Skip to main content

Posts

Cekodok Bawang...

Hari ni penuh dengan meeting. Ada beberapa perkara yang urgent perlu dibereskan, makanya Sabtu pun kena guna jugalah bila weekdays nya sudah penuh diisi. Layan aje la.  Makanya hari ni hanya sempat menyediakan breakfast ringkas sahaja, iaitu "Jepput Bawe". Ini nama yang disebut dalam dialek kelate. Kalau bahasa suratnya adalah cekodok bawang. Bila setiap kali buat jepput bawe ni saya akan sentiasa teringat pembantu rumah kami dulu2 masa saya kecil. Pembantu rumah ni kalau dalam bahasa kelatenya disebut "ore gaji". Dia memang suka buat menu ni masa saya kecik2 dulu, masa tu dalam darjah dua atau darjah 3.  Dia bahasakan dirinya Mok Yah pada saya dan kakak. Masa tu kami dua beradik aje. Mok Yah ni memang pandai masak. Apa jua yang dimasak semuanya sedap termasuklah jepput bawe ni. Saya tak sempat lah tahu apa resepi dia yang menjadikan cekodok tu sangat sedap. Masa tu saya budak2 sangat lagi. Jepput bawe yang saya buat ni tidak lah sesedap yang Mok Yah buat, tapi adal...

Brownies Moist dan Sedap...

Sudah lima hari rupanya tidak menjenguk di blog. Cepatnya masa bergerak sehingga tak sedar sudah banyak hari tidak sempat singgah di blog. Baru semalam rasanya hadir di sini...tidak sedar masa berlalu ...last posting was 24 Julai, dan hari ni sudah 29 Julai. MasyaAllah how time flies. Malam ni agak kepenatan sikit sebenarnya, tapi tetap meneruskan hasrat untuk membuat brownies ni. Dah lama sangat tak buat. Weekend baru ni tak sempat masuk dapur due macam2 perkara tentang kerja yang perlu diselesaikan. Ditambah pula hati masih rasa terkejut, terkedu, kosong, lemau dan macam2 rasa lagi.  Semangat diri juga turut dibawa pergi dengan berita2 kematian dalam kalangan orang2 yang dikenali. Allahu...semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman di sisi Allah. Kerdil betul rasa kehidupan di dunia ini..tiba masa dipanggil pergi maka tidak lewat atau cepat walau sesaatpun..MasyaAllah. Rasa sayu dan sedih mengenangkan insan yang ditinggalkan dan rasa sedih bila mengenang mereka yan...

Terapi Diri Melalui Bacaan...

Salam buat semua... Alhamdulillah buku genre pengurusan yang dipesan melalui online telah tiba semalam. Happy menerima lima buah buku dalam satu pakej promosi. Tengok tajuknya sudah mendamaikan rasa dan memberi terapi kepada jiwa. Hopefully lebih mendamaikan bila kandungannya dibaca nanti. Seminggu yang lalu pakej promosi untuk lima buah buku ini keluar di FB saya. Promosinya agak menarik. Saya tertarik kerana tajuk buku2 ini.  1. High EQ Management      Less attention on management     More attention on your behavior 2. The Essence of Management     Choose     Employ     Manage 3. Principles for Leaders     Make More and more people     be willing to follow you 4. How to Lead a Team     Build a aggressive team     Increase Business Performance     Generate skills from management 5. What Makes a Great Leader     Well Command     Improve Execution   ...

Bila Diberi Tanggungjawab, Amanah Lah...

Amanah dan tanggungjawab itu berat. Bukan semudah dilafazkan. Ia tidak boleh diambil mudah. Esok di sana kita kena menjawab di hadapan Allah atas apa jua tanggungjawab yang kita galas. Jika diberi tanggungjawab, jalankan dengan penuh berhemah dan berasas. Bukan ambil mudah, ambil enteng, "ikut kita nak kita suka". Lihatlah kepada asasnya. Bila fikirkan ini, hati rasa sangat takut dan bimbang. Seboleh mungkin segala amanah itu akan dipikul mengikut lunas yang betul. Sedikitpun tidak terfikir untuk "mempunyai percaturan sendiri". Diri dilatih agar menerima segala percaturan Allah. Apa jua percaturan yang Allah susun, maka itulah yang diterima. Redha, berlapang dada, dan bersyukur itu lah yang ada dlm diri. Justeru, letakkan hukum Allah di depan dalam apa jua yang kita lakukan. InsyaAllah, dengan sentiasa kembali kepada Allah, pemikiran dan hati kita dipandu kepada kebaikan. Sebagai hamba Allah, akur lah dengan apa jua yang Allah susun. Siapa kita yang nak menjadi ...

Salam Aidiladha Dengan Penuh Rasa Keinsafan...

Salam Aidiladha Selamat Hari Raya Aidiladha buat saudara-mara dan sahabat2 semua yang jauh di mata. Juga salam Aidiladha buat pengunjung setia Blog Anggerikdesa. Kita semua hanya mampu bertemu di ruang maya....Semoga Raya Korban kita ini memberikan kita seribu kebahagiaan dan rasa keinsafan dalam diri. Semoga jua segala amalan kita diterima Allah dan mendapat rahmat dan keberkatan berpanjangan daripada Allah jua. Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan. Pada hari perayaan besar...Raya Korban diraikan di rumah masing2. Tahun kedua dalam pandemik semua kita masih tidak dapat balik beraya di kampung bersama ayah bonda, adik-beradik dan saudara mara. MasyaAllah, sedih dan sebak rasa di hati itu pasti ada. Namun situasi pandemik yang melanda negara masih belum mengizinkan lagi untuk kita semua kembali kepada keadaan sedia ada. InsyaAllah bila pandemik ini berakhir kita akan kembali kepada rutin sedia ada. Semoga kita semua akan terus bersabar dan terus diberikan Allah kekuatan dan ketab...

Al-Fatihah...

Innalillahiwainnailaihirajiun... Pagi tadi, 18 Julai 2021 saya melihat notification di facebook pesara tempat saya bekerja...ada berita tentang kematian. Pandangan mata saya tertumpu kepada gambar yang dipaparkan...hati saya berbisik "kenalkah saya dengan pemilik wajah ini"...pandangan mata beralih pula kepada nama yang tertera...Ismail Jaafar. Allahuakbar...saya biasa dengan nama ini. Saya kembali merenung gambar yang dipaparkan...ya raut wajahnya mengingatkan saya dengan seorang pegawai senior yang saya kenali.  Masih jelas dalam ingatan saya...Encik Ismail Jaafar, Penolong Pendaftar Kanan di Fakulti Sains Hayat, tempat saya mula2 berkhidmat dan pada dia lah saya melaporkan diri. Dan kini, berita yang sedang saya tatap adalah berita kematiannya...Allahu, fikiran saya terus mengimbau kembali ke tahun ke tahun 1997, tahun saya buat pertama kali mengenali arwah, 24 tahun yang berlalu. Masa tu hari saya melaporkan diri di FSH. Saya sempat dengan arwah di Pejabat Dekan FSH lebih...

Lasagna Daging Sedap Sangat...

Awal pagi tadi Nis Nedi req mamanya buat Lasagna. Kebetulan saya juga sedang dok fikir-fikir apa nak masak hari ni. Makanya sedang elok la. Hari ni juga kebetulannya dah boleh dibenarkan dua orang dalam kereta. Sejak PKPD, langsung tak keluar beli barang dgn Mr. Husband. Hanya Mr. Husband sorang saja yang keluar. Makanya hari ni kita on la Lasagna. Keluar la cari barang dan kebetulan top up untuk barang dapur sekali yang dah hampir habis. Juga beli barang2 untuk persiapan menu Raya Haji juga sekali. Kembali kepada Lasagna, saya memang antara peminat Lasagna ni tapi syaratnya mesti kena dengan selera saya la...Lasagna ni saya suka white sos nya atau kita panggil sos putihnya atau juga dipanggil sos bechamel di samping mozarella cheese yang kena banyak la...kiranya kena double cheese. Juga sos merah yang tidak masam sngt rasanya..kena balance dgn rasa manis sedikit. Sos merah saya ni saya tak taruk tomato sbb sos bolognese ni dah memadai untuk rasa tomatonya.  Membuat lasagna sebenar...