Skip to main content

Kuih Bom Bijan...

Tiberrr...

Rasa nak makan kuih bom bijan. Makanya hujung minggu hari tu buat la. Dua tiga minggu lepas lagi teringat nak makan kuih bom bijan yang inti kelapa ni...jika inti kacang banyak juga yang dijual di warung2. Tapi kalau inti kelapa ni sukar pula ditemui. Jika ada pun intinya mungkin agak kering dan tidak begitu kena dengan taste.

Kuih bom bijan ni antara kuih tradisional yang fofular juga kiranya..dulu2 masa kecik di kampung saya suka kuih ni...cuma saya lupa pulok ore kelate panggil gapo kuih ni...habis recall tak ingat...makanya kita panggil kuih bom bijan la dulu yer...

Meh kita sembang2 tentang kuih ni...

Bahan2 membuatnya sangat mudah dicari...mmg ada aje stok di rumah.

Bahan2:

1. Tepung pulut 2 cawan

2. Tepung gandum tiga sudu besar.

3. 3/4 cawan air

4. Setengah sudu teh garam

5. Satu paket bijan dlm harga RM2 ke RM3.


Cara2:

Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Masukkan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit. Untuk mudah, garam tu larutkan dulu dalam air tadi.

Gaul dan adunkan adunan sehingga tidak melekat di tangan. Agak2 adunannya. Jgn keras dan jangan lembik sgt. Sedang2 saja untuk kita leperkan dan masukkan inti di dalamnya nanti. 

Bila dah siap, bulat2 kan sebesar bola ping pong. Bila kita dah bulatkan siap2, mudah nanti untuk kita leperkan dan masukkan inti dan kemudiannya dibulatkan semula.

Inti:

1. Setengah biji kelapa parut. Ambil warna putih saja. Beritahu org kedai yg kita nak yg putih saja. 

2. Dua keping nise kelate. Tambah satu sudu besar gula. 

3. Air dlm satu cawan. Masukkan dlm periuk atau kualiti dan terus masukkan nise dan gula. Bila hampir mendidih masukkan kelapa putih tadi. Kacau dengan api sederhana sehingga sedikit kering. Saya suka masukkan satu kuntum bunga cengkih. Ini optional ya. Baunya lebih sedap jika kita letak bunga cengkih ni. Saya juga letakkan sedikit essence pisang. Ini juga optional..setitik saja. Jgn byk..jika tak suka baunya..tak perlu letak.

4. Bila inti dah sejuk boleh dibulat2kan sebesar hujung ibu jari, agak2 dgn saiz adunan kuih yg kita bulat2kan tadi sebab intinya kelapa ni kita nak masuk dalam adunan tu.

5. Pastikan inti yg dimasukkan tidak pecah keluar daripada adunan putih tadi. Basahkan sikit adunan yg dibulatkan itu dgn air sebelum digolek2kan pada bijan. Basahkan sikit jari atau telapak tgh dgn air dan blh tepuk2 secara perlahan di kuih yang telah kita bulatkan tadi. Bijan ni kita letak dalam pinggan atas bekas sesuai untuk kita golekkan adunan yang dibulatkan nanti dan telah siap dimasukkan intinya. 

6. Dah siap semuanya, maka boleh la digoreng dgn api perlahan supaya warna kuih jadi sekata bila siap digoreng juga kuih akan masak elok semuanya hingga ke dalam. Tiada tepung yg masih mentah la kiranya.

7. Siap untuk dihidangkan.








Kuih ni sedap dimakan masa panas2. Bahagian kulit luarnya rangup dan bahagian dalamnya pula lembut dengan keenakkan rasa berpalut dengan inti kelapa yang lemak2 manis.

Selamat mencuba!

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...