Skip to main content

Kehidupan Hari Tua Kita...

Hari tua...

Tiada siapapun yang dapat menjangka hari tua masing-masing.

Rezeki dan bahagian masing-masing.

Semua Allah dah tulis untuk setiap hamba-Nya.

Cuma antara doa dan takdir yang manakah lebih kuat. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.

Usah dirisaukan sangat...yang penting kita tidak pernah berhenti daripada berdoa. Doa yang terbaik buat diri kita. Allah Maha Mendengar dan Maha Memahami...jangan berputus asa..sentiasa berfikiran positif dan kuat selalu mental dan fizikal.

Kembali kepada cerita hari tua kita jika umur kita panjang.

Semasa hari tua sudah pasti setiap seorang akan mengimpikan untuk terus kekal sihat. Kesihatan adalah perkara nombor satu.

Keduanya adalah kita nak bahagia dan tenang-tenang saja. Bahagia melalui hari tua tanpa ada tekanan dan kita enjoy dengan kehidupan mengikut kesukaan dan rasa happy kita.

Hari tua bukan lagi masa untuk kita masih penat bekerja mencari rezeki, hari tua adalah hari untuk kita berehat dan memberikan fokus kepada ibadah sepenuhnya di samping meniti rutin harian biasa kehidupan. Kita telah bekerja selama hampir 3o tahun contohnya kita menghambakan diri kepada pekerjaan. Bila kita telah pencen katakan umur 50-an atau 60-an, pencen kita itu sepatutnya telah cukup untuk menyara kehidupan hari tua kita jika semuanya diuruskan dengan baik dan wajar.

Semasa kita pencen, wajarnya duit pencen kita tu kita dapat penuh..maksudnya tiada lagi potongan pencen berlaku semasa kita dah pencen tu. Contohnya potongan kerana refinance rumah di penghujung usia pencen, membeli rumah baharu semasa dekat nak pencen dsbnya lagi berkaitan. Dengan kata lain, kita Masih membuat hutang dengan bank di usia kita nak pencen yang menjadikan potongan masih berjalan walaupun kita sudah pencen.

Seboleh mungkin cuba rasional dalam membuat keputusan untuk berhutang masa dekat dengan waktu pencen.agak sukar juga mungkin kerana kita tidak dapat menjangka bahagian masing-masing yang Allah takdirkan, namun kita ada senjata doa untuk menepis segalanya itu dengan keizinan Allah...Doa tanpa putus agar kehidupan hari tua kita adalah baik, bahagia, dan tenang selalu dan kita boleh menghambakan diri sepenuhnya kepada ibadah kepada Allah sementara usia yang masih berbaki itu. Mungkin tak lama dan mungkin lama...jika umur kita panjang sehingga ke 70 atau 80 tahun, maksudnya selepas pencen kita masih ada 10 tahun atau 20 tahun lagi usia kehidupan. MasyaAllah...kuatkah kita lagi masa tu...hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dalam usia kita yang masih muda, pastinya kita dapat melihat kenalan kita yang telah memasuki usia warga emas ini. Berapakah sebenarnya takrifan untuk usia emas ini? Ada yang kata 55 tahun ada yang kata 60 tahun..55 tahun atau 60 tahun semuanya adalah angka...logiknya bila kita dah memasuki umur 60 tahun tu, makanya kita memang dah di usia tua..usia warga emas...masa ni sudah tak perlu lah kita nak kalut sangat dengan tuntutan dunia sehingga masa kita pun memanjang disibukkan dengan dunia. Allah...cuba tanya diri, adalah kita ni akan hidup selamanya sehingga begitu sekali kita tiada limitation dalam memenuhi tuntutan kekalutan dunia ni.

Namun begitu, apa yang perlu kita ingat adalah bagi menjaga tahap kesihatan diri, apabila kita pencen, pastikan rutin hidup kita tu masih kita teruskan supaya body kita tidak detect perbezaan rutin daripada sibuk kepada tak sibuk...nanti seakan anggota badan kita dok merasakan body kita sudah tidak aktif dan "sudah mati" menjadikan penyakit datang menumpang sebab depa dok ingat badan kita dah tidak aktif atau dengan kata lain "sudah mati". 

Apa yang perlu kita buat adalah, rutin kesibukan itu diteruskan tapi dengan cara yang berbeza...masih sibuk seperti biasa tapi kekalutan dan konteks yang berbeza dengan kesibukan masa kita belum pencen tu. Contohnya seawal pagi dah bangun..solat tahajud, baca Quran, gerak ke masjid/surau untuk subuh berjemaah, sambung mengaji Quran di Masjid, minum kopi dengan kenalan jemaah masjid yang berkelapangan atau dengan pasangan kita, balik rumah kemas rumah, buat garden mini kat rumah, ada masa berkebun, sambung baca Quran atau baca buku, bersiap untuk makan tengah hari, Sambung pula ke surau untuk solat Zohor berjemaah, balik ke rumah boleh rest sekejap dan buat aktiviti bersesuaian sehinggalah sampai ke asar, maghrib, isyak dan seterusnya rutin berulang semula dengan bangun seawal pagi, solat tahajud dan aktiviti yang sama sebagaimana rutin harian semalam. Ini sebagai contoh sahaja, apa yang penting setiap masa kita tu terisi dengan aktiviti yang bersesuaian dan bermanfaat dan tiada tekanan.

Terus kekalkan ketenangan dan kebahagiaan sehinggalah kita dijemput kembali kepada Allah. InsyaAllah...doa daripada sekarang untuk kehidupan kita yang baik di hari tua kita nanti..sihat tubuh badan, mendapat hidayah Allah, dan cukup rezeki sehingga ke akhir hayat kita.

Amiin YRA


"Usia kita ini tidak lama,

Sekejap saja. 

Setiap hari kita semua sedang dalam perjalanan 

menuju untuk bertemu Ilahi.

Nyawa kita diumpamakan sebagai api pelita

yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam"

-Al marhum Tok guru Nik Aziz-


RZH



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...