Skip to main content

Bercakap Tentang Masa dan Rasa...

Dalam kehidupan ini ada tiga waktu yang menemani perjalanan hidup kita. MASA LALU, MASA SEKARANG, dan MASA KEDEPAN.

Tiada siapapun boleh lari daripada tiga2 masa ini...

Masa yang lalu memberi pengajaran, ingatan dan pengalaman. Masa yang lalu juga meninggalkan kenangan yang membawa rasa rindu yang menebal dan tidak pernah berpenghujung. Rindu datang pada kenangan yang indah dan rasa sakit pada kenangan yang pedih.

Masa yang lalu akan menjadi sejarah memori yang padat dengan kisah suka duka bahagia derita. Merindui sesuatu yang telah berlalu pergi adalah sesuatu yang menyakitkan...

Masa sekarang pula adalah masa yang sedang dilalui. Orang yang bijak akan feel dengan sebaiknya setiap saat di masa sekarang kerana tidak mahu ia berlalu pergi tanpa ia dinikmati semaksimanya. Justeru, orang yang bijak tidak akan memikirkan lagi masa yang berlalu semasa dia berada di masa sekarang. Beban masa lalu tidak perlu dibawa bersama kerana ia akan memberati hati, jiwa dan pemikiran kita...let it go!

Masa sekarang adalah masa yang perlu dilalui dengan menjadikan pengalaman dan rasa di masa lalu sebagai pengajaran dan sempadan. Segala kesilapan lalu jangan lagi diulangi...

Masa depan masa yang belum tentu buat kita. Entah sampai entah tidak hanya rahsia Allah jua. Jangan memberati diri dengan memikir perkara di depan yang belum tentu lagi kita ketahui bagaimana? Yang perlu kita lakukan adalah memberi sepenuh tumpuan kepada masa sekarang untuk persiapan yang mencukupi untuk masa hadapan.

Demikian lah, corat coret mengisi kekosongan malam. Sekadar mengingatkan diri agar tidak menjadi orang yang rugi dengan masa. Sentiasa mengingatkan diri itu adalah suatu amalan yang wajib dilakukan kepada diri..atleast sebulan sekali...supaya kita sedar kita terkurang atau sudah terlebih..jika terkurang tambah baik mana yang kurang dan jika terlebih, betulkan diri. 

Hidup ini usah menongkah arus. Hidup la dalam realiti dan bukan fantasi. Sentiasa berpaksikan kepada kebaikan..insyaAllah selamat semuanya.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...