Skip to main content

Jangan Cari Penyakit Untuk Perkara yang Tidak Wajar...

Hati sifatnya sangat fragile.

Hati juga tidak dapat kita kawal dengan mudah sebab segala apa yang hadir di hati dan terdetik di hati adalah tanpa kita minta atau kita plan..tiba2 ia muncul di hati bila perasaan kita terusik...

NAMUN minda dan otak yang Allah beri kepada kita boleh kita guna kan untuk filter dan kawal. Filter dan kawal mengikut rasional atau kewajarannya.

Rasional atau kewajaran ni pula sangat dipengaruhi oleh hukum-hakam dalam agama, norma dan nilai, juga adat dan budaya.

Setiap sesuatu yang hadir dalam hati kita atau terdetik dalam hati kita...jika yang bahagia akan merembeskan hormon bahagia, jika yang tidak baik akan menjadikan emosi kita tidak stabil...

Jika yang membuatkan kita rasa bahagia, tapis dan filter dulu sama ada ianya wajar atau tidak wajar untuk kita layan...jika tak wajar..lepaskan saja...jangan cari penyakit..jangan menjemput "bala" dan "bencana" dalam hidup...

Jika yang terdetik di hati itu adalah membawa rasa bahagia, tapi bukan hak kita untuk melalui rasa bahagia itu...maka lepas kan dan larikan diri....renung dalam diri apa yang wajar dan apa yang tidak wajar...jika rasa tidak wajar..just throw it...just let it go...jangan layan...wahhhh gitchewwww...

Allah berikan kita akal dan pemikiran untuk berfikir...maka fikir lah dulu...renungkan dulu....jangan buat kerosakan...jangan cari 'Penyakit"...

Kehidupan ini memang terkadang membuat kita blur dan ada kala membuat kita rasa teruja....perkara yang Allah hadirkan kepada kita itu macam2 bentuknya kerana Allah ingin menguji setiap hamba-Nya. Jadi jangan cepat melatah..jadikan cerita dan pengalaman lepas atau kesilapan kita yang lepas sebagai benteng untuk kita tidak tersilap langkap lagi. Saya percaya setiap orang itu mempunyai cerita mereka tersendiri..ada suka dan duka yang telah dilalui...semuanya akan menjadikan kesilapan lepas sebagai pengajaran...

Justeru, ingatkan diri supaya membuat filtering atau tapisan dulu bagi setiap rasa yang terdetik di hati....jangan main borong semua sebab jika ianya tidak wajar untuk kita layan, maka lepaskan lah walaupun perkara itu membahagiakan pada masa itu. Ingatkan diri perkara yang bahagia yang bukan hak kita dan bukan norma dan nilai yang baik...penghujungnya nanti adalah bencana kepada hidup...jangan bermain dengan api..kelak bila api yang kita anggap nak main2 aje semakin marak dan akan membakar diri...dah rentung tak pasal!

Sekadar perkongsian...

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...