Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

Just go with the flow...

Setiap sesuatu itu bila ianya nak terjadi..sekelip mata saja kita boleh hilang segalanya. Kadang-kadang kita tidak menjangka benda yang kecil boleh jadi besar walaupun sebenarnya kita tak terfikirpun ia akan jadi begitu. Kehidupan manusia ni dipengaruhi oleh banyak hal, antaranya berkait dengan hati, perasaan, berkecil hati, tersinggung, kecewa, marah, ego, keras hati, merajuk dan macam2 lagi.... Bila semua rasa ni dilayan..itu la tu yang kecik pun jadi besar...bila dah besar nak mengundur dan berpaling semula dah jadi serba-salah dan perasaan ego pula mengambil tempat....sudahnya perasaan lain yang sedia ada sudah "beku" jadinya.... Semua benda ni kalau dah beku memang susah cket nak cair...akan ambil masa..kan dah tak pasal... Adoiiii la. Kadang-kadang kita sendiripun tak nak situasi itu berlaku...tapi jika semua orang menjunjung ego...maka hadap aje la dengan apa yang perlu dihadap...pasti rasa kecewa mengambil tempat sebab bendanya tidak lagi kembali seperti asal...kunyah...

"Tido Awal Jangan Pikir..."

Adoiiii la...buat hal la... Tgh2 kerja banyak ni jangan dok cari pasai... Kena rasional... Dah kalau tak rasional nanti mau karang huru hara semuanya... Karam habis nanti...ishhhh. Kena matang... Dah kalau tak matang karang camane pulak...takkan nak jadi mcm budak2 pula...dah lama zaman budak2 ditinggalkan..tak ada mau nya nak ulang perangai macam budak2... Kena sabar... Dah kalau tak sabar karang dah camane pulak...mau tunggang terbalik jadinya...sudahnya apa pun tak dpt...penat aje la dptnya. Kena Profesional... Dah kalau tak profesional nanti terbabas semuanya....tolak rasa ego, rasa geram, rasa marah dan 1001 rasa lagi...kalau nak ikut rasa geram memang rasa nak "beku" kan diri aje...tak payah pikir tak payah buat....tak payah semuanya....dah camane pulak nanti...adoiiiii Nak kerja ke tak nak kerja ni...haha Kalau tak nak kerja..mudah...letak jawatan dan dok la kat rumah. Kalau nak kerja buat cara nak kerja....setakat gitu gini tu anggap mcm benda yg dok kat tangan aje..a...

Hari Istimewa Bertamu Lagi

22.11 tarikh ulang tahun bertamu lagi. Alhamdulillah rasa syukur dipanjatkan kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia pada tahun 2024 ini dan dapat bertemu lagi dengan tarikh kelahiran pada tahun ini. Last year semasa melewati tarikh ini doa dipanjatkan kepada Allah agar usia dipanjangkan dan dpt bertemu lagi tarikh hari lahir berikutnya..dan tanggal 22.11.2024 yang lalu Allah ketemukan lagi..alhamdulillah. 360 hari yang berlalu terasa begitu cepat...begitu pantas masa beredar..detik demi detik, hari demi hari, dan bulan demi bulan...genap setahun tanpa sedar...bagai sekelip mata sdgkan jika dihitung...tempoh masa yg beredar adalah 360 hari. Allahu masa... Rasanya baru sekejap birthday surprise tahun lepas diadakan oleh staf buat saya...sambutan tahun ini bertemu lagi pada tanggal yang sama. Seperti biasa team di ofis merancang kejutan buat saya...perancangan begitu rapi dibuat..seminggu awal rupanya perbincangan telah dibuat...lengkap dengan flow nya yang disusun semua dalam Tertib...

Orang Yang Special...

Special itu adalah sesuatu yang berbeza berbanding yang lain...unik dan miliki class nya yang tersendiri. Orang yang special itu rare sifatnya...tiada pada yang lain...hanya dia saja yang ada. Seseorang yang special ini sudah pasti berkait dengan banyak aspek yang menjadi pelengkap...secara wajibnya adalah sikap dan personaliti...atau secara besar skopnya adalah keterampilannya. Keterampilan ini adalah gabungan dua aspek penting iaitu kemampuan diri dan personalitinya... Kemampuan diri ini adalah berkait dengan bakat, kompetensi, dan pengalamannya...manakala personaliti ini adalah berkait dgn ciri-ciri dirinya spt gaya, fesyen, sikap, dan komunikasinya. Istilah orang yang SPECIAL ini adalah bila kesemua perkara yang ada padanya adalah 'mahal' dan boleh menjadikan dirinya sebagai seorang yang cukup istimewa...keberadaannya boleh membuatkan orang di sekelilingnya merasa selesa, nyaman dan gembira. Manakala hasil kerjanya teliti dan on point selalu... mengagumkan dan menggamit ras...

Bagaimana Mengurus Kesibukan dan Kekalutan...

Lama juga tidak sempat singgah di blog..due mcm2 hal...sibuk kalut tahap tak leh bincang..adehhh...selok kero ore kelate kata. Begitu la life kita dih... Kade2 terpikir..."Allah, begini sekali kesibukan yang berikan kepada hamba-Mu ini" Naik risau pula...takut terhanyut terbuai dengan dunia sgt....aduhai.... Hati terus beristigfar....banyak2 beristigfar bila setiap kali Allah hadirkan keadaan sibuk sebegini....risau lari daripada track sebenar...jika masih on track maka ok. InsyaAllah masih on track kalau kesibukan dan kekalutan ini adalah atas sebab kerja...niat ikhlas kerja itu sebagai ibadah dan merupakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya...haaaa gitu....buat kerja dengan baik..jalankan tanggungjawab dengan ikhlas..walau sibuk walau kalut, tak mengapa...yg penting hati kita kekal ikhlas dan kita jelas dengan tanggungjawab kita...the rest tu biar Allah yang tentukan...Allah Maha Mengetahui..yakin di situ. Maka hati kembali damai....

#LoyaMuntah...

Kan dah mendapat.... Adoiiiii... Kalau dah tak boleh makan, jangan cuba2 nak makan...kan dah satu hal loya mual nak muntah bagai...itu la tu. Separuh ptg gone gara2 #loyamuntah ni. Kito nyo banyok lagi kijoan nyo...dah satu hal pula kena "merawat diri"...cari pasal tu namanya. Itu la tu....adoiiii la RZH. Moral of the story sebalik cerita ini adalah: 1. Lihat kemampuan dan keupayaan diri, jika kendiri rasa mampu, memenuhi dan sesuai..maka buat lah. 2. Jangan over confident yang kita okey..tapi sebenarnya kita tak okey...haaaa gitu. 3. Boleh give a try....tapi akibatnya kita sendiri yang perlu tanggung kesannya. Tak perlu mempraktikkan "give a try" bagi perkara yang tidak berbaloi untuk kita tanggung. Bagi perkara yang berbaloi...silakan... 4. Bila kita tak sihat..apapun tak boleh buat. Jadi, jaga kesihatan dan doa kpd Allah agar kita diberikan kesihatan yang baik berpanjangan. Okey..mata dah pedih ni...mengantuk ke atau canne ni...baru pukul 9.59mlm..kalau ikutkan m...

Geram dan marah itu biasa...

Perasaan geram dan marah ni adalah suatu rasa normal untuk manusia... Kawal la setakat boleh kawal..jika tahap dah maksimum memang tanpa sedar boleh burst. Kawalan emosi dan fikiran perlu kuat untuk handle rasa geram dan marah ni...kadang ia berjaya kadang ke laut juga. Jika berjaya memang selamat dan tenang la...tapi jika tak berjaya..memang ribut taufan. Kadang2 kita sebagai manusia ni benda kecil atau benda besar kalau melibatkan rasa tersinggung atas terasa hati..memang burst la rasa geram dan marah. Dia bukan cerita besar atau kecil isunya..tapi cerita kecewa dengan sikap orang yang kita pimpin. Sekali dua kita mungkin boleh bersabar..tapi kalau berulang...memang meminta...walau benda kecil, contohnya tak jawab mesej, lengahkan jawapan, peram berhari atau tak jawab langsung...kalau sekali dua kita boleh consider tapi kalau dah sampai jadi habit tak jawab...memang perlu ada refleksi terhadap situasi ini...refleksi nya simple dan mudah..buat perkara yang sama..fair enough! Geram la ...

Menghargai & Dihargai...

Singgah kejap di blog...tiada apa yang nak dititipkan. Namun sekadar memahat sesuatu agar ia disantuni. Suatu rasa yang tidak disantuni mcm tak bermakna la pula...santunan sekadar memahat penghargaan dan suatu rasa yang tidak perlu ditafsirkan. Bukan susah untuk menafsir tetapi saja malas nak memberikan definisinya...biar tiada definisinya..lebih mudah. Menghargai dan dihargai adalah dua perkataan yang berkait rapat. Dalam hidup ni bila kita dihargai sudah pasti kita rasa sangat bahagia...begitu juga dengan orang lain..umpama memberi dan menerima....kedua2nya membahagia...yg memberi rasa bahagia...yang menerima juga rasa bahagia. Justeru, raikan saja apa jua bentuk penghargaan dan hargai apa jua perkara yang membahagiakan. Hargai selagi ada sebab bila sudah tiada...hanya kenangan saja yang dpt dikenang. Usah terlalu complicated dalam hal menghargai dan dihargai ini sehingga kita hilang suatu rasa yang dinamakan bahagia dan indah. Bagi anda yang tidak pernah tahu erti menghargai itu mak...

Menilai Hati...

Terkadang sukar menilai hati... Walau hati milik kita namun kita akan tetap sukar mentafsirkan soal hati. Terkadang ia berbolak-balik sifatnya. Namun, percayalah pemilik setiap hati akan sentiasa tahu apa sebenarnya dalam hatinya. Cuma elemen denial atau penafian tu yang menyelinap mengambil tempat. Hati juga miliki sifatnya yang luar biasa...sifat yang special. Hati ini mempunyai suatu unsur connection yang tinggi. Hati boleh membaca semua unsur hati yang terkait atau yang mempunyai koneksi nya. Setiap apa yang terdetik di hati yang mempunyai connection ni kebiasaannya adalah benar. Justeru, jaga2 dan berhati dengan apa yang ada dalam hati dan apa yang terdetik di hati kerana ia refleksikan kebenaran. Cuma kebenaran itu tidak menjadi nyata selagi ia tinggal di hati dan tidak dijelmakan dalam bentuk perbuatan atau kata2. Perkara kedua yang kita perlu faham tentang hati yang terkoneksi ini adalah..antara hati itu, ia saling memahami isyarat yang dihantar melalui gelombang fikiran dan ra...

Pesona Hati...

Salam buat semua pengunjung blog... Semoga hari ini membawa seribu kebahagiaan kepada semua. Kembali ke blog untuk santai-santai menulis. Diam tak diam sudah hampir dua bulan tak sempat menjenguk di blog... Pagi ni sekadar titipan santai..merakam momen untuk dikenang atas sesuatu yang dirasakan punyai nilainya yang tersendiri. Ada masa dikejutkan dgn sebuah pesona...."wowww cantiknya". Tapi wowww sekadar kendalian hati...gusar untuk dijelmakan walau hati meronta untuk ianya dijelmakan secara nyata....its okey pujuk hati....walau bisikan di dalam hati...pasti tetap sampai...haaaa gituuuu. Itu namanya telepati... Life ni mmg begitu sifatnya... Kita akan didatangi pelbagai perkara yang di luar dugaan...loading, blur, bengong dan hilang arah seketika itu biasa...rasa nak gugur jantung pun biasa....haha Ada aje rasa loading dan bengong tu..cuma buat mcm nothing happen..just pretending.....kononnya...haha..hakikatnya..jeng je jeng.... Dalam hidup ni byk aje permainan tarik tali.......

Silent Treatment...😉

Last penulisan pada 22 Julai...pagi ini 7 Ogos, 2 minggu tak sempat singgah di blog..banyak hal yang berlaku dan terkejar2 rasa...bercampur pula hal kesihatan melamar manja..hmmmm..penat sangat agaknya. Tapi so far okey semua...masih dlm kawalan. Pagi ni tersedar lebih awal drpd biasa...byk hal dlm minda..susun dan keluarkan satu persatu..di permulaan tadi lakukan tanggungjawab rutin seperti biasa...perkara kedua wajib juga ni..bancuh coffee...aroma dan rasa memberi energy yang berbeza...menikmati secawan coffee di awal pagi yang sunyi sepi ni memang indah juga nikmatnya tu....gituuuu... Sekian lama nak menulis tentang "Silent Treatment" tapi sentiasa tertangguh...okey pagi ni kita kongsikan cket berkaitan silent treatment ini...sejak hampir 10 tahun saya mempraktikkan silent treatment ini..di permulaan on and off kemenjadiannya..tetapi lama-kelamaan kita semakin pandai dan selesa menggunakan kaedah silent treatment ni dan sejak lima tahun lepas saya merasakan kaedah silent t...

Aku dan Jatuh Terjelepuk...

Sekian lama tidak sempat berkarya....tahap kalut yang tak leh bawa bincang...parok nise ore kelate kata...selok kero pun ya juga. Kesempatan singgah di blog kali ni nak bercerita dan memahatkan di blog kisah jatuh....ya kisah jatuh terjelepok. Nyorrr sunggoh la weiii... Hmmmm...aku dan jatuh terjelepuk ni dah jadi kawan rapat pula ya lately...mcm tak dpt dipisahkan pula...aduhai...tiber ya. Dah kenapa asyik nak terjelepuk ni...adehhh. Alkisahnya... Hari tu...lebih 6 bulan lepas jatuh terjelepuk disebabkan gap antara lantai yang tidak nampak di mata sebab dlm keadaan kalut, sedih, dan cemas atas sebuah kematian...kaki terpeleot dan jatuh...bengkak...g klinik kena bandage..mc dua hari...hmmmm. sehingga kini sakitnya belum hilang...tak sepenuhnya recover...redha dan pasrah. Baru tak sampai sebulan...jatuh terjelepok lagi...adehhhh..kali ni dek inbalance...virtigo mengusik manja...hmmmm..terjelepok di pelataian disaksikan tetamu utama dan Mr.D....adoi lahhhh dah kenapa la RZH ni...Galeri i...

"Buat Satu-satu Puan...."

"Buat satu-satu puan" Ungkapan ini diterima drpd seseorang dan ianya menjadi suatu ungkapan motivasi dan penguat untuk terus bersemangat dan on track selalu...bila rasa bergelabut dan serabut (haha ore kelate suka guna perkataan serabut menggantikan stress sebenarnya), maka kita ingat ungkapan ini untuk kembali on track...gituuu. Bukan la serabut benar sebenarnya...sekadar penggunaan bahasa Kelate...meme guna perkataan serabut tu. Bila di level top management ni skill dlm multitasking, iaitu membuat tiga empat perkara dalam satu masa adalah sesuatu yang rutin dan bersifat a must. Jika tidak, semua benda delay, tak siap dan tidak sempurna jadinya. Pun begitu...walau tiga empat perkara perlu dilaksanakan dlm satu masa, ia tetap kena one by one juga keluar...make sense la ungkapan daripada seseorang itu... Susun elok2, dan tolak satu2 keluar dari minda. Smoothly and strategically...biar on point semuanya...biar berkualiti semuanya. Smart thinking, agile, strategic, dan energetic...

Ujian itu Anugerah...

Sesuatu yang berlaku itu ada hikmah Allah yang tersembunyi..anggap ia sbg hikmah...tersembunyi rahsia Allah di sebaliknya. Jalan terus dan harungi dengan redha dan sabar. Semua yang berlaku adalah rencana Allah. Kadang2 kita tak sedar apa yg Allah rencanakan itu adalah yang terbaik buat kita. Istigfar dan ucapkan alhamdulillah dan melangkah la seperti biasa. Hati yg rasa kecewa itu biasa...lama2 nanti akan hilang..cuma ia perlukan masa saja. Berikan masa kepada diri untuk adapt sesuatu yang tak biasa...mindset kita kena fikir bahawa lama2 nanti yang tak biasa tu jadi biasa. Hati dan perasaan perlu beri sokongan kepada seluruh anggota kita untuk kita kuat berhadapan dengan satu2 ujian. Kdg2 berlaku benda yang kita langsung tak fikir akan berlaku... Tak apa la..redha dan pasrah...lalui aje. Benda dah mmg berlaku...bukan boleh delete atau reverse...jadi hadap dgn penuh bijaksana. Ada org kata benda simple jangan di complicated kan...haaa gitu...tarik nafas dalam2 dan hembuskan keluar umpa...

Bercerita Tentang Perkataan "Kembe Tekok"...

Sekadar singgah sat sambil melayan mata nak lelap Lunch time time tadi keluar mkn dengan team...bercerita hal macam2... Terkeluar la satu term "Kembe tekok" dari salah seorang dari kami...our Designer. Saya terkedu sat bila dengar term tu dari dia...saya berbisik di hati "owhh dah lama saya tak dgr term ni"...lama juga dah tinggalkan negeri Che Siti Wan Kembang...jadi jarang dgr doh ore sebut term ni...terus set di mind.."boleh la jadi content di blog" Terus terimbau term "kembe tekok" ni selalu digunakan oleh ore kelate termasuk saya juga..cuma bila dah lama berada di perantauan langsung terlupa kewujudan term ni sehinggalah saya mendengar Mr. Designer menyebutnya .. Haaaa gitu..kemahhhh...banyak term kelate dia wak tubik...ambo pulok hok sero heran dia blh tahu byk term kelate...padahal tidak membesar di kelate... Orait jom kita cerita apakah maksud di sebalik term "kembe tekok" ni...sebutannya meme "kembe tekok" deh...jange...

Aura Diri dan kepentingannya...

Apa itu aura diri... Aura diri adalah energi yang dipancarkan oleh seseorang, yang dapat mempengaruhi suasana sekitar dan cara orang lain merasakan atau menginterpretasikan dirinya.  Aura yang tinggi ni adalah berkait dengan karakteristik positif seperti kebaikan, kedamaian, keberanian, dan kepercayaan diri,  keperibadian, emosi, dan mindset seseorang. Aura yang tinggi dapat mempengaruhi interaksi sosial dan hubungan dengan orang lain.  Aura diri yang positif biasanya membuat orang merasa nyaman dan tertarik kepada seseorang, sementara aura diri yang negatif atau tidak menyenangkan dapat membuat orang merasa tidak nyaman  justeru menjauhi seseorang. Orang yang memiliki aura tinggi cenderung lebih mudah menarik perhatian, rasa hormat, dan kebaikan dari orang lain. Berikut adalah beberapa manfaat memiliki aura yang tinggi: 1. Menarik energi positif: Aura yang tinggi cenderung menarik energi positif dan menciptakan suasana yang menyenangkan di sekitar seseorang. 2....

Dah kenapa...Uncertainty?

Dah kenapa... Entah la..tak ada jawapan..uncertainty... Kadang2 dalam rutin hidup kita ni macam2 hal kita kena hadap... Kena selesai...bila nak selesaikan kena cari punca..bila dpt puncanya baru boleh cari solusinya. Setiap perkara yang kita tak tahu punca penyebab sudah pasti kita tak dpt cari solusi yang tepat. Bila berlaku uncertainty...apa perlu kita buat. Cuba tips ni: 1. Recall apa yang berlaku itu dan cuba cari clue nya. 2. Jika tiada apa2 yang kita jumpa, makanya hantar mesej kepada diri...ignore saja. 3. Jika rasa dlm diri masih belum settle down...instinct kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena.. 4. Renung kembali ke dalam diri...buat scanning, istigfar sebanyaknya dan doa pada Allah supaya memberikan kita petunjuk. 5. Jika masih resah juga...buat solat taubat..solat hajat dan doa...insyaAllah, hijab Allah bukakan... Uncertainty dalam diri tidak boleh bertamu lama dalam diri kita...ia boleh menyerap gelombang positif kita...gelombang negatif akan lebih banyak akan memusnah...

Budi Bicara Dalam Peraturan...

Last entri pada 10 Jun... Begitu la masa ni..cepat sangat berlalu..rupanya sudah hampir 10 hari tak sempat berkarya... Malam ni luangkan masa sekejap ...sekadar say hai kat blog. Badan penat tu memang dah tentu penat la, tapi since baru selesai menyiapkan satu report, makanya intai la sekejap di sini..sekadar menitip sesuatu yang lalu di fikiran. Satu perkongsian menarik yang ingin saya share dalam keterbatasan masa ni...(Sebab dah ngantuk ni sebenarnya)..hehe Perkongsian tentang satu term ini... "Ada budi bicara dalam peraturan" Apa agaknya maksud atau perkara yang tersirat di sebalik kata2 ini. Kata2 ini saya belajar dari salah seorang boss dulu...sekarang beliau dah pencen, namun statement ini walaupun telah hampir 20 tahun lalu saya mendengarnya...sehingga kini masih segar di ingatan saya dan bukan sekadar di ingatan tapi saya memang kebetulannya telah praktikkan dalam kepimpinan saya sejak awal bekerja lagi. Dalam bekerja atau dalam dunia kerjaya kita memang semuanya ada...

Rasa Selesa itu Indah...

Dalam hidup ni kita akan jumpa pelbagai ragam manusia. Ada yang buat kita selesa dan ada yang tidak. Bila jumpa yang kita rasa selesa akan membuat hidup kita rasa tenang, nyaman dan bahagia. Bila ini berlaku apa jua yang kita lakukan tingkat suksesnya pasti hebat... Rasa happy boleh membuatkan kita sentiasa cergas, tangkas dan bersemangat dalam melakukan apa jua tugasan. Agile orang jawa kata...bila agile semua benda jadi bereh cepat...rasa happy juga akan meningkatkan semangat kita..mmg bombastik la hasilnya...haaaa gituuuu. Selesa ni punyai pelbagai makna...kita selesa dengan seseorang mungkin kerana personalitinya, sikapnya, penampilannya, gaya komunikasinya, tutur kata dsbnya. Terkadang kita suka pemikirannya....apapun bila kita rasa selesa, maksudnya seseorang itu membahagiakan kita. Namun bila kita tak happy...Allahhhh mcm2 hal tak kena aje la jadinya...bosan, buntu, malas, hilang mood dan macam2 lagi...Bila ini terjadi, habis la...beri kesan kepada segalanya...punah habih. Dalam...

Marah!

Menahan marah tu sakit! Belajar menahan marah tanpa hati sendiri rasa sakit tu adalah ilmu yang tinggi. Kebanyakannya menahan marah dengan memilih melukai hati sendiri...supaya tiada hati orang sekeliling terluka. Menahan marah...ramai yg mampu...tapi menahan marah tanpa hati rasa sakit tanpa hati rasa terluka...yang ni mmg susah...hampir semua orang tak mampu....sakit di dlm tu hanya Allah yang tahu...masa sakit tu terlupa sekejap untuk beristigfar...walhal kalau marah tu betul2 di puncak paling tinggi...beristigfar akan mampu meruntuhkan rasa marah tu... Tak semua rasa kita boleh kongsikan dgn orang..ada sbhgn rasa yang kita perlu telan sendiri...tak dpt share sebab bimbang org akan salah faham...miscommunication pulak...sudahnya hadap la sendiri. Ini yang sakitnya... Haaaa...masa kena hadap ni la menjadikan muka kita kelat...tegang...muram...tak ceria...masam mencuka dan macam2 reaksi wajah...masa ni kalau ambik gambar pun..mmg tentu kena delete gambar tu...hilang semua perangai cer...

Bahagia itu Bukan Payah...

Mengenali seorang yang baik akan memberikan vibes yang positif kepada diri kita. Vibes positif ini akan buat kita rasa bahagia dan senang. Sebenarnya, tidak semua kita ditakdirkan bertemu dengan orang yang baik. Jadi jika kita orangnya yang dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan orang yang baik maka hargailah dan raikan lah. Sebab bila dah terlepas nanti sukar untuk mendapatkannya kembali. Justeru, tunjukkan kita menghargai dia dan selesa dengan kehadirannya dalam hidup kita. Pamerkan kita rasa senang dan selesa dgn adanya dia...haaaa gituuuu. Seorang yang baik ini pada definisi umum adalah seorang yang membuat kita rasa selesa, rasa bahagia, gembira dan rasa diri dihormati dan dihargai. Dalam masa yang sama dia memiliki perwatakan yang baik...memahami, concern, cakna dan alert...pendek kata pakej yang cukup lengkap la dengan budi bahasa dan perangai yang elok. Orang yang baik ni adalah orang yang elok luar dan dalam....jujur dan ikhlas....dalaman dan luaran sama hebat...itulah helokk...

Peritnya Sebuah Kehilangan...Salam Takziah

Allahuakbar... Terkedu seketika... Melayang kejap fikiran Fikiran jadi bercelaru datang macam2 menerpa dalamnya....Allah bercabang2 pula minda RZH jadi... Hati berbisik....Innalillahiwainnailaihirajiun... Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. 28 Mei 2024 tarikh yang memetrikan sebuah kepergian....tarikh ini juga sama dengan tarikh hari ulangtahun kelahiran my subordinat, Mr. Designer....yang sepatutnya saya telah plan untuk surprise kan birthdaynya pada tengah hari tu...tarikh UKM merakamkan sejarah kehilangan seorang Pengurusan Utama jatuh pada hari yang sama dengan hari lahir Mr. Designer. Perancangan untuk buat surprise kat Mr. Designer diubahsuai semula dengan pindaan...asalnya bawa ke esok hari...tapi memandangkan esok dan lusa tu diari saya full..maka lewat petang tu kami raikan juga hari ulangtahunnya....disekalikan surprise untuk seorang lagi yang kami tertangguh meraikannya due mcm2 kesibukan. Tiada apa yang dapat dibicarakan di entri kali ini, hanya se...

Aku Tidak Pergi...Aku Hanya Kembali kepada Keadaan Asal...

Hidup ini penuh dengan warna-warninya. Sudah pasti ada warna yang kita suka dan ada warna yang kita tak suka juga ada warna yang kita hanya so so saja. Terpulang kepada keadaan... Tapi kot mana pun suka atau tak suka atau so so kita tetap kena hadap. Wajib hadap mengikut kemampuan dan kebijaksanaan akal fikiran kita yang Allah berikan. Guna sebaiknya! Kadang-kadang dalam hidup ni orang kata kita telah tinggakan sesuatu yang menyakitkan kita...sebenarnya bukan kita tinggalkan atau kita telah pergi....tapi kita sebenarnya Kembali kepada diri kita yang asal. Ya...kita tidak Pergi, tapi kita cuma Kembali kepada keadaan asal kita sebelum sesuatu perkara menyakitkan atau rasa trauma itu berlaku...haaaa gituuu. konsep pergi meninggalkan tu tak sesuai sebab kita bukan pergi...kita cuma merenung ke dalam diri dan mengenalpasti apa kesilapan yang kita lakukan dan kita membuat keputusan untuk kembali kepada diri kita yang sebenar..iaitu diri kita yang asal sebelum kita mengenal perkara atau situa...

Biar Kita Belajar Menghargai...

Saling menghargai adalah perkara yang boleh merembeskan hormon bahagia. Perkara yang mudah sangat untuk dilakukan...dengan hanya melahirkan rasa penghargaan dan menzahirkannya dengan kata2 dan perbuatan....apa yang susahnya kan...just senyum, ikhlas, tuturkan dan susul dengan perbuatan yang menunjukkan kita menghargai, contohnya memberi pujian, kata2 yang indah dan memberikan sesuatu hadiah dsbnya bersesuaian. Perkara ini menjadi rumit bila halangannya adalah dalam diri kita sendiri. Kita tidak settle down dengan apa yg ada dlm hati kita contohnya kita tidak terapkan nilai murni,masih ada perasaan ego dalam diri, perasaan dengki dan khianat jadi bagaimana kita nak berlapang dada, senyum dan menghargai orang sekeliling kita...haaaa gituuu. Sebab tu kita tak express rasa penghargaan kita kat orang sebab dalamam kita sendiri pun tak settle. Justeru, untuk melatih diri menjadi seorang yang tahu menghargai maka kita mesti keluarkan semua yang negatif dlm diri kita..hidup dalam nilai diri ya...

Hati Berbunga-bunga...

Aduhai hati berbunga-bunga...dah kenapa..hadoiiii la Kenapa berbunga ni..biar lah rahsia Hmmm..arrr sudah..bahaya ni Haha buat hal ni RZH Hati berbunga2 tu bagus sebab beri rasa happy, bahagia, indah, damai, tenang dan macam2 lagi. Positif la impact dia nanti. Bila kita happy kerja juga mudah..feel kpd kerja dan terus maintain dan semangat juga di aras yg paling tinggi..wahhh gituuu.. Bila kita happy, penyakitpun tak mahu dekat...terhindar dari segala punca2 penyakit. Sihat tubuh badan, bp terkawal dan keadaan kesihatan kita stabil. Jika penat berehat Jika ngantuk tidur Jika lapar makan Jika happy bersyukur Jika sedih Istigfar Tak payah pening2...org tak buat kita buatkan..orang marah kita cool kan, orang tak suka tak perlu mengejar...orang suka ucap alhamdulillah...wahhh mudah sgt sifirnya ya. Yg penting ada matlamat dan make it done! Jadi...untuk happy dan segar fokus kepada apa yang kita perlu buat...buat yang terbaik..jgn sakiti org..jgn jahat dekat orang dan jangan singgung perasa...

Jangan Cari Penyakit Untuk Perkara yang Tidak Wajar...

Hati sifatnya sangat fragile. Hati juga tidak dapat kita kawal dengan mudah sebab segala apa yang hadir di hati dan terdetik di hati adalah tanpa kita minta atau kita plan..tiba2 ia muncul di hati bila perasaan kita terusik... NAMUN minda dan otak yang Allah beri kepada kita boleh kita guna kan untuk filter dan kawal. Filter dan kawal mengikut rasional atau kewajarannya. Rasional atau kewajaran ni pula sangat dipengaruhi oleh hukum-hakam dalam agama, norma dan nilai, juga adat dan budaya. Setiap sesuatu yang hadir dalam hati kita atau terdetik dalam hati kita...jika yang bahagia akan merembeskan hormon bahagia, jika yang tidak baik akan menjadikan emosi kita tidak stabil... Jika yang membuatkan kita rasa bahagia, tapis dan filter dulu sama ada ianya wajar atau tidak wajar untuk kita layan...jika tak wajar..lepaskan saja...jangan cari penyakit..jangan menjemput "bala" dan "bencana" dalam hidup... Jika yang terdetik di hati itu adalah membawa rasa bahagia, tapi bukan ...

Pentingnya Hormon Bahagia Untuk Kesihatan Emosi...

Hormon ini penting untuk menjaga kesihatan emosi. Justeru, buatlah sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan kita bagi memastikan hormon-hormon bahagia dan happy sentiasa ada dalam diri kita. Bila kita bahagia dan happy, seluruh anggota kita juga akan memberikan kerjasama yang baik kepada kita, emosi jadi elok, terhindar daripada penyakit, awet muda dan jiwa tenang.  Di dalam otak kita ini terdapat empat hormon yang akan membuat kita rasa bahagia. Keempat-empat hormon ini berfungsi untuk menjaga kestabilan emosi seseorang.  Jom kita kenali secara ringkas, hormon-hormon yang akan dirembeskan oleh otak apabila kita melakukan akitiviti-aktiviti yang menggembirakan: 1. Hormon Endorfin - Hormon ini dihasilkan oleh kalenjar pituitari. Sejenis Kalenjar berukuran kecil yang berada di dalam otak. Hormon ini akan dialirkan ke seluruh badan kita melalui sistem saraf. Contoh aktiviti: Berkebun, kerap ketawa Dan makan coklat  2. Hormon Dopamin - Hormon ini adalah sejenis hormon ge...

Ambil Lah Pengajaran Atas Setiap Ujian Allah....

Pagi ni kembali ke blog setelah sekian lama tidak sempat menjenguk ke sini disebabkan macam2 hal.... kesibukan dan kekangan masa yang sangat melampau. MasyaAllah. Posting terakhir adalah pada 1 April dan hari ni sudah 11 Mei...hampir sebulan setengah tidak berkarya. Kesibukan, kepenatan dan kemalasan juga menjadi penyumbang kepada momentum untuk menulis. Kemalasan tu bukan lah kemalasan total, tetapi kemalasan disebabkan masa yang ada hanya mahu digunakan untuk berehat sahaja...berehat dan recharge diri untuk full swing bila hari bekerja. Masa juga berlalu begitu pantas sekali. Sedar tak sedar dah nak masuk setengah tahun rupanya kita di tahun 2024 ini. Terasa macam baru semalam meninggalkan penghujung Disember 2023 dan baru semalam memasuki awal Januari 2024...kini sudah nak memasuki Jun 2024. Allahuakbar... Peredaran masa yang dirasakan begitu cepat ini sentiasa mengingatkan diri saya bagaimana arwah nenek saya selalu ulang sebut dulu..kata nenek "Bila dekat nak kiamat nanti mas...

Kehidupan Hari Tua Kita...

Hari tua... Tiada siapapun yang dapat menjangka hari tua masing-masing. Rezeki dan bahagian masing-masing. Semua Allah dah tulis untuk setiap hamba-Nya. Cuma antara doa dan takdir yang manakah lebih kuat. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Usah dirisaukan sangat...yang penting kita tidak pernah berhenti daripada berdoa. Doa yang terbaik buat diri kita. Allah Maha Mendengar dan Maha Memahami...jangan berputus asa..sentiasa berfikiran positif dan kuat selalu mental dan fizikal. Kembali kepada cerita hari tua kita jika umur kita panjang. Semasa hari tua sudah pasti setiap seorang akan mengimpikan untuk terus kekal sihat. Kesihatan adalah perkara nombor satu. Keduanya adalah kita nak bahagia dan tenang-tenang saja. Bahagia melalui hari tua tanpa ada tekanan dan kita enjoy dengan kehidupan mengikut kesukaan dan rasa happy kita. Hari tua bukan lagi masa untuk kita masih penat bekerja mencari rezeki, hari tua adalah hari untuk kita berehat dan memberikan fokus kepada ibadah sepenuhnya di s...

Suatu Rasa di Sebalik...

Bila setiap kali bulan Ramadan...membaca Quran itu ditingkatkan sikit berbanding biasa... Tak pasti mengapa, setiap kali membaca dan menghayati ayat2 suci Allah di bulan Ramadan ni agak berbeza sikit getaran rasa berbanding bulan yang lain, hati merasa sangat sayu...perasaan terasa sebak...yang wajib datang di fikiran adalah teringat arwah nenek moyang dan arwah tok guru ngaji masa zaman kanak2 dulu. Terbayang bagaimana arwah nenek (kami panggil Wo), arwah nenek belah mek (kami panggil mok) juga atuk (kami panggil Chekwo), arwah Mok Tijoh, mak saudara, arwah Paksu Tim, pak saudara, dan arwah Kak Mah, mak sepupu paling rapat...bagaimana arwah di alam sana...di alam kubur bersemadi sehingga hari dibangkitkan semula. Rindu zaman kanak2 dulu...zaman awal remaja bersama mereka. Banyak kenangan datang menerpa di fikiran. Masakan arwah wo dan arwah Mok Tijoh yg sangat sedap....ike goreng pedas sehingga kini teringat rasa sedapnya, berbeza rasa dgn apa yang org lain buat. Masakan sop yang sang...

Perangai kasanova...

Hadoiii penat weiii... Dua tiga hari ni muncul pula kisah si Aliff ni...kisah selebriti yang sedang viral skrg ni... Aduhai kantoi lagi ditangkap khalwat. Ni dah kali ke berapa ni tak pasti...tak serik2 la pulak..hari tu nampak dah reda dah dgn perangai perempuan ni slps dia join tabligh...ingat dah insaf dah sebab elok aje tengok perilakunya..baik sangat...sopan dan elok semuanya...kitapun dah lupa dah perangai dia suatu ketika dulu..kaki perempuan, kaki gaduh dan mcm2 lagi la..ada kisah dia yg viral kat Spore juga... Kusangka panas hingga ke ptg..rupanya hujan di tengah hari...adoiiii la..pulak. Dah terkejut satu Msia dibuatnya..huhu. Engkau dah kenapa ni... Nasib ko tak berapa baik Aliff..Allah buka aib ko... Teringat la pula perangai seorang insan yg pernah dikenali ni...tapi Allah masih jaga aibnya...perangai dia mmg similar la rasanya dgn perangai si Aliff yang pantang nengok perempuan...atau lebih lagi tak pasti la pula...di ngap semuanya...dibawa masuk bilik tido semuanya...itu...

Selamat Datang Ramadan...

Selamat datang Ramadan 1445H...bersamaan dengan 2024 Setahun yg berlalu meninggalkan Ramadan 1444H...360 hari...kini Ramadan yang pergi muncul kembali slps hilang setahun. Ya, pelengkapnya adalah setahun..Ramadan akan wajib menjenguk kerana itu adalah kitaran masa yang telah Allah tetapkan. Alhamdulillah syukur pada Allah..usia ini masih ada lagi untuk melalui Ramadan pada tahun ini. Ramadan lepas ditutup dengan kata2 "moga Allah mempertemukan saya dengan Ramadan akan datang"...rupanya hari ini 12 Mac Ramadan akan datang yg saya maksudkan pada tahun lepas telah pun tiba...6 minit berlalu melepas 12 Mac semasa saya menitipkan bicara ini. Tiada apa yg saya ingin saya minta daripada Allah untuk melalui Ramadan pada tahun ini kecuali: 1. Hati dan jiwa yang ikhlas untuk menjalani ibadah puasa ini. 2. Kekuatan dan ketabahan dalam melalui rintangan...bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi juga menahan dari segalanya yg tidak bermanfaat...atau yang membawa dosa. Menutup hati da...

Dijemput Allah Kembali Ke Kampung Abadi...

Sedang dalam tugasan rasmi di luar kawasan nun di utara sana mendapat perkhabaran mendukacitakan...perginya buat selama-lamanya kenalan rapat, staf akademik di Fakulti Sains Sumber Alam (FSSA) nama asalnya sebelum penggabungan Fakuti Sains dan Teknologi, dan Pusat Pengajian Sains Sumber Alam selepas penggabungan...tahun 1999 semasa saya bertugas di sini. Kini, 2024 dengan nama Jabatan Sains Bumi dan Alam sekitar. Saya dapat khabar sedih ini daripada Kak Ze kenalan rapat yg juga mmg rapat dgn arwah. Melalui Kak Ze la juga saya kenal dan jadi rapat dgn arwah...Kak ze ni dulu bertugas di FSSA dan arwah pada masa itu adalah ahi akademik di FSSA. Allah terkejut dan rasa sedih sangat kenangkan seorang demi seorang insan yang dikenali dijemput Allah. Perasaan sayu terbuku di hati...disimpan dua hari dalam hati sebelum ianya diluah dan dititipkan di sini. Malam ini baru berkesempatan menulis..inipun sebenarnya dah lewat mlm...dah pagi ni sebenarnya...1.20am. Kekangan masa dengan kesibukan yang...

Hey Mat...Boss dah tahu rupanya..

Melayan mata yang belum nak lena.. Datang idea untuk menulis, buka phone dan masuk ke blog. Nak share satu kisah ni..kebetulan baru2 ni terbaca kisah viral anak seorang pelakun yang kawin sorok di Siam..maka automatik datang lagi la di fikiran saya tentang seseorang ni yang nikah sorok di Siam ni...aduhhh gangguan betul la... Skrg ni tak pasti la masih sorok lagi atau dah declare dan dah daftar kat sini...cumanya sama ada dia dah declare atau dah daftar kat sini..bukan urusan saya...saya juga tak berminat untuk tahu...perasaan nak ambik tahu atau nak dgr cerita ttg dia dah hilang...dah mati. Ko lantak la Mat..cerita ko..ko kayuh la macamane pun. Cumanya bila setiap kali kisah viral nikah sorok di Siam ni ada di media sosial..maka cerita mamat ni la juga yang datang ke fikiran saya...penat juga penangan mamat ni... Dia ingat dia dah bijak la menyembunyikan kisah pernikahannya di Siam...rupanya boss sendiripun dah tahu...aduhaiii...heii Mat, tak payah la awak nak acah2 baik sgt la...awak...