Skip to main content

Persediaan Diri Menyambut Ramadan...

Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Tidak sampai dua minggu lagi. Berdoa pada Allah agar umur dipanjangkan untuk menemui Ramadan lagi pada tahun ini 1432H.

Apa agaknya persiapan diri yang perlu kita buat untuk menyambut ketibaan Ramadan. Ini untuk memastikan Ramadan ini diraikan dengan ibadah kepada Allah semaksima yang boleh.

Tidak sampai dua minggu yang berbaki ini, lakukan sesuatu yang bermanfaat kepada diri dan keluarga kita.

Antara perkara2 yang perlu kita lakukan adalah:

Yang pertama adalah pasang niat dengan seikhlasnya bahawa Ramadan ini kita ingin benar2 menghayati dan merebut sebanyak2nya pahala dengan ibadah yang ikhlas kepada Allah.

Yang kedua, berdoa kepada Allah agar diberikan kita hati yang bersih dan istiqomah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Doa kepada Allah agar kita diberikan kerajinan dan kesihatan yang baik untuk melalui 30 hari Ramadan. Doa kepada Allah agar kita dihindari daripada sikap malas untuk bangun di awal pagi untuk beribadat kepada Allah dan seterusnya bersahur.

Yang ketiga, banyakkan berzikir dan beristigfar untuk menyucikan dan membersihkan hati agar ibadah dalam bulan Ramadan ini dapat kita laksanakan dengan hati yang benar2 tawaduk kepada Allah.

Yang keempat, mohon maaf atas segala salah silap kita kepada kedua orang tua kita, pasangan kita, anak2, sahabat2, jiran2 dan sesiapa jua yang kita kenali. Maafkan jua semua orang yang pernah melukakan hati kita. Tak perlu kita bebankan diri membawa rasa dendam dan marah yang tidak menguntungkan apa2 sebaliknya hanya kerugian di sisi Allah.

Yang kelima, setkan minda dan hati kita untuk untuk seratus peratus bersedia dengan kedatangan Ramadan. Sambutlah ketibaan Ramadan dengan semangat dan rasa tawaduk yang tinggi. Buat siap2 pembahagian surah-surah untuk tadarus dalam kalangan ahli keluarga.

Bila semua ini telah selesai kita lakukan, maka tunggulah saat Ramadan tiba dan railah Ramadan dengan penuh rasa kesyukuran dan keterujaan. Sentiasa ikhlaskan diri dengan amalan kepada Allah dan berdoa lah untuk mendapat kerahmatan, keampunan dan keberkatan daripada Allah atas kehidupan yang masih berbaki ini kerana belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadan akan datang.

Wallahua'lam...


RZH.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...