Skip to main content

Posts

Dalam Apa Jua Jangan Kita Terlalu Melampau...

Jangan terlalu melampau! Amboihhh penulisan malam ni permulaannya bagai "bom meletup" ya...haha gimik aje tu...sebab nak menulis tentang "dalam apa jua jangan kita terlalu melampau"..makanya kena beri surprised la kat intro nya... Sekadar melontar idea tentang tajuk ni...ada seorang sahabat bertanya kepada saya...soalannya: kalau kita bertemu dengan orang yang hari demi hari bagai ada aje yang tak kena seakan sengaja mencari kesalahan kita dan mencabar kesabaran kita bagaimanakah agaknya kita nak "handle" orang itu... Ermmmm..untuk "handle" situasi yang menguji kesabaran ni pada saya kena tengok kepada situasi juga..kalau situasinya berpanjangan dan terus "menyakiti" tanpa rasa bersalah dan tanpa sebab yang munasabah, makanya kita kena "check" hati kita sama ada masih mampu bertahan ataupun tidak. Kalau masih mampu bertahan, maka bertahan lah...dan kalau sudah tidak mampu bertahan maka berundur lah...kita juga ken...

Cerita Tentang Media Sosial...Perlu Bijak Mengendalikannya!

Petang ni penulisan masih juga santai-santai saja. Di luar hujan..agak lebat juga. Kalau dulu-dulu masa kecil di kampung hujan sebegini mesti anak-anak ramai-ramai keluar rumah dan bermain dalam hujan...tiba-tiba terimbau pula kenangan masa kecil-kecil...semuanya kini tinggal sejarah saja..masa berlalu begitu pantas...beredar mengikut arus kemodenan...masa kini di bandar sudah tiada lagi anak-anak bermain dalam hujan...gajet di tangan mendominasi segalanya..ataupun bila anak-anak nak main hujan aje mak ayah akan cakap "jangan main hujan nanti demam"..hahaha  Perkembangan teknologi maklumat kini menjadikan semua komunikasi sosial banyak berlaku secara maya...melalui Instagram (IG), Facebook (FB), Wasap, Telegram, Twitter, dan sebagainya lagi  yang berbentuk "online". Saya sekadar menyebut yang popular digunakan dan menjadi kebiasaan kepada kita semua menggunakannya bagi tujuan komunikasi tidak formal harian. Rangkaian perhubungan dengan sesiapa sahaja dapat dibin...

Fikir Yang Baik-baik saja...

Bila bercakap tentang fikir yang baik-baik saja ni terkadang hati kita jadi keliru. Keliru tu bukan kerana apa, hanya kerana di fikiran kita sering hadir benda positif dan benda negatif secara bersama dan bersilih ganti. Jadinya kita rasa susah untuk mengelak dari memikirkan perkara yang negatif. Memang semua manusia begitu..jadi jangan risau sebab itu memang normal... Cumanya yang perlu kita ingat adalah, bila kita berfikir benda yang positif, makanya aura yang positif menguasai kita dan insyaAllah benda-benda yang baik sahaja berlaku. Bila kita berfikir tentang benda yang negatif, makanya aura yang negatif akan menguasai diri kita dan benda-benda yang meresahkan dan memenatkan fikiran yang berlaku...konsepnya adalah aura positif akan menguatkan dan aura negatif akan melemahkan... Aura pada diri setiap orang adalah berbeza-beza bergantung kepada keadaan jasmani dan rohani serta kehidupan dan pemikiran seseorang itu. Aura  yang lebih besar datangnya daripada tenaga positi...

Alkisah "Tak Faham dan Terus Tak Faham..."

Tengok tajuk pun dah tak fahamkan... Nak tulis tentang "tak faham dan terus tak faham" ni pun rasa tak faham juga sang penulisnya...ermmm parah! Mungkin penulis sendiri pun tak faham tentang "what's going on"...walau apapun kena cuba faham juga supaya solution dapat dicari dan penawar dapat diberi kepada "situasi yang tidak difahami" ini. Makin lama makin tak faham dan kalau terus dok "prolong" situasi "tak faham" ini maka makin haru biru la keadaan..makin parah la jawabnya....makin mengundang "bibit-bibit yang tak dpt dipastikan lagi"...Hadoiii... Situasi "tak faham dan terus tak faham" ni gayanya macam terus menjadi-jadi...adakah perlu terus ditelan dan dikunyah atau bagaimanakah yang sesuai... Jalan terbaik apa agaknya ya..kunyah dan terus kunyah..hadam dan terus hadam..buat "bodo" dan terus buat "bodo" atau...masih tiada jawapan! Situasi "tak faham dan terus tak faham...

Peranan Setiap Anggota Dalam Organisasi...

Mengikut Kamus Dewan, organisasi didefinisikan sebagai susunan berbagai-bagai bahagian (orang dsb) yang bersistem dalam sesuatu pertubuhan, perbadanan dsb dan mempunyai tujuan tertentu.  Secara umumnya, organisasi merupakan unit sosial yang di dalamnya mempunyai himpunan atau kelompok dua atau lebih anggota di dalamnya yang menjalankan tugas mengikut unit kerja yang ditetapkan dan kemudian diselaraskan untuk mencapai matlamat organisasi. Setiap anggota dalam organisasi  menjalankan tugas-tugas mengikut pembahagian tugas yang dibuat secara sistematik, terstruktur, terancang, terpimpin dan saling berinteraksi dan melengkapi antara satu sama lain. Sebelum kita membincangkan tentang peranan anggota organisasi, kita perlu fahami dulu tentang ciri-ciri sebuah organisasi kerana ciri-ciri ini nanti perlu dipelihara oleh setiap anggota agar ciri-ciri yang seharusnya diserlahkan ini kekal cemerlang di mata sesiapa jua, terutamanya pelanggan utama. Setiap angg...

Elakkan Sarat Berfikir...

Sekadar menggunakan term "sarat berfikir" untuk menterjemahkan maksud di hati yang ingin membicarakan tentang "jangan terlalu fikir banyak sangat" Sekadar santai-santai tulisan saja..jam menunjukkan pukul 10.30 malam, nak tidur macam masih terlalu awal untuk rutin tidur saya...makanya mari kita sama-sama menyusuri bicara ini....sekadar bicara to "killing time"😊 Apapun pasti ada tips yang dapat diperoleh dalam apa jua bentuk penulisan...terpulang kepada bagaimana pembaca menerima satu-satu penulisan itu. Orait, jangan kita buang masa lagi. Seperti yang saya sebut di atas, sarat berfikir memberi maksud, dalam satu-satu masa semua benda kita nak fikir, semua perkara kita nak "sumbat" ke fikiran kita...sehinggakan fikiranpun tak mampu untuk memprosesnya...itu lah yang kita namakan "tepu fikiran" Suatu waktu yang berlalu, seorang kenalan rapat saya selalu menyebut..."kita ni dalam satu-satu masa jangan semua perkara kita nak le...

Komunikasi Asas Di Pejabat Dalam Mencapai Keharmonian...

Sekadar perkongsian ringkas mengenai komunikasi asas di pejabat untuk mencapai keharmonian bekerja. Hanya sekadar tips yang berkonsepkan KISS (Keep it simple and sweet) untuk kita semua yang bekerja dan mendambakan ketenangan dan kebahagiaan di tempat kerja. Orait, jom kita tengok apa agaknya komunikasi yang berkonsep KISS yang menjamin keharmonian di tempat kerja atau di pejabat. Memang sangat mudah untuk dibuat, diamal dan dipraktikkan. Secara pandangan peribadi, saya melihat ada  SEMBILAN amalan komunikasi asas yang wajib untuk semua staf dan ketua tahu dan amalkan, iaitu: 1. Jaga tutur kata 2. Jaga bahasa badan (body language) 3. Jaga riak wajah (Facial expression) 4. Konsep Empati - semai dan terapkan dalam diri 5. Konsep menjadi pendengar yang baik. 6. Konsep 'Respect' 7. Konsep 'Tolerate' 8. Konsep Diplomasi 9. Beri senyuman Semua yang saya nyatakan di atas sangat mudah untuk dilakukan oleh semua orang kerana ia hanya melibatkan soal diri kita ...