Skip to main content

Bahagia itu Bukan Payah...

Mengenali seorang yang baik akan memberikan vibes yang positif kepada diri kita. Vibes positif ini akan buat kita rasa bahagia dan senang.

Sebenarnya, tidak semua kita ditakdirkan bertemu dengan orang yang baik. Jadi jika kita orangnya yang dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan orang yang baik maka hargailah dan raikan lah. Sebab bila dah terlepas nanti sukar untuk mendapatkannya kembali.

Justeru, tunjukkan kita menghargai dia dan selesa dengan kehadirannya dalam hidup kita. Pamerkan kita rasa senang dan selesa dgn adanya dia...haaaa gituuuu.

Seorang yang baik ini pada definisi umum adalah seorang yang membuat kita rasa selesa, rasa bahagia, gembira dan rasa diri dihormati dan dihargai. Dalam masa yang sama dia memiliki perwatakan yang baik...memahami, concern, cakna dan alert...pendek kata pakej yang cukup lengkap la dengan budi bahasa dan perangai yang elok. Orang yang baik ni adalah orang yang elok luar dan dalam....jujur dan ikhlas....dalaman dan luaran sama hebat...itulah helokkkkk yang sebenar...

Terkadang tidak semua orang boleh buat kita rasa selesa kan. Untuk dpt keserasian dan rasa selesa tu bukan perkara yang boleh dibuat2...ia terjadi dgn sendiri tanpa kita sedar dan tanpa kita plan pun. Tiba2 aje kita rasa kita selesa dengan dia....Bila kita mula rasa selesa maka kita mula trust...dan kita mula membuka ruang bicara yang lebih besar.

Kembali kepada rasa selesa dan serasi tadi...dua unsur ini boleh membawa suatu rasa indah, bahagia dan bersemangat. Semua ini memberikan kesan yang positif kepada kehidupan. Dalam hidup ni kita ni, semua orang akan mendambakan kebahagiaan kerana dengan bahagia hidup kita akan rasa lebih senang dan lebih tenang.

Sebagai manusia, kita semua akan rasa bahagia jika kita bertemu dengan:

1. Orang yang jenis meraikan dan menghargai.

2. Orang yang jenis menghormati dan mengambil berat...cakna tentang kita.

3. Orang yang jenis alert, ringan tangan dan cepat menawarkan pertolongan atau membantu kita.

4. Orang yang sangat memahami kita dan nampak effort nya untuk buat kita rasa happy dan selesa.

5. Orang yang sentiasa mengutamakan kita dan buat kita rasa istimewa.

6. Orang yang sentiasa mempermudahkan kita.

Aduhhhh tiba2 mata dah ngantuk ni...jadi rasanya kena tamatkan penulisan dulu. Adehhh pukul 2.10 minit pagi..hmmmm...lewat tidur tu biasa...hadoiiii la...kena belajar tips tido awal ni...

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...