Baru-baru ini bersembang dengan seorang kawan lama...beliau bercerita tentang keputusannya untuk bersara lebih awal daripada tarikh persaraan sebenar. Saya mula-mulanya agak terkejut, tapi tidak menyoal banyak kerana saya percaya setiap keputusan yang seseorang itu buat terhadap dirinya sudah pasti telah mengambilkira semua aspek penting sebelum satu-satu keputusan muktamad itu dibuat. Kawan lama saya ini telahpun menghantar permohonannya kepada pihak pentadbiran untuk proses selanjutnya. Tarikh persaraan pilihannya akan tiba dalam tempoh lima bulan lagi. Maksudnya tahun 2020 ini adalah tahun terakhir perkhidmatannya. Saya tiba-tiba melihat kepada diri saya sendiri...ya betul saya sendiripun memang telah ada perancangan dalam diri saya sejak beberapa tahun ke belakang bahawa saya juga akan bersara awal daripada tarikh persaraan sebenar yang dipilih. Saya setkan bila saya genap perkhidmatan 30 tahun, maka saya ingin memilih untuk berundur daripada dunia kerjaya. Genapnya 30 tahun...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"