Skip to main content

Alhamdulillah Bertemu November Lagi...


22 November 2020 (Ahad)

Burung merpati terbang tinggi
Terbang bersama si burung merbah
Ulang tahun kelahiran kembali lagi
Semoga iman dan takwa makin bertambah

Padi sawah padi huma
Tumbuh menguning milik Pak Dian
Ucapan hari lahir banyak diterima
Memberi semangat & rasa kebahagiaan

Tanam betik di pinggir laman
buahnya lebat enak dimakan
semoga rezeki sentiasa dimurahkan
Umur pula diberkati Tuhan


Alhamdulillah...rasa syukur pada Allah dipanjatkan kerana masih diberikan Allah hayat dalam kehidupan ini untuk ke tahun berikutnya. Hari ini nombor usia berubah meningkat ke satu angka lagi. Hari ulang tahun kelahiran pada tahun 2020 ini jatuh pada hari Ahad...

Secara peribadi, pada saya nombor yang berganjak ini sebenarnya mempunyai maksud dan definisinya. Berganjaknya satu nombor ini memberi maksud bahawa satu lagi anak tangga yang menghampiri ke "pintunya" didaki, anak tangga yang semakin menghampiri untuk ke sana. Allahuakbar.

Usai solat subuh awal pagi tadi, lembaran permulaan di "umur baharu" ini dibuka dengan membaca Yasin dengan niat agar bacaan jantung Al-Quran ini akan menjadi pengukuh dan tunjang untuk hari-hari mendatang yang akan ditempuh untuk tempoh 360 hari lagi sebelum berganjaknya anak tangga usia yang keseterusnya, andai masih ada talian hayat yang Allah berikan. Memohon agar Allah sentiasa jaga dan lindungi diri ini dari segala cabaran dan kesulitan yang mendatang selagi hayat dikandung badan.

Usai  bacaan Yasin, merenung  seketika  ke  dalam  diri,  mencari  "di manakah diri"...adakah diri ini sentiasa di landasan sebenar dan sentiasa mengingati Pencipta atau jauh hanyut dibawa badai...Risau sungguh sebenarnya kalau diri ini Allah "campak jauh" daripada rahmat dan kasih sayang-Nya, dan tidak mendapat keberkatan hidup...semoga Allah sentiasa pelihara.

Justeru, kedua tangan ditadah dengan penuh rasa keinsafan dan keikhlasan memanjatkan doa kepada Allah agar dengan peluang usia yang masih diberikan ini Allah memberikan yang terbaik jua. 

Tiada lagi yang didambakan dalam usia ini melainkan:
1. Diberikan Allah keberkatan dalam hidup, rahmat dan kasih sayang.
2. Diberikan Allah rasa untuk lebih mengutamakan akhirat berbanding dunia.
3. Diberikan Allah keimanan dan ketakwaan yang tinggi dan istiqomah dalam solat, membaca Quran, dan bersedekah.
4. Diberikan Allah hati yang baik dan tidak berbolak-balik dan jiwa yang tenang. 
5. Diberikan Allah kebahagiaan berpanjangan di dunia dan akhirat.
6. Diberikan Allah perlindungan daripada ujian dan cabaran di akhir zaman.
7. Diberikan Allah ilmu yang baik dan bermanfaat.
8. Diberikan Allah rezeki yang melimpah dan diberkati.
9. Diberikan Allah kesihatan yang baik untuk melaksanakan amal ibadah dan tanggungjawab kepada Allah.
10. Diberikan Allah anak-anak yang baik dan beriman.
11. Diberikan Allah sahabat-sahabat yang baik dan saling mendoakan antara satu sama lain.
12. Dilindungi Allah daripada niat jahat dan fitnah akhir zaman.
13. Dijemput Allah dalam keadaan yang Husnul Khotimah.

MasyaAllah, pada setiap hari lahir tiba...alhamdulilah diri ini masih dikelilingi oleh keluarga yang sangat menyayangi, sahabat-sahabat yang begitu membahagiakan. Sejak malam tadi, Facebook dan WhatsApp menerima ucapan-ucapan hari lahir yang cukup menyentuh di hati...sangat terharu membaca setiap ucapan yang diterima.. Alhamdulillah Ya Allah. Semoga semua doa daripada keluarga dan sahabat-sahabat ini dikabulkan Allah jua. Begitu juga dengan doa yang saya kembalikan semula kepada keluarga dan sahabat-sahabat, semoga dikabulkan Allah jua. Nun jauh di sudut hati serasa ada sesuatu yang tidak terucap...pasrah jua.

Semoga peluang bernafas ini yang masih Allah berikan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah kebaikan di jalan yang Allah redhai. Semoga Allah istiqomahkan hati ini dan dimakbulkan doa yang dipanjatkan sempena hari lahir ini....aamiin.

Sekadar coretan di hari lahir sebagai kenangan bertamu pada setiap tahun, dan sebagai "komitmen" kepada diri yang dipatrikan untuk rujukan pada setiap masa dan ketika..sehinggalah tiba saat tidak bertemu lagi dengan hari lahir berikutnya....Hanya Allah jua yang mengetahui bilakah saat itu tiba.

Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...