Skip to main content

Suatu Rasa di Sebalik...

Bila setiap kali bulan Ramadan...membaca Quran itu ditingkatkan sikit berbanding biasa...

Tak pasti mengapa, setiap kali membaca dan menghayati ayat2 suci Allah di bulan Ramadan ni agak berbeza sikit getaran rasa berbanding bulan yang lain, hati merasa sangat sayu...perasaan terasa sebak...yang wajib datang di fikiran adalah teringat arwah nenek moyang dan arwah tok guru ngaji masa zaman kanak2 dulu.

Terbayang bagaimana arwah nenek (kami panggil Wo), arwah nenek belah mek (kami panggil mok) juga atuk (kami panggil Chekwo), arwah Mok Tijoh, mak saudara, arwah Paksu Tim, pak saudara, dan arwah Kak Mah, mak sepupu paling rapat...bagaimana arwah di alam sana...di alam kubur bersemadi sehingga hari dibangkitkan semula.

Rindu zaman kanak2 dulu...zaman awal remaja bersama mereka.

Banyak kenangan datang menerpa di fikiran. Masakan arwah wo dan arwah Mok Tijoh yg sangat sedap....ike goreng pedas sehingga kini teringat rasa sedapnya, berbeza rasa dgn apa yang org lain buat. Masakan sop yang sangat special...tak jumpa kini tahap sedap mcm tu...bonda mek sempat dok bersama dulu..resepi arwah wo dan mok tijoh turun juga kpd bonda mek.

Kini semua tinggal kenangan..rindu pada orang telah tiada itu sangat sakit. Semoga arwah nenek moyang yang telah pergi dijemput Allah damai dan tenang di sana.

Kita sambung pula perasaan yang hadir setiap kali membaca Quran...perasaan teringat kepada kedua arwah tok guru ngaji di kampung dulu...darjah 4 saya dah khatam Al-Quran. Arwah Ayah Zin..perghhh garang orangnya..arwah Che Esah..garang juga tapi sifat keibuan terpancar dari raut wajah dan gerak lakunya...walaupun garang, tapi setiap kali "kegarangan Ayah Zin menjelma"...haaaa..arwah Che Esah akan cepat2 protect kami.

Teringat masa kecil darjah tiga dan darjah empat pergi berjalan kaki dari rumah di To' Kassim ke rumah Che Esah...dalam 10 minit jalan kaki...slps selesai mengaji pula kami bukan balik terus...apa barang balik terus..haha...kami akan bermain-main dulu... beramai2 geng ngaji main permainan tradisional kat kampung, main guli, main game lompat getah, bola kaki tiga, panjat pokok jambu sebelah rumah Che Esah (lepas tu kena marah dgn Ayah Zin...aduhai...)...dekat tgh hari baru balik rumah...bermain punya pasal..hehe

Aduhai..bila menulis ni...kenangan demi kenangan hadir..rindu zaman kanak2 dulu. Zaman kecil yang sangat seronok...suasana kampung...harmoni, fresh dan damai..sekarang ini sudah diratah kemodenan dan pembangunan..semuanya sudah hilang..bila melewati Kampung To' Kassim ni memang terbayang semua kenangan di zaman sekolah rendah..umur dalam sembilan sepuluh tahun...adehhh.

Masa banjir pula, kawasan kami tu mmg tenggelam air di paras lutut dan pinggang...seronok kami bermain rakit. Buat rakit dari batang pisang..gigih menyiapkan...batang pisang disusun rapat dan diikat dengan tali..dicucuk di antaramya denga kayu atau tali untuk mengikatnya...dan lepas tu sama2 tolakkan ke tempat air dan berakit sama2..seronok betul masa tu...bila air banjir surut maka tersadai la rakit buatan kami di tepi baruh..dan lama2 batang pisang tu rosak dengan sendirinya..itu fenomena biasa setiap kali masa banjir dan selepas musim banjir.

Sekadar mengimbau suatu waktu yang pernah dilewati di zaman kanak2. Seronok dan membahagiakan.

Itu la bagaimana bila membaca kita Allah ini...perasaan rindu pada mereka yg pergi sentiasa hadir...setiap kali itu lah juga terbayang setiap kenangan bersama mereka.

Sama2 kita jadikan Al-Quran itu sebagai kitab Allah yang sentiasa dibaca pada setiap kali solat lima waktu...hanya 3 minit untuk satu mukasurat atau saya panggil satu pipi...baca la..jika malas..paksa diri untuk baja juga walau hanya sepipi untuk satu hari sebab lama2 nanti secara automatik kita jadi seronok dan suka..dan slps itu tanpa perlu memaksa diri..rasa itu akan dtg secara sendirinya dari hati kita...doa selalu pada Allah.

Setakat ini dulu perkongsian cerita di sebalik ayat-ayat suci Allah ini.

Al-Fatihah buat semua nenek moyang dan sedara-mara yang telah pergi menemui Pencipta...

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...