Alhamdulillah, hari ni kembali kepada resepi masakan. Resepi yang sangat simple dan cepat untuk disediakan. Bagi mereka yang nak masa penyediaan yang cepat boleh cuba resepi ni.
Jom kita lihat bahan-bahannya:
1. Seekor ayam dipotong empat. Kalau nak potong kecil pun boleh juga.
2. Empat ulas bawang putih dan satu labu bawang holland.
3. Cili besar merah dua tangkai dan cili api dalam tujuh lapan tangkai.
4. Satu kiub ayam
5. Sedikit sos cili, sos tiram, kicap dan air asam jawa.
6. Garam dan gula juga serbuk perasa jika suka.
Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan cucian ketiga dengan air asam jawa. Cucian terakhir dan bilas bersih.
2. Ayam dilumurkan dgn tiga ulas bawang putih yang ditumbuk lumat, satu sudu besar garam dan sedikit kunyit, dalam setengah sudu besar.
3. Selepas dibiarkan dlm 10 minit boleh digoreng. Masa goreng tutup sekejap dulu di permulaan dlm lima minit dan slps tu tutup boleh dibuka. Tujuan ditutup sekejap semasa awal tu adalah untuk melembutkan ayam berkenaan supaya dia lebih juicy.
4. Tiga ulas bawang putih tumbuk dgn tujuh lapan tangkai cili api dan dua tangkai cili besar merah, tumbuk pecah2 saja, tidak lumat sangat.
5. Rencah tumbuk tadi tumis dlm minyak. Minyak lebihkan cket sebab menu ni dia tak berkuah lebih kpd kering..jadi biar minyak tu kita lebih cket. Slps tumis sekejap rencah tumbuk, boleh masuk satu labu bawang holland yang telah dimayam dan terus menumis.
6. Tumis hingga pecah minyak..masukkan air cket saja, masukkan sos cili dlm tiga, kicap dlm setengah senduk, sedikit sos tiram...garam dan gula, ajinomoto dan kiub ayam..kalau tak ada kiub ayam pun tak mengapa, tak perlu masuk..
7. Kemudian boleh masuk ayam dan gaul serata dlm lebih kurang 10 minit..kalau nampak kering sgt boleh tambah air sikit...biarkan atas api dulu, kacau2 serata dan blh tutup api. Menu sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
RZH
Comments
Post a Comment