Skip to main content

Bicara Tentang Aura dan karisma First Lady Amerika Syarikat...

Penulisan kali ni nak menyentuh tentang cerita jauh berjuta baru nun sana...tidak pernah terfikir pun ada minat untuk menulis tentang ini..tapi bila ianya ada berkaitan tentang aura dan karisma, makanya hati terusik jua untuk menulis.


Sehari dua ni negara sibuk dengan Pembentangan Belanjawan 2021 di mana sebanyak RM322.5 bilion diperuntukkan. Dan semalam pula tentang berita kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat mengalahkan calon lawannya Donald Trump yang selepas ini perlu meninggalkan White House.  


Saya tidak berminat untuk membicarakan tentang kedua-dua tokoh politik ini...siapa yang menang, maka memerintah lah, dan siapa yang kalah, maka berundurlah.


Apa yang menarik minat saya untuk menulis adalah berkaitan bakal "first lady" Amerika Syarikat ni, iaitu isteri kepada Joe Biden. Mengapa saya berminat, kerana saya suka membaca biodatanya...seorang wanita yang digambarkan mempunyai aura dan karisma yang tinggi.


Secara ringkas daripada pembacaan saya, Biodata Dr. Jill Biden yang menarik perhatian saya adalah seperti berikut:

1. Berumur 69 tahun dan dilahirkan ada 3 Jun 1951 di Pennsylvania.

2. First Lady pertama yang mempunyai gelaran Doktor kerana beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah.

3. Seorang pengajar/pensyarah subjek Bahasa Inggeris. Beliau katanya seorang individu yang memiliki jiwa pendidik.

4. Sangat tinggi minatnya dalam menabur bakti kepada masyarakat dalam bidang pendidikan.

5. Seorang yang memiliki semangat dan keyakinan yang tinggi.

6. Beliau merupakan tulang belakang dan penasihat politik kepada suaminya, Joe Biden.


Sekadar penulisan ringkas cuma. Penulisan ini sebenarnya dari Ahad lepas lagi ditulis tapi tak sempat siap. Malam ni disiapkan.


Salam Hormat.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...