Skip to main content

Kuih Onde-Onde terapi diri...

Dua hari tak sihat demam teruk dek penangan booster. Dua hari cuti tak masuk ofis. Alhamdulillah masuk hari ketiga berkurangan banyak. Kakak naik risau dengan keadaan kesihatan saya, dia hantarkan vitamin c Diffenz yang dia consume dah agak lama ...alhamdulillah selepas dua hari pengambilan, demam dan sakit bisa2 badan hilang. Bila baca beberapa testimoni, vitamin c Diffenz ni sangat baik rupanya...antara yang saya baca tu, boleh mengelakkan demam slps vaksin..dan memberikan ketahanan imunisasi badan yang tinggi. 

Bila dah tak sihat, selera makan pun hilang dua tiga hari ni. Oleh kerana badan dah rasa sihat sikit, teringin la pulak nak makan kuih onde-onde...minta Mr. Husband belikan bahan2nya...dua bahan saja, kelapa parut dan tepung pulut. Daun pandan dan gula melaka atau nise dah ada kat rumah.

Buat sikit saja sebab tak larat nak berdiri lama-lama. Dapat sepinggan dlm 30 biji saja. Lebih kurang dua cawan tepung pulut saja. Dan saya campurkan dengan dua tiga sudu. Blend tiga helai daun pandan dan tapis ambil airnya. Kali ni saya tak campurkan sedikit pewarna hijau...saja inginkan warna dan rasa original pandannya.

Nise pula tak sampai sekerek digunakan. Ada lebihan sedikit lagi saya simpan semula. Bancuhan kali ni saya tak letakkan air kapur. Air kapur ni fungsinya untuk kenyalkan tekstur onde2 tu. Tapi sebab saya buat sikit dan sekali makan aje, makanya saya tak letakkan air kapur ni. Jika nak letak...sikit saja dlm secoet hujung sudu kecil saja kapurnya dan cair saja air kapurnya.

Maka siaplah satu pinggan onde2 seperti dalam gambar, dapat dalam 30 biji saja rasanya. Byk juga saya makan...rasa sedap, mungkin sebab dah lama tak buat, dan keduanya mungkin rasa sedap tu kerana keinginan tinggi nak makan sebab tak selera makanan yang lain.


Onde2 ni sejenis kuih tradisional yang sesuai dimakan pada bila2 masa. Pencuci mulut selepas makan. Tapi kalau tak selera makan terus makan dia aje pun orait...kuihnya ni dah tentu boleh mengenyangkan juga sebab ia dibuat drpd tepung pulut, pulut ni noleh ganti beras juga kan...

Salam Hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...