Skip to main content

Posts

Pecutan Turbo Bagi Mencapai Cita-cita Tertinggi...

Saya masih lagi setia bersama Buku penulisan Jack Canfield dengan tajuknya "The Success Principles"...ketebalan buku ini lebih kurang satu inci mengandungi 560 muka surat..agak tebal juga, tapi kerana garapan penulisan yang menarik, juga format pemilihan tulisan dan saiz tulisan yang menarik, menjadikan kita tidak jemu dan cepat boring untuk membaca dari helaian demi helain muka suratnya. Sebenarnya telah lama saya membeli buku ini, kalau tak salah tiga empat tahun yang lalu...kini kembali membacanya semula...semasa beli dulu tidak semua bab dapat saya habiskan rasanya.... Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi apa yang Jack maksudkan dengan "Pecutan Turbo bagi mencapai cita-cita tertinggi"..melihat kepada klausa ini...wah bagai mewah betul maksudnya...membaca klausanya saja pun sudah cukup untuk membuatkan kita sebagai pembaca rasa teruja dengan pemilihan perkataannya...apa lagi kalau kita memahami pula maksud atau apa yang ada di sebalik kata-kata itu. Seka...

Adab dan Etika dalam Mesyuarat

Malam ini menggamit diri untuk menulis tentang adab dan etika dalam mesyuarat. Sekadar perkongsian bagi pengunjung blog yang mencari info tentang ini. Mesyuarat atau perbincangan formal atau tidak formal takkan dapat dipisahkan dengan kehidupan di alam bekerja. Apa jua jenis pekerjaan sudah pasti akan ada mesyuarat dan sesi perbincangan yang diadakan bagi membincangkan dan mencapai persetujuan untuk satu-satu perkara.  Mungkin ada  antara kita yang hampir setiap hari perlu menghadiri mesyuarat atau mempengerusikan mesyuarat. Sebelum  menghadiri mesyuarat seseorang itu perlu lah membuat persediaan dan persiapan untuk dirinya kerana menghadiri mesyuarat ini bukan hanya sekadar hadir-hadir begitu sahaja. Sudah pasti kita perlu bersedia untuk memberikan pandangan dan respon kita terhadap isu-isu yang dibincangkan. Sekurang-kurangnya kita buat sedikit "homework" agar kita dilihat sebagai bersedia  dan  menjadi ahli mesyuarat yang berkualiti dan dapat memberikan ...

Cipta Perhubungan yang Berjaya...

Malam ni singgah sekejap ke blog...saje2 mengintai dan menjenguk "bertanya kaba"...tiba2 rasa nak menulis juga...hmmm...penat dah sebenarnya..tapi kerana pada saya penulisan itu satu terapi...maka  menulis juga... Fikiran sebenarnya tak mampu lagi untuk berfikir yang berat2...jadinya pada entri kali ini saya memilih untuk berkongsi penulisan dari Jack Canfield, salah seorang penulis Bestseller Chicken Soup for the Soul...saya membaca bukunya yang bertajuk "The Success Principles"...sekadar berkongsi salah satu tajuk dalam buku ini, iaitu "Cipta perhubungan yang berjaya". Kata Jack: Dalam mencipta perhubungan yang berjaya...seseorang itu perlu mengamalkan prinsip-prinsip berikut: 1. Mendengar dengan teliti Katanya "mendengar beratus kali. Memikirkannya beribu kali. Bercakap hanya sekali". Kurangkan berdebat dan banyakkan mendengar. Tunjukkan minat, bukan menjadi orang yang diminati.  2. Proses Heart Talk (Bercakap dengan hati) Keba...

Sekadar Perkongsian Santai...

24 April 2019 Sekadar menulis sahaja apa yang dilalui pada hari ini. Orang kata setiap momen itu adalah kenangan dalam hidup kita...makanya menulis la andai tulisan itu dapat melegakan dan dapat menjadi rujukan di kemudian hari...kita kadang2 tidak dapat mengingati semua momen yang kita pernah lalui..di saat rajin untuk menulis, makanya tulis lah..bila mood tiada untuk menulis maka berdiam aje la...tapi mood yang tiada perlu digamit segera untuk kembali ke koordinatnya....kan... Hari ni awal2 pagi lagi sudah berada di situ...ada task segera yang perlu diselesaikan...arahan diterima oleh team pada pagi smlm...makanya pagi ini Pengerusinya perlu memanggil meeting...saya pula perlu melengkapi untuk team ini atas keperluan pengacaraannya yang diterajui oleh saya sebagai Pengerusinya... Dah sampai di parkir...berkira2 untuk keluar dari kereta...dpt mesej meeting tunda ke pukul 10 pagi pula sebab ada kesegeraan lain pula yang tiba2 muncul di pihak Pengerusi yang memanggil meeting ni......

Perkongsian Penulisan Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin

Bertemu kembali dalam entri kali ni...sekadar berkongsi penulisan Prof. Madya Dr. Asri...perkongsian ringkas cuma... Hujung minggu hari tu tak sempat menulis langsung...idea seakan ada tapi kesempatan waktu tidak mengizinkan..di tambah pula dengan rasa "kepenatan" sedikit...dan mood pun habis "terjun gaung" sebenarnya...perlu mencari kembali mood yang hilang dan membawa semula ke titik koordinat nya...baru lah balance nanti... Masa pula begitu cepat berlalu..pejam celik pejam celik...lorrr esok dah Rabu😱 minggu ini bakal berakhir lagi....minggu baharu akan muncul lagi. Aduhai...sekejapnya... sedarkah kita semua ini dah nak masuk Mei 2019...Allahuakbar baru semalam 1 Januari 2019...hmmmm Orait lupakan sekejap tentang masa yang begitu pantas berlalu...bagai kilat kan..anyway, kot  mana pun tetap ingin menulis juga...atleast dpt berkongsi sesuatu yang bermanfaat...dan yang penting hati tenang dan hepi bila dpt menulis....😁. Memetik tulisan Ustaz ...

Perkongsian Intipati Syarahan Kepimpinan Pengerusi UKM

Apabila menulis itu menjadi minat dan kesukaan...makanya semua perkara yang dilalui ingin ditulis dan diabadikan dalam bentuk karya penulisan...kerana bila diabadikan dlm bentuk tulisan maka selamanya ia akan kekal untuk rujukan diri kita sendiri ataupun sesiapa jua yang singgah di blog ini. Saya "teruja" dan "terinspirasi" untuk berkongsi intipati syarahan Pengerusi UKM, YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar yang menyampaikan syarahan beliau dalam siri Syarahan Kepimpinan anjuran Profesional-UKM. Beliau memilih tema "Pemimpin Mampan". Mengimbau sedikit cerita pagi tadi...seawal pagi saya dah gerak dari rumah terus ke kampus induk kerana program bermula pukul 8.45 pagi. Janji dengan seorang sahabat untuk breakfast dulu di cafe bawah...bila saya dah sampai di cafe (dah masuk ke dalampun sebenarnya)...huhu belum buka lagi cafe rupanya...kata pekerjanya, 8.30 pagi baru buka...pulakkk...hehe. Jadinya saya terus bergerak ke bilik Senat...pukul 8 pagi saya dah terc...

Karakter versus Intelektual...

Malam ni tiba2 datang idea nak menulis tentang tajuk ini..."Karakter versus Intelektual"...wahhh bagai kebabom la pulak bunyi  tajuknya kan...padahal biasa2 saja. Seperti biasa sekadar penulisan santai2 sesambil asah minda untuk berfikir saja...apa yang datang di fikiran semuanya dipersembahkan dalam bentuk tulisan tanpa berikan keseriusan kepada kehebatan contents nya... Aduhai la mata..dah kita tgh ada idea dok dtg ni dia macam ngantuk la pula...hmmm trend tidur awal dari rutin dua tiga hari ni...penat sgt kot agaknya RZH ni...hehe..ya la dlm minggu ni saja dua kali ulang alik ke kampus induk...hari ni pun seharian di kampus induk...esok lagi setengah hari untuk slot syarahan kepimpinan dari our Chairman...mmg looking forward untuk dgr talk dari Tan Sri...kot manapun wajib hadir...sebab ini bidang yang saya minati...mmg soul saya semua perkara yang berkaitan dengan communications dan leadership. Orait berbalik kepada karakter...apa yang kita faham dengan karakter ni. ...