Skip to main content

Geram dan marah itu biasa...

Perasaan geram dan marah ni adalah suatu rasa normal untuk manusia...

Kawal la setakat boleh kawal..jika tahap dah maksimum memang tanpa sedar boleh burst.

Kawalan emosi dan fikiran perlu kuat untuk handle rasa geram dan marah ni...kadang ia berjaya kadang ke laut juga. Jika berjaya memang selamat dan tenang la...tapi jika tak berjaya..memang ribut taufan.

Kadang2 kita sebagai manusia ni benda kecil atau benda besar kalau melibatkan rasa tersinggung atas terasa hati..memang burst la rasa geram dan marah. Dia bukan cerita besar atau kecil isunya..tapi cerita kecewa dengan sikap orang yang kita pimpin.

Sekali dua kita mungkin boleh bersabar..tapi kalau berulang...memang meminta...walau benda kecil, contohnya tak jawab mesej, lengahkan jawapan, peram berhari atau tak jawab langsung...kalau sekali dua kita boleh consider tapi kalau dah sampai jadi habit tak jawab...memang perlu ada refleksi terhadap situasi ini...refleksi nya simple dan mudah..buat perkara yang sama..fair enough! Geram la pulak rasa..adoiiii.

Hanging satu badan la org tak jawab mesej ni. Dah la peram..bila jawab tak rasa nak minta maaf sebab tak perasan mesej ke...driving ke dan terlupa dan apa2 lagi...justify la...

Contoh kedua...mengundang rasa geram bila benda yg tak patut buat tapi dibuat berulang walaupun dah ditegur...kadang kita rasa blur....kita yang tak betul ke....loading kadang2 kepala otak dok fikir logiknya...

Bila rasa geram dan marah mengambil tempat...huru hara taufan tsunami bagai la...memang penat!

So, kalau situasi ini berlaku apa agaknya pendekatan atau cara penyelesaian terbaik.

Cuba la tips ini:

1. Tegur lagi tanpa rasa give up.

2. Berdiam diri sehingga rasa geram dan marah hilang sendiri (option ni memang menuntut tahap hati yg kental betul)

3. Just ignore (ayoooo..lagi kena kental ni)

Apa jua tindakannya, pastikan ianya bermanafaat dan tidak merugikan...bijaksana dan matang...tapi tu la kdg kita manusia ni terselit juga perangai tak matang tu..adoiiii.

Selagi boleh sabar..sabar la dan slowly betulkan..niat dgn ikhlas...insyaAllah ada sinar di penghujung yang Allah pancarkan nanti.

Okey mata dah ngantuk...

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...