Minggu lepas membaca satu buku kepimpinan bertajuk "Bagaimana Menjadi Pemimpin" karya Ir. Lukman Al-Hakim yang diterbitkan pada tahun 2019.
Sekadar berkongsi apa yang penulis ceritakan tentang kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Mungkin bermanfaat buat kita semua.
Bagaimana kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin Madinah menangani bangsa Yahudi di madinah:
1. Membina hubungan baik.
Sebaik sahaja nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, antara perkara terawal yang badinda lakukan selain membina masjid dan mempersaudarakan umat Islam ialah menandatangani Perjanjian Madinah yang bertujuan untuk menjaga hubungan baik dan kesentosaan seluruh penduduk Madinah termasuk dengan bangsa Yahudi.
2. Sentiasa memberikan nasihat.
3. Berdiplomasi
Rasulullah SAW merupakan pemimpin yang sangat bijaksana dalam diplomasi. Kekerasan hanya digunakan sebagai tindakn terakhir.
4. Bertindak tegas atas sebarang pengkhianatan.
5. Bersikap profesional dan tidak emosi
Sama-sama kita berusaha untuk mencontohi kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Kita cuba betulkan dan tingkatkan ciri2 kepimpinan kita dengan mencontohi antara kepimpinan Nabi Muhammad SAW ini. Sudah pasti untuk mengubah zon selesa atau sikap diri sedia ada adalah susah, namun demikian bagi perkara yang baik kita perlu mencuba..buat dan istiqomah dalam apa yang kita buat..pasti kita akan berjaya..insyaAllah.
Berpeganglah kepada pepatah "Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih."
Salam Hormat,
RZH
Comments
Post a Comment