Skip to main content

Scone Buat Minum Petang

Sudah lama rasanya tidak berbaking-baking. Baru perasan dah lama rupanya "tidak bermain" dengan butter dan tepung.

Petang ni ada masa sikit walaupun tahap kerja yang perlu dibereskan ibarat macam "tinggi menggunung". Tapi tak mengapalah curi masa sekejap untuk terapi diri dengan apa yang kita suka. Makanya onzzz la nak buat scone lewat petang tadi.

Scone ni adalah sejenis menu yang saya panggil "dwi alam". Hehe mengapa saya kata dwi alam, sebabnya dia membawa dua2 ciri biskut dan kek...kat luarnya rangup macam biskut dan kat dalamnya lembut ala2 kek.

Macamana scone ni boleh "menambat" hati saya. Ya, sebab menu ni telah diviralkan oleh Kak Lina Pom Pom dalam drama Kampung People 2...asyik dok menyebut 'sekones" dalam drama itu...haha lucu habih la jenuh husband nya dok membetulkan sebutannya. Walaupun saya bukan penggemar menengok citer2 di TV, tapi kadang2 terdengar juga dialog2 drama ni sesambil saya dok depan laptop kat rumah..

Buat scone ni memang sangat mudah sangat. Tapi of course la kena buat dengan hati...letak jiwa letak perasaan, barulah apa jua yang dibuat akan menjadi.

Jom kita tengok bahan-bahannya:

1. Tepung gandum 250gm

2. Butter 100gm

3. Baking powder dua sudu kecil.

4. Susu segar 130ml

5. Kismis, pican, coklat chips dsbnya lagi boleh dicampurkan. Ikut citarasa masing2.

6. Sedikit garam

7. Gula halus dua sudu besar


Cara-cara:

1. Campur gandum, garam dan gula. Kacau serata. Tepung nak ayak boleh tak nak ayak pun tak mengapa. Saya tak ayak.

2. Potong dadu butter yang sejuk dari peti ais dan masukkan dalam tepung. Ramas2kan butter bersama tepung sehingga tepung jadi macam crumble atau macam serbuk roti.

3. Masukkan kismis atau coklat chips atau pican dsbnya ikut taste masing2. Saya letak coklat chips.

4. Gaul serata. Kemudian masukkan susu segar tadi. Gaul rata.

5. Canai adunan dan tekap dgn acuan. Adunan agak lembik, boleh taburkan tepung gandum untuk tak bagi melekat.

6. Susun adunan yang telah dibentuk bulat dalam tray pembakar. Sapukan telur di permukaan atasnya dan bakar api atas bawah pada suhu 180 selama 15 minit. Suhu bergantung pada oven masing2 juga ya.




Saya kongsikan beberapa gambar masa buat scone petang tadi. Selamat mencuba bagi yang berminat. Scone ini boleh dimakan dengan butter, jem strawberi atau peanut butter dan lain2 mengikut kesukaan masing2. Cara makan scone ni adalah dengan belah bhgn tengahnya dan sapukan jem tadi, tutup semula dan terus boleh dinikmati. Sedap sangat kalau dinikmati dengan kopi o...


Salam Hormat.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...