Sekian lama teringat colek buah ni (pencicah). Kami ore kelate panggil colek (sebutannya mesti kena sabdu kan di permulaan sebutan ya).
Namun dalam kesibukan yang tidak bernoktah ni, tak pernah sempat untuk membuatnya. Bercampur pulak tidak serius untuk buat makanya bayangan kenangan lalu saja lah yang dok teringat dan terbayang di mata.
Hampir 40 tahun lalu, masa tu saya masih di sekolah rendah. Masa tu arwah wo (nenek) sebelah ayah memang selalu buat colek ni, terutamanya masa pokok jambu air atau kami panggil jambu nnawa berbuah lebat. Ya, memang lebat. Pokoknya besar dan bercabang dua betul2 di depan tangga di laman rumah arwah wo. Besar pokoknya lebih dari satu pemeluk orang dewasa. Kalau masa musim pokok jambu ni berbuah memang best sebab pelbagai fenomena dapat dilihat...bunganya yang gugur ke tanah, daun2 berguguran penuh di laman, dan buah2 yang juga turut jatuh. Laman rumah memang akan disapu setiap hari. Juga fenomena ramai orang kampung akan singgah dan bersembang sambil menikmati rasa sedap buah jambu ni.
Masih terbayang jelas di mata, saya dan kakak juga sepupu yang sebaya dok bermain2 di laman rumah di bawah rimbunan pokok jambu ni sambil menolong arwah wo apa yang boleh ditolong, almaklum kami masa tu masih kecik lagi..teringat lagi bagaimana memutih bunganya yang jatuh ke tanah...begitu juga dengan buah2 jambu yang gugur. Setiap hari arwah dan arwah mak sedara, kami panggil Mok Tijoh akan mengupah orang untuk mengait buah jambu yang lebat tu. Kadang2 arwah wo dan arwah mok tijoh akan mengait sendiri kalau sekadar nak dalam satu besen saiz sederhana untuk buat makan2. Masa ni wo atau mok tijoh akan buat colek ni. Sangat ngam dan sangat sedap dicicah dengan jambu2 ni...jambu2 dah la besar2, merah pekat warnanya dan sangat manis. Bila cicah dengan colek ni memang nikmat sedap tu tak terkata...Allahu...masih segar terbayang walau sudah lebih 40 tahun berlalu...semoga damai di sana buat arwah wo dan arwah Mok Tijoh.
Orait kembali kepada cerita colek ni. Colek buah pesen ni memang terkenal di kelate. Biasanya di samping jambu, nenas dan pauh (mempelam) juga sedap dicicah dengam colek ni.
Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya.
Bahan-bahan:
1. Cili kering 3 tangkai. Jangan lebih nanti terpedas sgt..dah nanti tak dpt menikmati kesedapannya sbb dok menahan pedas tu.
2. Gula melaka a.k.a nise ore kelate panggil, dua keping/kerek
3. Sedikit cuka. Agak2 tahap masam yang dikendaki juga tahap likat cairnya. Cuba dulu dalam tujuh lapan sudu atau lebih.
4. Sedikit garam. Mungkin dalam setengah sudu teh.
Cara-cara:
1. Cili kering direndam air panas untuk melembutkan sebelum ianyanya ditumbuk lumat dgn garam.
2. Selepas cili kering lumat, masukkan nise dan tumbuk pecah2. Kemudian masukkan cuka dan lenyet2kan sehingga betul2 menjadi lumat dan berkuah.
3. Colek done dan boleh dipindahkan ke mangkuk.
Colek ni sebenarnya sangat mudah untuk disediakan. Boleh buat banyak2 dan masuk dalam balang dan simpan dalam peti ais. Bila-bila rasa nak dinikmati, boleh terus dicicah...sejuk2 begitu lagi sedap sebenarnya.
Alhamdulillah, semalam dapatlah saya merasa setelah sekian lama tertangguh nak membuatnya...sambil menumbuknya dengan lesung macam gaya penyediaan arwah wo, fikiran saya melayang kepada kenangan bersembang dan mendengar pelbagai cerita2 drpd arwoh wo. Allahuakbar...kerinduan yang tidak terucap...Al-Fatihah buat arwah wo dan arwoh Mok Tijoh dan arwah Paksu yang lebih awal dijemput Allah...
Salam Hormat,
RZH
Comments
Post a Comment