Hari ni penuh dengan meeting. Ada beberapa perkara yang urgent perlu dibereskan, makanya Sabtu pun kena guna jugalah bila weekdays nya sudah penuh diisi. Layan aje la. Makanya hari ni hanya sempat menyediakan breakfast ringkas sahaja, iaitu "Jepput Bawe". Ini nama yang disebut dalam dialek kelate. Kalau bahasa suratnya adalah cekodok bawang. Bila setiap kali buat jepput bawe ni saya akan sentiasa teringat pembantu rumah kami dulu2 masa saya kecil. Pembantu rumah ni kalau dalam bahasa kelatenya disebut "ore gaji". Dia memang suka buat menu ni masa saya kecik2 dulu, masa tu dalam darjah dua atau darjah 3. Dia bahasakan dirinya Mok Yah pada saya dan kakak. Masa tu kami dua beradik aje. Mok Yah ni memang pandai masak. Apa jua yang dimasak semuanya sedap termasuklah jepput bawe ni. Saya tak sempat lah tahu apa resepi dia yang menjadikan cekodok tu sangat sedap. Masa tu saya budak2 sangat lagi. Jepput bawe yang saya buat ni tidak lah sesedap yang Mok Yah buat, tapi adal...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"