Skip to main content

Posts

Bayangan Mental Perlu Baik-baik...

Sudah sangat lama membeli buku hasil tulisan Datuk Dr. Maznah Hamid..tapi hari ini baru membacanya secara penuh. Tertarik dengan petikan ini yang ditulis dalam buku beliau. "Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam atau terguris dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya, mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya" Petikan: Buku Motivasi Memburu Kejayaan Oleh Datuk Dr. Maznah Hamid. Justeru, dalam hidup kita ini jangan kita terlalu "fragile" dengan apa jua yang berlaku. Bentuk imej diri yang hebat dengan keyakinan dan kawalan diri yang baik.  Hidup kita, kita adalah nakhodanya. Apa yang kita gambarkan di pemikiran kita (bayangan mental) perlulah yang baik2 saja kerana nanti minda bawa sedar kita akan mengarah semua anggota badan dan urat saraf kita untuk "bekerja" ke arah impian yang kita bayangkan. Kita perlu ada motivasi yang kuat dan keupayaan untuk beru...

Sambal Telur Pecah Sedap...

Hari ni WFH atas sebab2 tertentu yang tidak dapat turun ke ofis. Selalunya setiap hari akan ke ofis walaupun boleh WFH sebab meeting full pagi dan petang.  Jadinya today's activity, sebelah paginya hadiri bengkel online hinggalah ke tengah hari. Jadinya masak simple saja. Kebetulan memang tak selera sangat nak makan berat2. Makanya buat yang paling ringkas dan cepat dimasak. Sambal telur pecah macam gini ni first time saya buat sebenarnya. Menu sambal telur ni selalu buat tapi bukan telur yang pecah terus dalam sambal tapi telur yang digoreng dulu atau rebus then goreng, barulah dimasukkan dalam sambal. Sesekali kita cuba menu di luar rutin. Banyak kali menu ni muncul di FB wall saya, makanya kali ni kita buat. Memang best rupanya masak mcm gini. Boleh try nanti bagi sesiapa yang belum pernah cuba ya. Memang tak mengecewakan. Sedap! Cara membuatnya pun sangat mudah..sama spt goreng berlada yang biasa kita buat tu. Just blend hancur cili kering 5 tangkai, 4 biji bawang merah kecil, ...

Bila Teknologi Menemukan Rakan2 Lama...

Sebulan yang lalu tiba-tiba di add masuk ke satu whatsApp group. Dalam hati tertanya2...dah group apa pulak ni bila di skrin phone tertera "Sek Sabak 1980". Fikiran menerawang sekejap...dalam hati berbisik "lorrr geng masa Darjah 1 hingga Darjah 6 pun dikumpulkan juga dalam whatsApp group ke...hmmmm". Saya ni sebenarnya tak berapa gemar ber "WhatsApp group"..satunya mungkin tak banyak masa sangat untuk bersembang dalam group, keduanya dah umur2 macam gini mcm tak berapa kena aje nak bersembang beria dalam group yang bercampur2 lelaki dan wanita. Ya, tidak dinafikan bagus sebenarnya dapat bertemu kembali rakan2 lama..tapi saya lebih prefer save contact dan sesekali bertanya kaba...lagipun bila dah bertemu langsung juga friend di fb...jadinya kalau nak ucap hari lahir ke..nak tegur say hi sesekali onzzz aje di FB.  Pun begitu, ada juga kebaikannya group2 kawan2 lama ni bila info umum yang dikongsikan dpt sama2 kita tahu dan baca. Kalau dlm aspek tu adalah ma...

Perkongsian Ustazah Asma' Harun

Dikongsi Daripada Facebook Ustazah Asma' Harun ------------------------------------------------------- Allah menemukan kita dengan manusia yang mengecewakan, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia tempat berharap. Allah menemukan kita dengan manusia yang menyakitkan hati, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang menyembuhkan. Allah menemukan kita dengan manusia yang mengambil haq kita, kerana Dia ingin kita faham bahawa tiada apapun milik kita. Allah menemukan kita dengan manusia yang menzalimi, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang Maha Adil.  Allah menemukan kita dengan manusia yang tidak menghargai, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang memberi ganjaran.  Belajarlah mengikuti sebagaimana perkataan para Nabi dan orang yang ikhlas: ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺟْﺮٍ ۖ ﺇِﻥْ ﺃَﺟْﺮِﻱَ ﺇِﻟَّﺎ ﻋَﻠَﻰٰ ﺭَﺏِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ   “Dan aku sekali-kali tidak minta upah/balasan kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Rab...

Bagaimana Memastikan Kerja Berkualiti

Dalam apa jua yang kita lakukan sudah pasti kita inginkan hasil yang terbaik. Setiap kerja yang dilaksanakan dengan baik pasti memberikan kualiti yang diharapkan dan memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan organisasi. Secara ringkasnya bagaimana agaknya cara untuk kita dapat menghasilkan kerja yang berkualiti. Ini sekadar perkongsian peribadi dan pengalaman yang dilalui setelah lama dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. 1. Buat sesuatu niatnya kerana Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah...kerana ibadah kepada Allah. Bila niat kita kerana Allah, insyaAllah segala usaha kita dipeliharan dan diberkati Allah dan semua yang sulit akan dipermudahkan Allah dan sehala kekusutan akan diberikan Allah jalan keluar. 2. Buat dengan hati dan jiwa .  "Letak jiwa" dalam apa jua yang kita lakukan. Apakah maksudnya "letak jiwa". Meletakkan jiwa ini membawa maksud kita beriktikad di dalam hati bahawa kita inginkan hasil yang terbaik dan iktikad ini akan...

Cornflakes Cookies Rangup dan Gebu...

Santai Hujung Minggu "Berbaking-baking" anggerikdesa Hari ni buat Biskut Cornflakes ni. Tak rajin sangat sebenarnya tapi tapi tapi...... Alkisahnya..dah dekat dua bulan beli cornflakes ni...anak2 rupanya tak mau makan sgt unk breakfast pagi...makanya asyik dok menengok tak terusik elok aje dlm kotaknya...hari ni kita transform kepada bentuk yang lebih menarik rasa😅 Jadinya boleh buat kudap2.. Bagi yang berminat untuk cuba biskut mudah dan ringkas ini boleh cuba resepinya seperti berikut ya. Bahan-bahan: 200 gm butter Gula halus 3/4 cawan Telur kuning 1 biji Tepung gandum 1 dan 3/4 cawan Tepung jagung 1/4 cawan Tepung kastard 1/4 cawan Sedikit Esen vanila Cornflakes 2 cawan Satu sudu teh baking powder. Jika guna tepung yang sudah siap berserbuk penaik. Maka tak perlu masukkan lagi baking powder. Secubit garam Cara-cara: 1. Kacau dgn spatula saja gula dan butter dlm 5 minit. Tidak perlu sampai kembang. 2. Masukkan telur dan esen vanila dan garam. Kacau sebati. 3. Cornflakes...

Selepas Setiap Ujian, Allah Hadirkan "Hadiah"...

anggerikdesa 24 Jan 2021 "Perlu sentiasa yakin di hati... atas setiap ujian yang Allah datangkan kepada kita sebenarnya tersembunyi hikmahnya yang indah. Allah sedang membungkus "suatu hadiah" buat kita yang akan sampai kepada kita jika kita redha dan berdamai dengan kesulitan itu." Pada setiap sesi perkongsian ilmu yang saya sampaikan, ayat di atas wajib saya sebut dan nyatakan kepada para peserta... Ayat ini penguat jiwa dan pendamai rasa. Ia penting kerana sebagai manusia kita tidak pernah lari daripada ujian...ujian itu kerana Allah ingin tingkatkan keimanan kita dan kerana Allah sayangkan kita. Maka, bersyukurlah bila diberikan ujian, kerana selepas itu 'Hadiah" daripada Allah akan menyusul. Latih diri untuk berdamai dan berlapang dada dengan ujian. Sabar dan tabah dalam menanganinya dengan amalan2 yang diajar oleh Rasulullah SAW. Banyakkan zikir dan panjatkan doa kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan kabulkan permintaan hamba-Nya. Yakin di situ! Salam ...