Skip to main content

Makna Sebekas Sambal Hitam...

Semalam dikunjungi oleh salah seorang pegawai seliaan beberapa tahun yang lepas semasa bertugas di satu jabatan.

Dia singgah sekejap membawa satu bekas sambal hitam kiriman salah seorang staf seliaan yang telah bersara.

"Puan, En Man kirimkan ni untuk puan" katanya sambil menyerahkan sebekas sambal hitam yang berbalut dengan plastik.

Allahu, terharu saya...teringat En Man, seorang staf yg sangat baik orangnya, komited, dan rajin dalam kerja. Punyai pembawakan dan sikap yang sangat baik. Lembut dan sangat tinggi budi pekertinya. Dalam hati saya membisikkan doa semoga En Man terus diberikan Allah kesihatan yang baik dan terus berbahagia di dunia dan akhirat. Baik sangat orangnya.

Inilah silaturahim..inilah perhubungan. Perhubungan yang terbina antara ketua dengan subordinat nya yang penuh dengan nilai yang tinggi, teamwork, memahami, toleransi, bertanggungjawab, keikhlasan, kejujuran, bertanya khabar, mengambil berat dan mengambil cakna...sehingga membawa kepada silaturrahim yang erat dan tidakkan putus walaupun telah meninggalkan perkhidmatan.

Justeru, sama-sama kita berusaha sebaik mungkin dalam apa jua situasi dan peringkat orang untuk kita mengekalkan nilai diri yang baik dan akhirnya meninggalkan kenangan dan ingatan berpanjangan orang lain kepada kita. Ibarat kata, "harimau mati meninggalkan belang, tapi manusia pergi meninggalkan nama yang baik".

Banyak nilai2 yang boleh kita praktikkan bila bersama subordinat dalam organisasi. Antaranya adalah sifat jujur daan ikhlas, perilaku yang baik, menghargai, cakna dan ambil peduli kepada staf, banyakkan memahami dan bertoleransi, kawal sikap marah, kawal emosi dan banyakkan sabar, jauhi sifat sombong. Tunjukkan contoh yang baik dan amalkan konsep kepimpinan melalui teladan.

InsyaAllah dengan mengamalkan nilai yang baik akan menjadikan hubungan yang baik sesama team kerja dan berpanjangan walau telah meninggalkan perkhidmatan. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa diingati dan dikenang walaupun tidak lagi berada dlm perkhidmatan.

Sebekas sambal hitam membawa makna yang besar dalam erti sebuah perhubungan..bukan kerana harga sebekas sambal itu tapi nilai di sebalik tanda ingatan itu yang tidak terbanding sebagai nilai sebuah silaturahim yang berpanjangan.

Salam hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...