Hadoiii penat weiii...
Dua tiga hari ni muncul pula kisah si Aliff ni...kisah selebriti yang sedang viral skrg ni...
Aduhai kantoi lagi ditangkap khalwat. Ni dah kali ke berapa ni tak pasti...tak serik2 la pulak..hari tu nampak dah reda dah dgn perangai perempuan ni slps dia join tabligh...ingat dah insaf dah sebab elok aje tengok perilakunya..baik sangat...sopan dan elok semuanya...kitapun dah lupa dah perangai dia suatu ketika dulu..kaki perempuan, kaki gaduh dan mcm2 lagi la..ada kisah dia yg viral kat Spore juga...
Kusangka panas hingga ke ptg..rupanya hujan di tengah hari...adoiiii la..pulak.
Dah terkejut satu Msia dibuatnya..huhu.
Engkau dah kenapa ni...
Nasib ko tak berapa baik Aliff..Allah buka aib ko...
Teringat la pula perangai seorang insan yg pernah dikenali ni...tapi Allah masih jaga aibnya...perangai dia mmg similar la rasanya dgn perangai si Aliff yang pantang nengok perempuan...atau lebih lagi tak pasti la pula...di ngap semuanya...dibawa masuk bilik tido semuanya...itu yang diketahui la sebab kantoi...yang tidak diketahui tak tahu la berapa ramai lagi yang dibawa masuk bilik tido.... Hadoiii
Allah masih jaga aib mamat ni...kalau tidak mmg tak tahu berapa kali la ditangkap berkhalwat...bengong pula rasa mikir kan perangai mamat ni...
Camane dia boleh pantang jumpa perempuan, boleh selamba aje usung masuk bilik tido semua ya...mmg langsung tak masuk akal..tak terfikir sikit pun ini perangai sebenarnya..
Den ni boleh consider lagi la kalau memang sebab bercinta dan sebab sayang boleh berlaku mcm tu...tapi ini tak bercinta tak berkasih sayang...boleh tido sama...camane tu....namun tang dosa ni tak kira la bercinta ke sayang ke..tetap ianya dosa zina..Allahuakbar.
Tapi yang tak faham tu macamana boleh berlaku ko tidak bercinta tapi kau bawa masuk bilik tido...jadi rutin ko pulak...kau pergunakan wanita demi kepentingan nafsu ko...jahat betul ko. Tahap jahat ni rasanya lebih pada Aliff ni. Orang perangai mcm ni, langgan pelacur pun on ni...hadoiii.
Mengapa kadang2 kita ditakdirkan kenal dengan orang mcm ni...Allahuakbar...dengan kita2 sekali bodoh campur bangang...sabar aje la....Allahu.
Pasti ada hikmah Allah..segala sesuatu itu tidak berlaku saja2...byk pengajaran yang boleh diambil...renung segala kesilapan dan perbaiki diri. Usah disesali perkara yang lepas..anggap itu satu kesilapan besar dan move on. Perbaiki diri.
Dah tiberrr tak pasal pula terfikir..agaknya sebelum dia ni nikah sorok di siam tu, dah berapa puluh atau berapa ratus kali diusung masuk bilik...bila dah terdesak/didesak...itu yg g nikah sorok kat siam tu...bengong molek la...
Kalau ini la tahap perangai seseorang itu...wajarkah kita nak maafkan atau nak beri ruang...tak la kot...cukup la rasanya.
Itu la serba sedikit kisah yang nak dikongsikan.
Pengajarannya adalah pada setiap perhubungan tu jangan kita letak seratus peratus kepercayaan kerana bila kantoi perangai jahat satu demi satu..tak ke rasa remuk dan hancur hati mengenangkan insan yang pernah kita kenal..kita trust dan kita ingat dia jujur dan baik..rupanya miliki perangai yang sgt jahat...dengan kita sekali dibawanya "masuk gaung" dgn kita sekali jadi jahat tak bermaruah...
Hati yang dihancurkan takkan terubat dan tak mungkin terawat rasanya...sudah pasti setiap perbuatan jahat yang dilakukan itu takkan terpadam dari fikiran....bila terkenang rasa sakit yang mendalam...
Semoga kita dijauhkan daripada insan2 yang sebegini...jangan ada berkait apa2...supaya kita tidak terkait melukakan hati kita dengan perangai tak semenggah orang yang berperangai kasanova ni.
RZH
Comments
Post a Comment