


Cara2:

1. Potong cili kering dan rendam dalam air panas sekejap untuk bagi lembut.

2. Cili kering di blend hancur dengan bawang.

3. Masukkan santan dan bahan blend juga ikan masin yang telah dipotong kecil dan sekeping asam keping dlm periuk dan kacau serata. nyalakan api. Kacau kuah sehingga mendidih. Jangan berhenti kacau sehingga kuah dah mendidih sebab nanti kuah jadi berketul dan tak cantik.

4. Bila sudah menggelegak dlm lima enam minit, masukkan terung. Terung jgn dimasukkan awal nanti terlembik sangat.

5. Boleh masuk terus garam gula. Biarkan kuah menggelegak dlm tujuh lapan minit slps terung dimasukkan.

Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...