Skip to main content

Saat Melangkah Ke Alam Pekerjaan...

Rindu bertandang menggamit kenangan zaman mula2 memasuki alam pekerjaan dulu..rupanya sudah berpuluh tahun yang lampau...MasyaAllah

Saat yang paling membahagiakan selepas tamat pengajian adalah pada saat kita menerima surat tawaran untuk menjawat satu2 jawatan atau pekerjaan. Tidak kira la sama ada di syarikat swasta atau jabatan kerajaan. 

Masa tu kegembiraan tidak terucap..hati berbunga2. Senyuman tak lekang di bibir..riak wajah penuh kebahagiaan. Saat melangkah memasuki alam pekerjaan ni umpama kita dapat memeluk gunung. Rasa lega yang maksimum kerana segala kesukaran dalam pengajian akhirnya berbaloi dan membuahkan hasilnya apabila kita telah mendapat pekerjaan mengikut kelayakan akademik yang dimiliki.

Apakah agaknya perkara pertama yang perlu kita buat bila mendapat tawaran pekerjaan?

Okey, jom kita sembang2...

Perkara pertama yang perlu dibuat masa tu adalah memanjatkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat, kurniaan, dan rezeki yang diberikan. Tanpa keizinan Allah apa jua dalam dunia ini takkan mungkin untuk kita memilikinya. Justeru, saat Allah memberi maka bersyukur lah...

Perkara kedua yang perlu dibuat adalah menghubungi kedua orang tua di kampung untuk mengkhabarkan berita gembira ini dan sekaligus merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala doa dan susah payah dan pengorbanan orang tua kita menjaga, mendidik, dan menanggung perbelanjaan pengajian kita. Pada saat ini mohon restu dan doa mereka untuk kita terus berjaya dan dipermudahkan dalam alam pekerjaan. Mohon berkat orang tua...berkat orang tua sangat penting untuk kita sukses dalam apa jua yang kita lakukan.

Perkara ketiga yang wajib dilakukan adalah, kita kena "pasang niat". Set kan niat kita dalam pekerjaan ini adalah kerana Allah. Tiada yang lain kecuali kerana Allah. Berikrar kepada diri bahawa kita ingin menjadi seorang pekerja yang cemerlang dalam erti kata beriman, cekap, komited, berilmu, berkualiti, beradab, berintegriti, dan berakauntabiliti dalam menjalankan tugas.

Bagi anak2 muda yang akan memasuki alam pekerjaan atau masih baharu di alam pekerjaan jangan lupa untuk melakukan tiga perkara utama ini semasa mula melangkah masuk ke gerbang pekerjaan. Perkara wajib sebenarnya...jangan terlepas! InsyaAllah, apa jua yang kita lakukan diberkati, dilindungi, dan dipermudahkan Allah jua.

Sekadar perkongsian jua...

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...