Dalam entri kali ni saya kongsikan pula daging goreng cara kelate yang saya bawa masa gathering geng UPM, potluck berbuka puasa bersama smlm.
Daging goreng ni sebenarnya sangat mudah untuk dimasak cuma syaratnya perlu pastikan dagingnya lembut dan empuk elok. Jika daging keras dan tidak empuk, makanya nikmat rasa daging goreng tu akan hilang.
Bagi menu daging goreng ni, dagingnya jangan direbus sbb nanti daging goreng tu tiada nikmat daging goreng sebenar. Mungkin sesetengah orang bagi tujuan nak lembutkan daging, daging itu direbus dulu. Namun sebenarnya, bagi tujuan daging goreng, ada cara lain untuk lembutkan daging, iaitu terus saja dalam kuali menggoreng itu.
Jom kita tgok bahan2 dan cara membuatnya ya.
Bahan-bahan:
1 kg daging
Sebiji Capsicum potong kecik mcm dlm gambar.
Lima enam tangkai cili api dimayang
Dua tiga tangkai cili hijau besar dimayang
Sebiji bawang holland dimayang.
Seulas bawang putih ditumbuk lumat untuk digaul dgn daging.
Garam sesudu besar dan kunyit sesudu besar digaul dengan daging yang dihiris.
Sedikit perasa jika suka
Cara-cara:
1. Hiris daging saiz spt dlm gambar dan cuci bersih dan toskan. Jangan potong nipis sgt tak sedap pula nanti..potong dlm setengah cm tebalnya okey.
2. Gaulkan dengan garam dan kunyit juga seulas bawang putih yang ditumbuk lumat.
3. Masukkan dalam kuali, masukkan dulu sedikit minyak masak dlm satu perempat cawan..kacau rata. Daging kemudian ditutup dan dimasak atas api kecil sehingga daging empuk..biasanya dlm setengah jam. Sesekali boleh kacau daging tu supaya air daging yang keluar tu bercampur rata.
4. Bila daging telah empuk dan lembut, boleh buka tutup, besarkan api dan tambahkan sedikit minyak masak jika yg sedia ada tu nampak cket. Boleh mula menggoreng mengikut setakat mana kita nak daging tu garing atau nampak sedikit gelap..biasanya dlm 10 minit. Slps itu boleh masukkan capsicum dan cili yang telah dimayang tadi. Masukkan sedikit perasa dan kacau serata. Dan slps tu boleh diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba!
RZH
Comments
Post a Comment